Thursday, January 14, 2016

Pulang ke Kuala Lumpur

Salam readers...

Ok, nak sambung cerita balik kampung aritu.
December aritu Kekna balik kampung sekejap je.
4 hari je.
Habis je family gathering sebelah daddy, Kekna singgah stokis amik barang-barang.
Mak-mak sedara Kekna dan mommy ada beli barang.
Masing-masing nak cantik kan....

Dah amik barang kat stokis, terus balik rumah sebab Kekna kena bersiap-siap untuk balik ke KL.
Iwan dah janji nak hantar Kekna sampai KL.
Dia pulak pergi ajak anak sedara Kekna, Amisha pergi KL sekali.
Kekna tak kisah je sebab Amisha memang pandai berdikari.

Malam 26hb, kitorang terus balik ke KL.
Nasib baik jalan tak jem.
Sepanjang perjalanan memang Kekna tido je.
Mengantuk tahap gaban ohhh!
Yela, siang tu kan sibuk jadi faci untuk family gathering.
Haruslah penat....

Bertolak pukul 9 malam.
Sampai Kemaman dalam pukul 11 malam, then singgah tido kat rumah Iwan sekejap.
Iwan risau sebenarnya takut rumah dia dinaiki air sebab dia dapat mesej dari kawan-kawan kat Kemaman yang air dalam longkang besar dekat dengan rumah dia dah melimpah.
Tapi nasib baik la hujan tak melarat.
Kalau hujan melarat, kompem-kompem dah banjir.
Kawasan rumah Iwan tu kawasan banjir.

Pukul 2 pagi, bangun balik dan teruskan perjalanan ke KL.
Sampai KL pukul 5 pagi.

Kekna fed up actually dengan management apartment Kekna ni.
Undang-undang dia dah macam asrama.
Ada ke patut selepas pukul 1 pagi, kereta dah tak dibenarkan masuk sampailah pukul 6 pagi??
Serius kenot brain!
Search google contact nombor management, tak ada pulak.
Malam karang Kekna kena tengok bil air.
Kat situ ada nombor office. Kekna nak buat aduan.

Memang kita kena patuhi peraturan tapi kalau peraturan merepek macam ni, takkanlah nak ikut jugak kan?
Macam hari tu Kekna ada keluar dengan sorang kawan.
Pastu balik dalam pukul 1 pagi.
Kawan tu terpaksa hantar Kekna sampai kat luar pagar je sebab dah takleh masuk.
Punyalah dia risau sebab Kekna kena jalan kaki sorang-sorang masuk dalam.
Dia nak parking tepi jalan pun tak boleh sebab takde parking.
Haihhh...

Ok, back to the main story.
Kekna mengamuk pagi tu dengan pakcik guard.
Paksa jugak suruh bagi masuk.
Yela, barang-barang banyak kot yang kena bawak naik ke rumah.
Takkanlah nak parking kat luar kann...
Mengamuk punya mengamuk, akhirnya Kekna dapat jugak masuk.

Dah sampai rumah, masing-masing terus baring dan tido.
Badan still rasa penat.
Tengahari barulah masing-masing bangun dan Kekna bawak diorang pergi makan kat Mahbub Bangsar.



Makan nasi ayam madu.
Yang seronoknya sebab Amisha tak macam bebudak lain yang suka mengarut nak itu nak ini.
Ape yang diberi, dia terima je.
Kadang-kadang dia tolak kalau dia rasa barang tu tak perlu.
Jimat duit Angah dia... hikhik...

Dah makan, kitorang pergi ke Jalan TAR.
Survey barang kahwin Iwan.
Jenuh jugak berjalan...

Dan finally kami ke Sogo.
Kekna plan nak belikan Amisha dan kakak dia Alyssa baju.
Kesian pulak dengan dua beradik ni.
Diorang tak pernah mintak apa-apa.
Alang-alang Kekna baru je dapat income business, so Kekna belanja la diorang baju sepasang sorang.




Yang mamat sorang ni seperti biasa.
Kekna dan Misha sibuk-sibuk pilih baju, dia amik henset Kekna pastu selfie.
Penuh gambar dia dalam album henset Kekna... 
Sabo je laaa... -____-


Kekna pun tak sedar bila dia snap gambar ni.
Ni mase Misha duk sibuk try baju.

Petang sikit barulah kitorang balik rumah.
Takdan nak rehat, diorang ajak pergi ke kolam bawah rumah Kekna.
Adehhh... baru nak rehat sikit. Hewhew....



Mandilah korang sampai maghrib.
Suka sangat dapat mandi kolam.

Malam, Kekna bawak diorang pergi makan ke Yusof Tomyam pulak.




Wahhh... anak sedara Angah dah pandai selfie dah sekarang....


Kitorang makan simple je aritu.
Siakap 3 rasa, tomyam seafood dengan telur dadar.
Itupun dah kenyang sangat dah..

Esoknya kitorang ada plan lain lagi.
Nak tahu ape dia, tunggu next entry ye...
Hehehe...

No comments: