Tuesday, January 5, 2016

Random

Salam readers....

Kekna nak throwback sikit ni...
Ingatkan malam New Year aritu Kekna akan duk rumah menikmati sisa-sisa umur 30 tahun.
Rupa-rupanya ada pulak yang ajak ngedate.
Terkezutt mak!

Memula dia ajak Kekna celebrate kat KLCC.
Dulu Kekna pernah la pergi celebrate new year kat KLCC tu tapi itu laaa ...
Kat sana ramai bebudak yang bukan-bukan kan...
Pastu ramai foreigner pulak tu.
Kekna tak gemar sangat. Tapi kalau dia dah ajak tu, Kekna ok aje.

Mungkin dia faham kot perasaan Kekna, then dia ajak pergi ke Dataran Shah Alam.
Katanya kitorang boleh dengar ceramah agama..
Wahhh... terus rasa sejuk hati.

So, lepas Isyak dia datang pickup Kekna kat rumah and kitorang terus zasss pergi ke Dataran Shah Alam.

Sampai sane, kitorang tengok orang dah ramai sangat dah.
Beli makanan sikit-sikit, pastu cari port sesuai untuk duduk sambil dengar ceramah dan makan!
Wahhhh... agusss angat ni!
Rasa macam awal tahun yang sangat diberkati... muahahah...


Ceramah dari Ustaz Azhar Idrus memang best!
Kelakar.
Tambah pulak ada Afdlin Shauki, Abam Bocey, Ajak dan Shahrul Shiro. Lagi la havoc jadinya.
Gelak tak hengat!


Masa ni dah pukul 12.00 tengah malam.
Masing-masing berdiri ketika bacaan asma-ul-husna.

Dah habis program kat Dataran Shah Alam, si dia ajak Kekna pergi jenguk-jenguk program kat Sunway Piramid.
Kat sini pun meriah jugakkk!
Kekna dan dia siap kena sembur dengan buih sabun lagi..
Harammm sungguh! Tapi seronok jugak laaaa...


Singgah Chatime kejap... minum-minum sambil sembang.
Sebenarnya nak elak dari kena buih sabun tu....
Kesian dia buih sabun tu masuk mata.
Pedih ohhhh...
Nasib baik tak kena mata Kekna sebab Kekna sempat tutup mata. Mihmihmih...

Kemain kannn tadi rasa diberkati sangat...
Dah sampai Sunway Piramid, terus hilang keberkatan tu... huhuhu...

Balik rumah dalam pukul 2 pagi.
Tapi itupun belum betul-betul balik lagi...
Kitorang sembang-sembang lagi kat dalam kereta.
Dari hal pejabat, bawak kepada hal personal dan bisnes masing-masing.
No touching ye. Dun get me wrong, ok.
Hes such a gud guy and gentleman... Alhamdulillah.

Dekat subuh barulah dia balik sebab dia kena kerja jugak 01 Jan tu..
Tapi masuk ofis lewat sikit la katanye...

And tengahari tadi, Kekna ada lunch date jugak.
Kemain kan asik ngedate aje... mihmihmih...

Kitorang pilih nak pergi ke Bangsar Village.
Wahhh.. dah lama tak masuk sini.
Pukul 1 kuar opis, sampai sini dalam 1:10pm camtu.
Pukul 2 Kekna masuk opis semula.


Kitorang makan kat Delicious je.
Tatau dah nak makan kat mana actually.


Ni menu Kekna.
Aglio Olio with beef bacon.
Biasa-biase je sebenarnya rasa aglio olio kat Delicious ni.
Baik masak sendiri. Huhu...

Ok, ni je yang Kekna nak citer hari ni...
Next entry Kekna sambung balik cerita balik kampung hari tu ye... :)





No comments: