Friday, January 22, 2016

Kisah minggu ini

Salam readers...

Rasa macam sekejap je masa berlalu dalam minggu ni.
Tup-tup hari ni dah hari Jumaat dah.
Esok dah weken. Cuti sampai Isnin.
Wahhh... best best duk rumah boleh rehat-rehat dan continue taip novel yang dah berbulan-bulan tak siap-siap lagi tu.
Sambil taip novel, fikir pasal bisnes strategi jugak... hihi...

Awal minggu ni memang buat Kekna happy sangat-sangat.
But Kekna takleh dan taknak citer lebih-lebih lagi.
Well, pengalaman lama mengajar Kekna apa itu erti 'ada benda boleh cerita, ada benda tak boleh cerita'.
So, Kekna citer sikit-sikit aje la ye.
Kang ada pulak yang caras Kekna nanti.
Tukang caras memang ramai sekarang ni.


Gud morning wish dari someone yang tinggal nun jauh di belakang Pantai Hillpark.
Sanggup dia bangun pagi semata-mata nak breakfast dan hantar Kekna pergi office.
Shoooo shuweeeettt of u! :3


Tengahari, officemate Kekna nama Wanie belanja nasi beriyani ayam madu....
Wahhh... sedap dap dap dappp!
Thanks Wanie.


Picture ni Kekna saje-saje je snap.
Maklum la baru je belajar cane pakai tudung ala-ala hipster kan...
Kononnye jangok sangat ler ni...
Sekaliii post dalam fb dan wechat, ramai pulak yang tegur Kekna dah kurus.

Actually, Kekna takdelah kurus sangat pon.
Efekk gambar je tu.
Tapi memang Kekna kurus dan ringan sikit berbanding dulu.
Penangan Sensualite katanya.

Dulu berat Kekna cecah 70 kilo lebih.
Sekarang dah turun jadi 60 kilo lebih dah.
Alhamdulillah...
Suke...suke... suke...

Memang Kekna nak sangat kurus macam dulu-dulu.
Serik dah jadi gemuk.
Si dia ada cakap, "Tak semestinya semua lelaki suka perempuan yang kurus. Ada je yang suke chubby sikit".
Hmmm... yela..yela...
Kadang-kadang cakap lelaki ni bukannya boleh pakai sangat.
Diorang cakap je suka yang chubby la, gemuk la... tapi bile pompuan kurus lalu je, juling mata diorang tengok. Nyampassss...

Hari tu Kekna membebel dalam kereta.

Dia : Kenapa putus?
Kekna : Well, lelaki. Mana pernah cukup dengan satu. Suka pasang 3-4 orang perempuan kat belakang kita... Lelakiii sama je.
Dia : Amboii, I ni lelaki jugak tau. Tak semua lelaki macam dia laa...
Kekna : Yeke? Ntah-ntah suka tukar-tukar perempuan.
Dia : Takkan la sesuka hati tukar. Sebab tu la sampai sekarang pun I tak kahwin lagi.

Kekna gelak je.
Alahh, padahal ade je yang nak kat dia tu.
Siap kenen-kenen lagi tapi dah dia sendiri yang taknak.
Memilih kottt...
Tapi dia tu lelaki. Apadehal kan...
Lagi berusia, lagi laku.
Tapi dia baru je 39 tahun. Ok la tu.
Kumpul aset dulu eh. Hikhikhik...

Kisah kemarin.
Tengahari Kekna keluar lunch dengan Mimy.
Itupun last minute dia ajak Kekna temankan dia beli barang office.
Kekna on je...



Kitorang singgah lunch kat Foodjuction, Mid Valley.

Petang semalam, Kekna dan ZH ada appointment kat Secret Recipe office Kekna lepas habis waktu office.
Biase la discuss pasal bisnes.


Lepas habis discuss, Kekna pergi ke HQ business sebab nak register kawan Kekna yang willing nak jadi new distributor.
Alhamdulillah....


Yang ni ini pulak gambar pagi tadi.
Muka ceria je sebab happy gegile.. hihi...
Well, hidup ni kenalah happy.
Kalau tak happy, tak best la kan.


Sempat breakfast dengan new distributor kat San Francisco office semalam...
Terpaksa blur kan diri dia. Takleh reveal lagi.


Tengahari, Kekna pergi ke HQ business sebab nak amik barang dan Tesco kat Scott Garden sebab bos suruh Kekna pergi beli door bell.
Door bell office ni dah lama dah rosak. So, kena ganti baru.
Adehh, banyak betul kerja kena buat. Huhu...


Alang-alang pergi HQ, Kekna belilah barang-barang ni sekali.
Boleh tambah SV. Hihi...

Malam ni ada aktiviti lagi.
Penattt tapi seronokkk..
Masa Kekna memang terluang penuh dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.
Alhamdulillah...


No comments: