Thursday, February 18, 2016

Balik kampung entri sekali harung

Salam readers...

Morning.... Thursday blues actually untuk Kekna hari ni sebabnya dari semalam demam tak kebah-kebah sampai hari ni.
Ni sekadar demam biasa je. Suhu badan turun naik tapi boleh je nak sembang-sembang dengan orang.
Nasib baik tak tonsil.
Kalau tonsil, confirm dah melepekkk dah.

Nak citer pasal Kekna balik kampung hari tu.
05 Feb 2016, Kekna balik kampung. Sengaja cuti awal sebab time tu je tiket flight murah sikit.
Kekna amik tiket awal pagi pukul 7.
Memandangkan Kekna kena check in bag, Kekna kena sampai kat airport awal.
Ikutkan plan asal taknak la susahkan sape-sape.
Tapi kawan Kekna yang nama Ewan tu beriya-iya pulak nak hantar Kekna.
Kekna memang takleh elak pelawaan dia. 10 kali mesej, 10 kali dia cakap benda yang sama.

Dia datang amik Kekna pukul 4 pagi.
By 5 pagi Kekna dah sampai kat airport dah.
Ingatkan idok lerrr ramai orang kat airport pagi-pagi buta ni.
Rupa-rupanya hazabunn!!
Panjang berjela-jela dia punya que nak check in bag. Hewhew...

Dah check in bag segala, teruslah Kekna masuk departure hall.
Malas dah nak menunggu kat luar sebab ramai bebenor orangnya.
Kekna plak memang taknak breakfast kat KL sebab plan nak breakfast kat K. Terengganu je nanti.

Selama Kekna naik flight sebelum ni, Kekna biasanya dapat gate J.
Tapi kali ni gate flight Kekna gate K2.
Memang jauh gile dari entrance departure hall tu.
Siap turun naik eskalator banyak kali... Mula-mula ingatkan sesat dah sebab memang jauh sangat.
Tapi yakinkan diri jugak ikut signboard.


Finally dah sampai depan gate K2. Gate pun tak bukak lagi. hihi..
Sunyi je area ni walaupun ada ramai orang.


Sementara menunggu gate bukak, Kekna layan lagu dulu dalam hp.
Mata mengantuk toksah cakap laaa time ni.
Tersengguk-sengguk dah Kekna duduk atas kerusi tu.


Yeayyy!! Dah terbang.
Tebal pulak awan pagi tu.

Tapi kan Kekna nak citer pengalaman TERburuk Kekna sepanjang naik flight kali ni.
Depan seat Kekna ada 2 orang foreigners tak tahu dari negara mana but both of them adalah berkaum in**a.
Hazabnya naik flight kali ni sebab bau badan diorang berdua adalah sangat 'harum semerbak bak bunga kasturi'.
Nakharomm sungguh laaa!!
2 orang budak perempuan yang duduk 1 line seat dengan Kekna pun cakap benda yang sama.
Masing-masing terpaksa tutup hidung sebab memang tak tahan sangat dengan keharuman bau badan in**a tu.
Kekna dah siap plan nak bagitahu stewardess untuk tukar seat tapi nampak over plak kang.
Nasib baik Kekna terfikir nak geledah handbag and finally jumpa perfume kecik.
Terus letak botol perfume tu kat hidung sepanjang masa.
Barulah pernafasan rasa selesa.

Kekna bukannya nak mengaibkan tapi tolonglahhh...
Jagalah sikit kebersihan diri tu.
Kalau nak naik flight ke, bas ke, tolonglah sembur sikit perfume kat badan tu walaupun confident badan takde bau.
Consider la sikit keadaan orang lain.
Ni pun nasib baik la perjalanan tak jauh. 45 minit je duk dalam flight tu.
Kalau dibuatnya flight lama sampai berjam-jam, tak ke pengsan orang sekeliling nak menahan bau badan awak tu?
Time keluar dari flight tu, sumpah Kekna rasa bau badan orang tu melekat kat baju Kekna.
Terus sembur perfume banyak-banyak kat baju. huhu...

Jejak kaki je kat Kuala Terengganu, terus mintak adik Kekna bawak pergi pasar sebab Kekna nak beli tart telur dan paung goreng.
Memula pergi Pasar Chabang Tiga. Lepas tu tak puas cari makan kat situ, Iwan bawak plak Kekna pergi Pasar Kedai Payang.
Hooiii, nikmat sungguh bila duduk kat kampung.
Makanan murah-murah je dik non oiii..
RM50 tu boleh tahan seminggu lebih tau untuk makan.

Dah beli kuih muih semua, Kekna terus balik rumah.
Anak sedara Kekna cakap mommy ada masak nasi lemak...
Wahhhhh... sedapnya nasi lemak mommy!

Bila dah balik kampung, terpaling heaven adalah bab makan!
Macam-macam makanan terhidang.
Hari-hari mommy tanya, "esok nak makan ape?"
Wahhh.... Seronoknyeeeee...


Petang hari yang sama Kekna keluar lagi dengan family pergi pasar malam.
Pasar malam kat K. Terengganu besar tau.
Kebetulan pulak ada pesta makanan Thai.
Ape lagi borong kerabu maggi la... hihi..

Mommy pun tak pernah-pernah nak ikut pergi pasar malam, tetibe petang tu dia nak ikut pulak.
Kitorang ada singgah booth Fleur by Mrs Him & GreenAard.
Ala, booth blogger terkenal Kak Di tu.
Tapi masa tu Kak Di takde... yang ada pekerja dia je sorang.
Kekna takde beli apa-apa pun sebab niat pergi situ nak cari makanan je. 
Well, makanan dan Kekna memang tak boleh dipisahkan.

Hari kedua duk kat kampung, mommy masak pajeri nenas dan ikan bakar.
Kekna tolong dia masak sekali.
Suka nau dia.
Yelah, dia dah lama tak masak beriya-iya macam ni sebab sekarang ni kalau hari biasa, takde orang sangat kat rumah.
Mood nak masak pun takde.
Jadi bila ramai anak balik, dia jadi seronok laaa...
Haih, bilalah Kekna bleh transfer balik kampung ni? huhu...



Yang ni mini murtabak.
Ada yang panggil kuih dadar.
Tapi orang Terengganu panggil kuih ropa.
Sedapnyaaa!!

Malam hari kedua, Kekna pergi ke Mydin Mall.
Pergi beli barang-barang dapur sikit.
Kekna plan nak buat breakfast untuk family.


Chicken sausage roll cheese with bread crumbs.
First time buat.
Alahaiiii, senang bebenor nak buatnye..

Amik beberapa keping roti gardenia.
Penyekkan sampai nipis.
Gulungkan sosej yang telah direbus dan sekeping cheesedale dalam roti gardenia.
Lekatkan hujung roti tu dengan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan sedikit air.
Fungsinya untuk menjadikan tepung gandum tu seperti gam.
Lepas tu, pukul sebiji telur dan golek-golekkan gulungan roti sosej tadi kedalam telur.
Then golekkan lagi roti sosej bersalut telur tadi di atas serbuk roti.
Ulang langkah yang sama untuk kepingan-kepingan roti yang lain.
Lepas tu goreng dalam minyak yang panas sehingga serbuk roti kelihatan kekuningan.


Tadaaaa!!
Siap! Makan dengan sos cili dan mayonis. Wallahhh!!
Alhamdulillah, anak-anak sedara Kekna semua suka sosej roll ni.
Daddy Kekna pulak duk komen "Bijok ahh breakfast gini. Ini asik makan nasik aje..."
Amboii Daddy, over nau...
Resipi ni budak tadika pun boleh buat.. Heheh...


Chinese New Year menjelma.
Mommy buat agar-agar ubi kentang favorite Kekna...
Ya ALLAH sedapnya agar-agar yang mommy buat ni.
Tak puas Kekna makan...

Owh sepanjang Kekna balik ni, Kekna agak sibuk sampaikan tak sempat nak buat sharing bisnes dengan kawan-kawan.
Bukannya sibuk apepun. Sibuk dengan persiapan wedding Iwan ni haaa...
Hari-hari pergi survey pelamin dan baju pengantin.
Sampai dah muak dah Kekna tengok pakej pengantin tuu.. huhu...


Dia nak pedajal Kekna. Saje je dia nak tutup muka Kekna dengan tangan dia.
Tapi takdan... Haha!


Dah nak kawin dah adik Kekna ni...
Kakaknya bila lagi?

Huihhh,,,, kompem-kompem nanti Kekna akan ditanya soalan ni..
Get ready, Diana!

Dari area kampung Losong sampailah ke Bukit Payung.
Dari Bukit Payung sampailah ke Gong Badak kitorang pergi survey butik pengantin.
Sepanjang perjalanan tu kalau nampak butik pengantin je, mesti kitorang akan singgah.
Tapi kan area Bukit Payung tu pakej pengantin dia melampau-lampau mahalnyaa...
Dah macam pakej kat KL pulak.
Pakej sambut menantu pun sama. Memang tak la amik pakej mahal sangat sedangkan boleh dapat pakej yang jauh lagi murah tapi dapat hasil yang lebih kurang sama kat tempat lain.


Alang-alang dah kat Gong Badak, singgah makan kejap kat Chicken Rice Shop.



Adik bongsu Kekna bekerja sementara kat sini.
Plus kawan baik Iwan manager kat sini.
Sebab tu kitorang singgah.. hihi...
Saje je nak jenguk-jenguk.

Time Kekna balik hari tu, daddy Kekna bawak family pergi ke Kota Bharu.
Nak jalan-jalan aje katanya.
Daddy ajak kitorang pergi ke Rantau Panjang.
Murahnya barang-barang kat sane...
Baju pun macam-macam fesyen ade. Kekna is rambang mata uollss!



Mase ni kat KB Mall. 1st time Kekna sampai sini.
Kenapalah K. Terengganu takde mall macam ni?
Gomen Terengganu ni pun 1 hal.
Mall ada tapi sibuk suruh jual batik songket dan keropok lekor.
Biarlah keropok lekor tu dijual kat Losong je.
Batik dan songket pulak biarlah kat Pasar Kedai Payang je.
Tak payah laaa sampai dalam mall pun nak jual benda-benda macam ni jugak.
Mall buatlah gaya mall... Mentaliti ape pun tak tahu laaa...
Langsung tak moden. haihhh!
Membebel dah ni. huhu...


Dalam kereta.


Kami...


Dah besar dah anak-anak sedara Kekna ni.
Dah anak dara dah.... :)


Masa balik kampung hari tu, Kekna jugak sibuk temankan adik-adik untuk tempah baju Melayu untuk raya kat Kampung Mengabang Tengah.
Hoiiii... busy nau-nau nih..

Hari Rabu last week, Kekna temankan anak sedara, Alyssa Adriena, pergi checkup gigi kat Klinik Gigi Jalan Air Jernih.
Dah settle checkup, Kekna ajak Alyssa jalan-jalan area bandar K. Terengganu.
Jalan kaki je uolsss...


Pastu singgah Stesen Bas K. Terengganu makan keropok lekor.
Hihi...


Khamis, Kekna berjumpa dengan kawan-kawan baik Kekna since zaman kolej.
Syu dan Eda.
Setahun lebih tak jumpa diorang.
Contact pun thru FB dan Whatsapp je.
OMG! Kitorang bertiga aje yang belum kahwin lagi uollsss dalam kolej kitorang dulu.
Acaner? Acaner?


Mula-mula singgah makan kat A&W.
Syu teringin nak minum root beer.
Kekna pulak dah makan pagi.
So perut agak kenyang. Kekna order waffle ais krim je.


Jumaat pagi, Kekna makan nasi impit dengan kuah kacang.
Mak sedara Kekna bagi sebab kebetulan dia datang rumah Kekna untuk ambil ubat.
Ya ALLAH sedapnyeeeee kuah kacang homemade dari aunty Kekna ni...
TQ Mak Dik Nab. :)

Jumaat malam, adik Kekna belanja makan 1 family kat The Kitchen, Kuala Terengganu.
Restoran ni femes jugak la kat K.T sekarang sebab ada masakan Melayu dan Western yang katanya agak sedap dan murah.

Kekna sempat snap menu list restoran ni untuk rujukan korang semua.


Western


Nasi dan mee


Kerabu dan sayur-mayur


Seafood


Daging


Menu tambahan


Minuman


Harga dia takdelah mahal sangat kan...


Tuan tanah


Kami...



Kueh teow goreng ni mommy punya.
Mommy ni bukan jenis uska makan western.



Yang ni Kekna punya. Carbonara...
Ok la rasa carbonara dia.
Tapi kalau ada shredded cheese banyak sikit lagi best...

Kekna order ice blended chocolate.
Ok jugak la rasa dia...


Family Kekna yang lain semua makan chicken chop.
Ok jugak la rasa chicken chop dia.
Cuma kedekk gravy. hehehe...
Tapi takpelah. Nanti boleh la improve by time to time kan...

Kekna bagi rate 4 out of 5 stars untuk restoran ni.

Dah seminggu bercuti, tibalah masanya untuk balik KL.
Seperti biasa Ewan volunteer nak amik Kekna.
Baik sungguh kawan Kekna yang sorang ni...

Dah sampai rumah, ape lagi sambung tido laa... hihi...







3 comments:

Liyana said...

terliur2 tengok makanan kat blog ni hhehehe

emimohamad said...

ilang rindu kg baca entry ni nana :)iwan nikoh bilaa tu?
dpn umah bak tu ada jgk kwn buat butik pngntin..try ah g survey kot kena dgn selera n bajet mana tau kan?

Anonymous said...

aduh abang iwan dah nak kahwin..baru je nk knl2..kak nana tlg knl2kan ok