Thursday, March 24, 2016

Keciwa si Ben10

Salam readers...

Tengahari tadi Kekna kuar lunch dengan ofismates.
Ofismate yang baru masuk dalam unit Kekna. Wanie dan Izy.
Kitorang pergi ke BBQ Chicken, Plaza Pantai.

Dah hari-hari duk makan kat foodcourt je, jadi hari ni Wanie ajak makan kat restoran pulak.
Gaji pulak dah masuk hari ni.
Haruslah enjoy kannn...


Ini menu Wanie... Paris Wings.
Sedap katanya.. RM15.90.


Ini Kekna punya... Golden Olive Chicken.
RM17.90.


Yang ini pulak Izy punya. Kimchi Jjigae.
RM17.90.

1 je Kekna tak suka dengan restoran ni.
Cara diorang hidang tu macam bukan taraf restoran.
Bukannya nak kena berhias bagai atas plate tapi tengok la plate Izy tu.
Nasi tu dah macam nasi sejuk.
Ala-ala makan kat rumah plak... Hmmm...
Nasib baik Izy cakap ayam tu sedap.

Nasi Kekna pun sama. 
Macam dia lambakkan aje nasi tu dalam plate.
Sos thousand island atas sayur tu pun.... alahaiiiii, secoett nau!
Kedekut-kedekut nanti jadi kuda baru tahu! huh... -___-

Hari Isnin lepas, Kekna ada pakai baju ini:-



Terus tak pepasal Wanie dan Izy gelakkan Kekna.
Diorang panggil Kekna Ben10.
Ceshhh!!  T____T

Kenapa Ben10?


Diorang kata baju Kekna sebijik macam baju Ben10. -____-

Actually bukan diorang je yang tegur baju tu macam baju Ben10.
Tapi adik Kekna si Iwan tu pun tegur benda yang sama... T___T
Balik rumah, terus Kekna tanggalkan baju tu dan letak dalam stor.
Takmo pakai dah. Hihii...

Tapi kan,,, walaupun Wanie dan Izy panggil Kekna Ben10, diorang tu ape?
Suria Baja Hitam dan Gaban!
Hahahaha!!!! :p


3 comments:

Mimy Hamid said...

nana fayel suka la ben10..terus syg nana haha

Anonymous said...

mmg ben10 pun...

Anonymous said...

baju buruk..bluweeekkk