Monday, February 15, 2016

B.bap NU Sentral

Salam readers...

Last week Kekna ada temujanji nak lunch sesama dengan geng-geng secretary.
Asalnya taknak join sebab Kekna memang mengantuk sangat-sangat.
Plan nye time lunch tu nak tido la sekejap.
Kekna tak cukup tido sebab malam sebelum tu Kekna tido lewat dek keluar dengan Mr.K.
Memang mengantuk tahap terukkk punyalah.
Tapi geng-geng ni paksa jugak Kekna keluar makan dengan diorang.
Memandangkan dah lama sangat Kekna tak join lunch dengan diorang, so Kekna ikut je laa diorang keluar hari tu.
Tahan je la mata mengantuk tuuu... huhu..


Eh, TERselfie pulak... hihi...

Sebelum pergi, haruslah make up dulu.
Dah make up, kenalah selfie.
Pastu upload dalam wechat. 
Dasar gelenyar memang cenggini la gayanya. hihi...

Kekna sendiri pun tak tahu diorang nak lunch kat mana.
Memang main ikut je.
Kekna ni jenis tak kisah sangat bab-bab makan.
Tapi nak kata Kekna bedal semua, tak la jugak.
Ada benda-benda yang Kekna tak makan tapi dah tau dah geng-geng secretary ni lebih suka makanan-makanan Korea-Jepun.
Asal keluar lunch je, mesti diorang serbu restoran Korea. Tak pun restoran Jepun.
Hihih...

Hari tu kitorang makan kat B.Bap di NU Sentral.
First time Kekna makan kat sini.
Ok la restoran ni. Cozy... Mungkin masa Kekna pergi tu tak ramai sangat orang.
Restoran ni ada 2 tingkat.
Kekna dan kengkawan pilih meja tingkat atas. 
Lagi selesa.

Kitorang order banyak jugak makanan.
Maklumlah makan berempat.
Tapi Kekna pun dah lupa kitorang makan ape...
Korang tengok gambar ajelah ye.. hihi...



Yang ini sedap.



Seafood Ramyeon.
Sebijik sebijan rasa macam megi ayam.
Not recommended... huhu...


Yang ni sedap.


Pajeon.

Kekna dah lama sangat tak makan banyak macam ni.
Once dah makan, mulalah perut rasa sebu semacam je.
Puas hati la jugak la makan kat sini sebab ada makanan yang sedap dan harga memang berpatutan.
Idok lerr mahal bebenor orang kate.


Tuan tanah.
Tengok tu perut dah membuncit...


Ika....


Kak Shy...


Mimy...


Kami...

Next nak Jalan Jalan Cari Makan kat negeri luar pulak on weken.
Bilenye korang??
Nana tertunggu-tunggu jugak nih.
Tak lama lagi dah nak gaji.. hehe

No comments: