Tuesday, January 12, 2016

Family Gathering - Tautan Kasih Generasi Mat Songkok dan Mek Jaroh

Salam readers...

26 December 2015, family besar sebelah daddy Kekna telah mengadakan family gathering.
Sebelum ni kitorang hanya berjumpa time raya atau kenduri-kendara je.
Since pertengahan tahun lepas diorang ada menubuhkan satu AJK untuk gathering ni.
Kalau Kekna duk dekat, kompem-kompem volunteer jadi AJK tapi nak buat cemana kan...
Dah tercampak duk KL ni, so takleh la volunteer.
Just tahu update dari group whatsapp je la.

Actually Kekna serba salah nak balik kampung ke tak.
Yela takut tiket flight mahal... 
Riki punya riki, Kekna dapat tiket flight murah pulak. RM60 je.
Apelagi, terus grab la...


Arwah tok'ki Kekna nama Ahmad Bin Abd Rahman.
Dia dikenali juga sebagai Mat Songkok.
Wallahualam laa kenapa arwah dipanggil cenggitu.
Maybe dia selalu pakai songkok kot...
Arwah memang pandai menyanyi dan selalu dijemput untuk menyanyi di  majlis-majlis perkahwinan penduduk kampung.
Sebab itulah kami anak-beranak mempunyai darah seni.
Dan arwah tok'ki adalah berketurunan Arab.

Arwah tok Kekna pulak nama Zaharah.
Tapi biasalah orang Terengganu kan suka short form kan nama. Haha...
Orang-orang terdekat panggil dia Mek Jaroh.
Arwah tok Kekna ni cantik tauuuu...
Keturunan Siam kan... Kecik molek dan putih je orangnya.
Dulu masa arwah masih hidup, arwah pernah berpesan kat Kekna supaya belajar rajin-rajin dan dapat kerja yang elok.
Alhamdulillah tok, Nana dah dapat kerja yang elok dah.... :)


Family gathering ni diadakan di Dewan GPMS, Batu Rakit.
Dalam 30 minit jugak la dari rumah Kekna.

Family Kekna adalah antara yang terawal datang.
Yela, kitorang satu family memang jenis tepati masa.
AJK dah bagitahu program start pukul 9 pagi.
So, sebelum pukul 9 pagi kitorang dah terpacak dah kat dewan GPMS tu.

Oleh sebab kitorang datang awal, so Kekna volunteer untuk jadi AJK bahagian pendaftaran.
Yeayyyy, dapat jugak jadi AJK. Mihmihmih....


Kekna, Alia, Kak Ejam, Alyssa, Iwan dan Kak Chik.
Kak Chik ni adalah orang kuat program ni jugak.
Dia yang sampai paling awal.
Family Kekna lewat seminit je dari family dia. Hihi...



Yang ni takde kije lain....
Dia amik henset Kekna pastu selfie banyak-banyak.
Memory phone Kekna penuh dengan gambar dia je... -___-


Daftar nama-nama family sendiri dulu...





Kak Ejam dan Kak Chik...


Hamper-hamper untuk cabutan bertuah


Geng gagak hitam... muahahaha...
Nak kate berpakat tu, takde laa..
Tapi bila sampai je, tengok-tengok semua pakai baju hitam.
Apelagi snap-snap laaa...


Ini adalah goodies untuk saudara-mara.
Kekna datang awal, cecepat cop paper bag kereta tu dulu... hihi...
Smart ok paper bag tu.


Time ni dah makin ramai saudara-mara yang datang.
Kekna dah start busy dah kat kaunter.
Nak lari kejap pegi toilet pun dah takdan dah... hewhew






Dah agak-agak semua saudara-mara dah habis daftar, barulah program dimulakan.


Ni uncle Kekna, Pok Mie.
Dia jadi emcee untuk hari tu.


Daddy Kekna betulkan kolar baju melayu Bak Alias.
Bak Alias ni abang sulung daddy.
Retis ni... Menyanyi berlakon, semua dia pernah buat...
Kekna pun dah lupe dia berlakon filem ape. Tapi filem hitam putih laaa...


Diorang ni memang rapat...
Kalau Bak Alias anak sulung, daddy pulak anak ketiga.
Dua-dua ada minat yang sama. Menyanyi.
Dua-dua adalah artis negeri Terengganu. Sering dijemput menyanyi di majlis-majlis korporat dan jadi juri bagi pertandingan-pertandingan sekitar Kuala Terengganu.
Still aktif sampai sekarang tauuu...



Ada bacaan surah yassin jugak untuk kedua-dua arwah.
Semoga kedua-dua arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
T___T








Generasi ketiga ni...


Ucapan dari Bak Alias...
Mase ni dia mengimbau kenangan-kenangan tentang arwah...
Memang buat semua orang sebak...





Daddy pun berucap jugak.
Pun sedih time ni...


Ini uncle Kekna jugak...
Pak Alang Din. Seorang yang agak berjaya jugak dalam profession perguruan.
Garang ni hoiiii....
Kalau Bak Alias dan daddy duk mengimbau kenangan-kenangan lama, Pak Alang Din pulak bagi nasihat kepada generasi-generasi muda...
Paling Kekna suka nasihat Pak Alang Din ialah :

"Kita kena bekerja. Semua orang boleh bekerja tapi biarlah kerja kita tu elok dari kerja orang lain."


Antara adik beradik daddy yang ada...
Actually ada few adik beradik daddy yang tak boleh datang due to kesihatan yang tak berapa elok.


Lepas bergambar, ada pulak cabutan bertuah....
Semua orang bertuah sebab semuanya dapat hamper.
Tapi antara dapat yang kecik atau besar je..



Kekna dapat yang kecik.... LoL!!



Amboiii Rina...
Happy benor ko dapat minyak masak eh? Hahaha... Mahal tu tauu...


Bapak mertua dengan menantu... hihi...

Selain dari cabutan bertuah, para AJK ade buat games jugak...
Salah satunya ialah isi air dalam botol.


Seperti biasa, Kekna volunteer jadi faci pulak... hahah

Isi air dalam botol ni dibuka untuk anak-anak yang berumur 12 tahun kebawah.





Game terompah pun ada...
Kelakar plak tengok diorang ni terkedek-kedek berjalan atas terompah plastik.
Comel je... heheh...


Kekna dan cousin, Mirah...
Cantik betul Mirah ni.
Kulit pun flawless je.


Team anak-anak remaja main game cari gula-gula dalam tepung pulak.
Pecah perut tengok aksi-aksi diorang ni... hahah




Tiup sekuat hati....!!
Lolzzz!! :D


Hahahhaa.... pakai bedak freee..... :)


Yang awek-awek cecepat je pergi serbu paip..
Cuci muka masing-masing... hahaa


Pastu ade jugak game tiup belon sampai pecah.


Spot me.. spot me!! Hahahah...
Kekna memang tak boleh sikit dengan belon.
Takuittt... Seram ok tengok belon pecah.
Tapi dengan bebudak ni, relax je... haha


Ni game para veteran pulak...
Boling kelapa atau orang Terengganu panggil boling nyior...

Kelakar pulak abang-abang yang still muda dah kena join game veteran sebab game ni untuk orang yang berumur 35 tahun ke atas.
35 tahun tu still muda laaaaa.. ahhaha





Kena golekkan kelapa sampai masuk dalam ring tu...
Group Kekna yang menang... Yeayyy!!


Yang ni pulak game Limbo namanya...

Kekna join...


Ada style tak?
Hahaha... Nasib baik tak patah pinggang... 





Adehh, Lieya!!
Kelakarrr!!


Dan untuk game Limbo ni, group Kekna yang menang...
Yeayyy!!!
Sebabnya group Kekna semua lelaki kecuali Kekna dan Kak Ejam je


Yang ni game straw dan getah pulak...
Kena pass getah melalui straw.



Berpeluh main 2 game ni... haha...


Bersama dengan anak saudara, Amisha Arieana...


Ni adik Kekna, Shahril aka Aries Spark... Setahun berapa kali je dapat jumpa dia nih..
Raya puasa pun kekadang boleh balik, kekadang tak.
Kalau boleh balik pun, sekejap je...
Yela, dah busy jaga KLIA tu.. Polis la katekan... Hihihi...
Sila jaga perut tu, Aries Spark...
Aritu keluar dalam paper polis yang perut buncit takleh naik pangkat. LoLzz!!


Lepas game, ada makanan tengahari.
Ada yang ditempah, ade yang juga yang dibawa oleh mak-mak...
Banyak makanan yang ada. Semuanya sedap-sedap.
Kekna main balun je semua benda sampai tak sempat nak snap.


Yang baju oren tu kazen Kekna... sebaya dengan Kekna..
Tapi dia dah ada 3 -4 orang anak rasanya...
Tapi Kekna ? Hewhew....
Takpe, In sha ALLAH mase akan datang akan ada rezeki...


Lepas makan, ade game lagi....
Kerusi beracun.
Kekna tak join sebab takuttt.. haha..
Nak kena berebut kerusi bagai. Uihhh, berdebor tau.
Tengok orang main pun jantung Kekna dah dupdapdupdap dahhh... hahah



Lepas game kerusi beracun, ada acara potong kek pulak untuk December's babies.
Kebetulan pulak, hari yang sama adalah birthday anak saudara Kekna, Alyssa Adriena (yang berdiri kat tengah-tengah tu) ...

Maka, tamatlah program family gathering kami...
Apelagi, wefie laaaa!!











Yang muda-muda sibuk wefie.
Yang tua-tua duk mengemas... hahaha..




In total kami semua adalah 160 orang...
Tapi oleh sebab ada beberapa orang tak dapat datang, so tak cukup korum la nampak gayanya.

In sha ALLAH tahun ni akan diadakan lagi family gathering.
Format kena lain sikit...
Maybe ada BBQ ke, atau  award King and Queen ke...
Tempat pun kenalah tempat lain pulak kan.
Takkan la nak buat tempat yang sama, kan? Hihi...
And kalau boleh Kekna nak jadi AJK jugakkk. Kalau boleh laa...
Kalau tak boleh, tak apa... hahaha...

I LOVE MY FAMILY!!!


1 comment:

Mimy Hamid said...

bestnya semua sporting..bukan aennag dpt berkumpul tau..jeless pulok...kena satu kepala ni baru menjadik