Tuesday, February 16, 2016

Hati dan mulut

Salam readers...

Betul cakap orang, mulut manusia ni kita takleh tutup.
Ada je benda yang nak bercakap tentang orang lain.
Alhamdulillah if suka bercakap hal-hal yang baik je.
Tapi kalau yang jenis suka bercakap tentang keaiban dan keburukan orang aje, cemana?

Actually Kekna tak marah pun orang nak cakap yang bebukan pasal Kekna.
Sikitt pun Kekna tak marah.
Tapi terkilan tu ade la secoet.
Sape yang tak terkilan kan bila ada orang menjaja kisah buruk kita. Betul tak?

Baru-baru ni Kekna balik kampung.
Alang-alang dah balik kampung tu, Kekna jumpalah kawan-kawan lama Kekna.
Tetibe ada yang sampaikan berita yang tak berapa sedap didengar.
Ada ex schoolmate bertanyakan tentang Kekna.

W : Diana, ko ingat tak budak sekolah kita nama ***?
Kekna : Yang mana 1 eh?
W: Ala, ***. Dia kawan baik dengan si polan ni...
Kekna : Aku memang betul-betul tak ingat la... Kenapa?
W : Dia ada tanya aku hari tu pasal ko. Aku cakap la ko kat KL sekarang.
Kekna : Then?
W : Dia cakap hebatlah Diana sekarang. Asyik pergi kelab aje...
Kekna : Kelab? Bila masa aku pergi kelab weh?
W: A'ah. Kelab malam. Goyang-goyang aje dia cakap.

Terkedu kejap Kekna dengar.
Bila laa pulak Kekna pergi kelab ni? Lol...
Nama kelab pun Kekna tak tahu, apatah lagi nak jejak kaki ke tempat-tempat macam tu.
Tempat-tempat cenggitu bukannya boleh release kan tension pun.
Lagi buat Kekna tension ade la..
Hingar-bingar macam tu. Huhu...

Lawak pulak rasanya.
Dah macam retisss pulak. Gosip bersepah-sepah.
Hahaha...

Kekna rasa bersyukur sangat sebab ada family dan kawan-kawan yang percayakan Kekna.
Yang tahu siapa Kekna yang sebenarnya. Attitude Kekna, apa yang suka Kekna buat, apa yang Kekna tak suka buat.

Kekna sosial.
Yes, memang Kekna mengaku.
Kekna berkawan dengan ramai orang.
Keluar dengan orang tu, keluar dengan orang ni.
Pergi rumah orang tu, pergi rumah orang ni.
Tapi hanya sebagai kawan. Lepak. Makan. Sembang.
Tak lebih dari tu... 

Kekna tak buat seks bebas.
Kekna tak amik any pills or dadah (nak makan panadol pun takuittt).
Kekna tak minum arak atau berjudi.
Kekna tak masuk kelab malam atau disko atau tempat-tempat yang seangkatan dengannya.
Even orang ajak pergi dengar live band kat HRC pun, Kekna refuse untuk ikut.
Sorry.
Bukan cara Kekna macam tu.

Mungkin orang fikir bukan-bukan sebab tengok cara Kekna berpakaian atau cara pergaulan Kekna.
Balik lewat malam atau awal pagi.
Pegang lelaki sana sini.
Tapi bagi Kekna terpulanglah orang nak cakap Kekna ape.
Kekna takleh halang ape yang orang fikirkan tentang Kekna.
Ikut suka diorang laa...

Kadang-kadang sebelum kita mengata orang itu ini, baik kita cermin hati kita dulu macam mana.
Apa yang terpacul dimulut kita sebenarnya mencerminkan hati kita.
Kita mengata yang buruk-buruk tentang orang lain, habis tu kita ni elok sangat ke?
Baik sangat ke kita ni?
Memang tabiat orang Melayu kita.
Aib orang suka sangat dicanang-canang tapi aib sendiri pandai pulak minta disimpan.
Kita lebih suka tengok orang lain dimalukan dan dijatuhkan.
Kita tak senang hati tengok orang lain happy dan bersuka ria.
Kenapa eh macam tu?

Actually ni bukan kali pertama Kekna dengar orang bercakap belakang tentang Kekna.
Fitnah tu dah terbiasa Kekna kena.
Pernah dulu Kekna difitnah kononnya menghasut supaya orang saling membenci.
Allahu Akbar!
Suka nau fitnah-fitnah orang nih. Haip!
Kekna tak suka bencikan orang.
Kalau benci pun, seminit je. Lepas tu dah tak benci dah.
Bukannya nak kata hati Kekna ni sesuci lebaran ke ape tapi Kekna malas nak pendam lama-lama.
Malas nak hold aura negatif dalam hati.
Marah pun sekejap je.
Lepas marah, Kekna akan nangis. Lepas nangis, dah tak marah lagi dah.

Kekna sukakan suasana harmoni.
Kalau boleh Kekna nak elakkan suasana-suasana yang tak best.
Suasana yang saling membenci, mengata, hipokrit.
Wehh, Kekna tak suka sangat jadi hipokrit.
Hohoho... Hipokrit ni lebih kurang je macam orang yang munafik.
Elak-elakkanlah ye jadi hipokrit.

Even dalam pekerjaan dan bisnes, memang Kekna sukakan suasana harmoni.
Takmo gaduh-gaduh, takmo sentap-sentap.
Gaduh dan sentap ni bukannya boleh settle kan masalah pun. Betul tak?
Tapi kita sebagai manusia kenalah jaga hati orang lain jugak.
Cakap tu janganlah main ikut sedap mulut je.
Cakap orang tu buruk la, tak cantik la, tak hensem laa, tak cerdik la, tak mature la...
Eh, macam-macam benda buruk la...
Semua orang kann ada hati dan perasaan.
Kita nak orang jaga perasaan kita, then kita pun kenalah jaga perasaan orang lain juga.
Tak susah pun nak jaga hati orang ni...

Eh, dalam bisnes hati kena kental tau.
Kena terima rejection.
Kemain penat buat sharing, end up orang kata tak berminatlah, tak sukalah, barang dah ada laa..
Macam-macam dugaan.
Sakit ohhh bila orang reject kita. Tapi tak apalah.
Usaha tangga kejayaan!
Rezeki ALLAH swt tu luas...
Selagi ada usaha, selagi itulah pintu rezeki akan terbuka.

Dalam perhubungan pun, ada je orang yang kepochi nak amik tahu.
Silakanlah cik kak...
Teruskanlah amik tahu. Stalk la FB saya tu...
Mentang-mentang la awak kenal dia dan kebetulan awak pun kenal saya.
Sedap la awak gosip-gosip ye.
Bila orang main stalk macam ni, memang Kekna pun akan stop la any posting yang berkaitan.
Sebab perhubungan sekarang ni Kekna takkan reveal sangat.
Kekna malas nak create isu untuk dijadikan bahan umpatan orang.
Tak pepasal nanti akan timbul aura negatif pulak.
Selagi Kekna boleh elakkan, Kekna akan elakkan.
Kekna taknak hidup Kekna ni serabut dengan benda-benda yang tak penting.
Kekna nak hidup aman.
Penat dah hidup asyik bermasalah je...

Apepun Kekna redha je la orang nak buat apepun.
Lantak deme lerr... Idok lerr ku peduli.
Hati kering orang kate.
Tapi kering-kering pun, kalau tak tahan Kekna menangis jugak dalam bilik air... hihi...
Mana la hati ni mampu bertahan.
Kadang-kadang kita tak usik orang pun tapi orang aje yang asik usik kite.
Penat la... huhu...

Ada orang cakap, dalam hidup ni takleh dengar sangat ape yang orang cakap.
Tapi itulahh... taknak dengar pun end up terdengar jugak kan...
Cume Kekna ni jenis tak simpan dalam hati.
Taknaklah dendam-dendam, marah-marah.
Tak guna. Hati sendiri jugak yang sakit.
Memang dari dulu lagi Kekna amalkan sikap maafkan orang.
Tak rugi pun sebenarnya.
Sebab tu ada kata-kata mutiara yang mengatakan

"Yang memberikan kemaafan itu lebih mulia dari yang memohon kemaafan".

Bukannya nak kata Kekna ni baik sangat, tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk tak berbuat jahat pada orang lain.






No comments: