Monday, January 18, 2016

Jalan-jalan ke Ikea Damansara dan Mid Valley

Salam readers...

Lately memang kerap Kekna pergi ke IKEA Damansara.
Yela, abang Kekna kan baru je dapat rumah baru.
So, dia asik la mengirim barang-barang Ikea.
Alang-alang belikan barang untuk dia, Kekna belilah jugak untuk diri Kekna sendiri.
Bahaya ohhh pergi ke Ikea ni.
Geram-geram je tengok barang-barang dia.
Ada yang murah, ada yang mahal...

Alang-alang adik Kekna ada kat KL ni, Kekna ajak dia pergi ke Ikea.
Yela, abang Kekna kan duk kirim barang je.
Senang beli sekali harung.

Pergi ke Ikea di hari bekerja adalah sangat best sebab orang tak ramai sangat.
Boleh laa jenguk-jenguk barang puas-puas.
Nanti bergambar pun best sikit. Aman damai jek.. hihi...

Korang tengok ajelah gambar ye.
Malas pulak Kekna nak taip caption satu-satu...










Dah kate orang tak ramai.
So, nak tergolek, terlentang, terbaring pun boleh. Hihi...


Kekna lupa pulak nak snap barang-barang yang kitorang beli.
Iwan pun beli jugak barang untuk rumah dia.
Total semua dalam RM200 jugak la kitorang perabih.
Padahal bukannya kitorang beli barang-barang mahal pun.
Tapi memang puas hati laaa...
Time nak bayar pun orang tak ramai...
Acu kalau pergi waktu cuti atau weekend, jenuh la nak beratur panjang.
Tak sangguh aihhh!!

Lepas dah habis shopping, kitorang keluar dari Ikea dan menghala ke Mid Valley.
Perut dah lapar, so Kekna bawak Iwan dan Amisha pergi makan tengahari.
Kitorang makan kat mana eh?
Lupa plak... hewhew...
Jap, nak mesej tanya Iwan kejap...

Ok, Iwan cakap kitorang makan kat Pelita Nasi Kandar.
Adehhh... cemanalah Kekna boleh lupa pulak ni? Huhuhu...

Dah settle makan, kitorang terus zasss ke Mid Valley.
Ya ALLAH, hazabunnn nak cari parking.
Pusing punya pusing dekat 30 minit jugak la baru dapat parking.

Pergi Mid Valley sebab nak survey barang-barang hantaran untuk Iwan.
Kekna pulak nak shopping baju untuk Amisha dan kakak dia Alyssa yang kena tinggal kat kampung.
Kesian pulak kat diorang.
Takkanlah Amisha datang KL tak beli ape-ape kan...
Sehari sebelum tu dah shopping kat Sogo tapi baju untuk Alyssa tak jumpa lagi.
Kekna nak la belikan baju untuk Alyssa as her birthday present.


Amik gambar deco-deco Christmas.
Cantikkan....











Kekna ada janji dengan diorang untuk belanja makan aiskrim Magnum kat Magnum Cafe.
Al maklumlah Magnum Cafe ni takde kat Terengganu.

Bangunan besar-besar banyak je kat Terengganu tu tapi silapnya asal buat shopping mall je, mesti nak kena ada kedai jual batik la, songket la, keropok lekor laaa...
Kononnye trademark negeri Terengganu.
Udah-udah lerrr nak ber-trademark bagai.
Cukuplah orang jual songket dan batik kat Pasar Kedai Payang tu.
Jangan dicaras lagi perniagaan diorang.
Buat shopping mall, bagi je la business besar masuk macam Parkson ke, Aeon ke, Metrojaya ke...
Ni satu habuk pun takde.
Butik-butik memang tak nampak bayang laaa...
Bagi la peluang dekat rakyat Terengganu untuk shopping kat negeri sendiri pulak.
Ini tak, biasanya orang Terengganu pergi shopping kat Kuantan sane.
Pi sedekah duit kat negeri orang... Hmmm...

Ha, kan Kekna dah membebel... hewhew...

Kekna beli 2 je aiskrim magnum.
Untuk Iwan dan Amisha.
Kekna taknak sebab dah muak. Hihi...




Suka sangat la dapat makan aiskrim magnum...
Banyak kali berterima kasih kat angah dia.. hihih...


Yang ni toksah kate laaa...
Asik pau Kekna je.. -_____-


Tumpang bergambor dengan aiskrim orang lain... mihmihmih...




Sementara diorang makan aiskrim, Kekna sibuk bermesej-mesej dengan customers.
Banyak mesej masuk tapi tak sedar sebab henset duk dalam handbag.
Bila dah duduk-duduk macam ni, barulah boleh check henset dan reply semua mesej.


Bukannya nak berlagak atau ape, tapi alhamdulillah bisnes Kekna berjalan dengan lancar.
Bukannya senang nak senang kan....
Walaupun tak sehebat bisnes orang lain, tapi alhamdulillah ada jugak customer Kekna.
Dan so far Kekna dapat positif feedback daripada diorang semua mengenai produk yang Kekna jual.
Alhamdulillah....

Ni nak bagitahu testimonial daripada MOMMY KEKNA sendiri!
Mommy Kekna adalah pesakit darah tinggi sejak bertahun-tahun lamanya.
Setiap 2-3 bulan, dia kena buat appointment untuk berjumpa dengan doktor.
Bulan lepas masa Kekna balik kampung, dia beli EL Marino Blanc dengan Kekna.
Katanya nak try dulu...

2 minggu lepas kan dia datang KL.
So, Kekna tanya feedback dia selepas hampir sebulan minum EL Marino Blanc.
Dia cakap darah dia menurun!
Dah tak ada darah tinggi!!
SubhanALLAH!! 
Kekna dengar pun rasa macam bersyukur sangat-sangat!
Alhamdulillah.....!

Sumpah dengan nama ALLAH, Kekna memang tak tahu pun itu juga salah satu fungsi EL Marino Blanc (ELMB).
Sebab apa yang Kekna tahu, ELMB ni adalah untuk kecantikan kulit dalaman dan luaran.
Selain daripada tu, ELMB ni adalah untuk kecergasan dan menambah collagen di bahagian-bahagian sendi badan.
Mommy Kekna minum ELMB ni sebab nak tambah collagen kat sendi je sebab mommy juga ada sakit lutut.
Rupa-rupanya bukan sahaja sakit lutut dah hilang tetapi juga darah menurun!!

So, kepada sesiapa yang nak cuba EL Marino Blanc, sila PM Kekna di :-

019- 300 7304
(call, whatsapp, sms)

FB : Diana Aziz

Atau wechat : dianaaziz85

Atau instagram : d.anaaziz





No comments: