Tuesday, January 26, 2016

Kelas Intensif Januari 2016

Salam readers...

Semua orang dah tahu kan Kekna ada melibatkan diri dalam bidang perniagaan produk kecantikan dan kesihatan secara part time.
Bukan full time ye.
Kekna still sayangkan kerja Kekna as secretary tu.
Bila dah libatkan diri dengan bisnes macam ni, Kekna kenalah rajin-rajin attend kelas-kelas yang ada.
So that Kekna boleh dapat ilmu yang banyak tentang produk-produk yang ada.

9 dan 10 Januari 2016, Kekna ada attend Kelas Intensif di Sri Petaling.
Excited bebenor nak attend kelas ni.
Nak kaut semua ilmu yang ada!

Hari pertama diorang suruh pakai baju kaler biru.
Nasib baik Kekna ada beli cardigan labuh kaler royal blue sehari sebelum kelas.
Bolehlah pakai time pergi kelas tu.

Kelas start pukul 12 tengahari.
Diorang ada sediakan makan tengahari dan minum petang.


Kekna, Mario, TY, Irwhan dan Daniel.


Budak-budak nakal memang selalu duk belakang.
Hehehe...


Heyy, ada orang photobomb!! Lolzzz.... :D
Sepanjang kelas 2 hari tu memang Kekna duduk dengan Irwhan dan Daniel je.
Hari pertama ZH jadi emcee, so takleh join dengan dia sangat.
Lagipun Kekna tak kisah duduk dengan Irwhan dan Daniel.
Kitorang pun memang rapat since Kekna mula-mula join bisnes ni.
Irwhan banyak bagi Kekna tips untuk dapatkan customer.

Kelas untuk hari pertama habis dalam pukul 8 malam.
Kekna terus balik ke rumah Kak Long sebab mommy dan Daddy Kekna ada kat sana.
Malam tu kitorang keluar jalan-jalan jugak tapi Kekna akan cerita di next entri ye.

Hari kedua pulak kelas start awal.
Dalam pukul 9 pagi.
Pagi tu Irwhan belanja Kekna makan kat McD.
Takdan pulak Kekna nak snap gambar sebab kitorang rushing sangat.
30 minit je makan.


Antara akak-akak yang join kelas 2 hari tu.
Ada yang muda, ada yang tua...
Masing-masing nak berjaya dalam bisnes ni.

Hari kedua ni diorang semua suruh pakai baju hijau.
Nasib baik laaaa Kekna ada sehelai baju hijau.
Sambar je la...


Irwhan tu dah kenapa sampai tutup mata?
Nak sabotaj gambar ahkak lettew! ZH pun sama... -___-


Hari kedua Kekna diminta untuk berucap kat depan.
Wehhh, malunya toksah cakap laaa!
Jantung ni kalau boleh terkeluar agaknya dah lama tergolek atas lantai tu. Huhu...
Tapi gitu laaa... confident kena lebih.
Kalau tak confident, cane nak berjaya. Betul tak?

ZH ada rakam video masa Kekna berucap tapi itulah, malu pulak nak tayang kat sini.
Hihihi...
Irwhan pun ada snap pic candid Kekna.


Dah habis kelas, amik gambar beramai-ramai dalam group pulak.
Perempuan sebelah Kekna tu sebenarnya bisnes partner kitorang yang paling berjaya.
Tapi Kekna memang tabik spring dengan dia sebab dia sangat laaa down to earth.
Kitorang semua panggil dia TKC.
ZH cakap TKC nampak potensi Kekna untuk berjaya dalam bisnes ni.
Terus bersemangat Kekna nak buat yang terbaik...!


Ni pulak bergambar dengan semua participants.


Time balik, ada kawan Kekna yang datang jemput.
Sementara tunggu dia datang, haruslah Kekna snap-snap dulu.
:)

Tamatlah kelas intensif untuk bulan Januari 2016.
Memang banyak benda yang Kekna belajar.
Memang produk-produk jualan kami terbaik!
Ada a few testimonies daripada akak-akak yang join bisnes ni membuatkan Kekna yakin produk-produk kesihatan dan kecantikan kitorang adalah yang terbaik dan berkesan.
Alhamdulillah Kekna berada di track yang betul.
Selain dari generate income, Kekna jugak boleh tolong orang yang tak sihat menjadi semakin sihat.
Income dapat, pahala pun dapat!
Alhamdulillah... :)


No comments: