Thursday, February 25, 2016

Short update

Salam readers...

Seminggu dah blog ni tak berupdate ye...
Nak buat cemana uollss.
Kekna takde mood nak update blog kalau takde gambar.
Padahal ade je Kekna pergi jenjalan tapi malas nak snap-snap.
Blogger apakah ini yang pemalas sangat? Huhuh...

Since minggu lepas kesihatan Kekna tak berapa elok. 
Demam on off.
Pastu awal minggu ni tambah pulak dengan ulser dalam mulut.
Uihhh... sakitnya tu tahap nak bercakap pun tak boleh ohh.
Time makan tu toksah cakap la. 
Dia punya pedih tu tahap mengalir air mata!
Dah la efek sampai gusi bengkak.
Kemain lagi bebudak opis dan kengkawan wechat bagi petua macam-macam.
Kumur air garam la, suruh makan aiskrim la, letak serbuk nescafe la, perah limau kasturi la...
Kedengaran macam semua cara-cara tu pedih gile.
Hahaha... Tak berani ahkak nak try.

Dalam pada tubuh demam on off tu, sempat lagi Kekna kuar Ahad lepas. 
Kekna ke PJ semata-mata nak cari breakfast.
Tapi susah betul nak cari parking kat situ.
Last last makan kat Syed Bistro, Bangsar. Senang je dapat parking kat situ.
By the time sampai kat Syed Bistro tu dah pukul 11 lebih.
Lunch terus kat situ. Takde breakfast lagi dah.
Hihi...

Then, kitorang pergi ke Citta Mall, PJ.
Saja jalan-jalan. Pastu ingatkan nak tengok wayang tapi takde citer menarik plak.
Kebetulan kami berdua suka tengok citer seram.
Sekarang ni takde citer seram kat pawagam kan?
Boringgg...

Eh, ni 1st time tau Kekna pergi ke Citta Mall tu.
Besar tu besar la jugak.
Tapi macam boring sikit sebab takde ape sangat pun kat situ.
Banyak restoran je.
Pergi sana after lunch pun, parking berlambak-lambak.

Hari ni Kekna ok sikit.
Walaupun ulser ada lagi tapi takdelah sesakit aritu.
Boleh laa nak gelak-gelak, sembang-sembang.

Esok Kekna ada program kat luar opis.
Hopefully esok badan Kekna ok.
Letih laaa main sakit je sepanjang masa.

Ok la. Kekna nak sambung kemas barang-barang bos.
Chow dulu....










No comments: