Wednesday, March 16, 2016

Keranamu iron board dan cabaran tinggal menyewa

Salam readers...

Kekna tak tahu mentaliti budak-budak perempuan sekarang ni.
Masing-masing jenis takde common sense kot.
Ni kisah housemate Kekna.
Actually dah lama sangat dah Kekna sabar dengan dia ni.
Tapi tu la, kalau tegur kang sentap pulak.

Kisahnya kat rumah Kekna tu semua benda Kekna provide kan.
Peti ais, mesin basuh, dapur, iron...
Maknanye benda-benda penting semua dah ada.
Dulu mesin basuh Kekna bagi pinjam. 
Tapi masing-masing guna acuh tak acuh.
So, Kekna tak bagi guna dah.
Biar la kan... kalau rosak, bukannya diorang nak share duit untuk baiki pun.

Duit dapur pun diorang tak share.
Tong gas Kekna bayar sorang.
So, Kekna tak bagi diorang guna dapur Kekna tu...
Takkan la orang lain bayar tapi kau sedap-sedap nak guna kannn...

Sekarang ni hanya peti ais dan iron je yang Kekna bagi guna.
Itupun Kekna sakit hati sebab dalam peti ais tu bersepah-sepah air kotak, air tin, sayur-mayur yang dah lama mereput.
Siapa punya pun tak tahu laa...
Yang tuan punya makanan pulak sikittt pun tak berani nak buangkan benda-benda tu.
Alih-alih peti ais tu Kekna sorang jugak yang bersihkan.
Tapi takpelah... Sabar selagi boleh.

Iron board, Kekna provide.
Masa mula-mula beli iron board tu, Kekna terus lapikkan papan iron tu dengan tuala yang dah lama Kekna tak guna.
Bukannya apa, selesa sikit nak gosok baju sebab lapisan jadi tebal dan lembut kan...
Housemate Kekna yang nama Kak Siti tu baik hati tolong sponsorkan lapik iron board yang dia beli kat Aeon.
So, iron board tu ada 3 lapis laa... Memang selesa sangat-sangat la nak menggosok kan.

Tapi kan yang tak sedapnye, lapik yang Kak Siti beli tu selalu sangat koyak.
Baru beli seminggu, dah koyak. Terbakar.
Bila dah koyak, tak selesa laa nak menggosok.
Then Kak Siti beli lapik yang baru.
Punnnn sama. Tak sampai seminggu, terbakar lagi.

Dah terlalu banyak kali dah Kak Siti tolong belikan lapik iron board tu.
Perkara yang sama jugak yang terjadi.
Paling kelakar, masing-masing takde pun nak mengaku.
Kak Siti pun dah merungut-rungut dah sebab asyik selalu kena beli baru.

Yang terbaru, 2 minggu lepas Kak Siti beli lapik yang baru.
Tapi minggu lepas koyak lagi.


Kekna sebenarnya tahu siapa yang buat tapi just nak tunggu je dia datang say sorry ke ape.
Tapi sampai ke sudah takde.
Macam takde rasa bersalah langsung menjahanamkan harta benda orang.

Budak ni ada je kerja kat Menara TM ni tapi company tenant.
Memang bagus sangat la perangai tu.
Dah la kat rumah tak bertegur sapa. Tapi sibuk duk pakai barang orang.

Memang la lapik tu tak mahal sangat tapi kalau dah selalu sangat kena beli baru, letih la jugak.
Sepuluh ringgit pun tetap duit jugak kan...

End up Kekna decided untuk alihkan iron masuk dalam bilik setiap kali selepas guna.
Hanya Kekna dan Kak Siti je yang boleh pakai iron dan iron board tu.
Malas nak amik tahu orang lain iron baju ke tak...

Pastu 2 hari lepas Kekna terlupa nak masukkan iron tu kat dalam bilik.
Eh, senyap-senyap si dia yang berperangai elok ni guna iron tu tanpa rasa bersalah.
Tak faham ape sebenarnya yang dia fikir.
Takkan tak faham-faham lagi kot?
Takkan laa nak kena sound dulu baru nak reti bahasa?
Aduhaiii...

Inilah puncanya Kekna malas nak bagi budak-budak rumah guna barang-barang Kekna.
Diorang ni guna suka hati diorang je.
Langsung tak reti nak respek barang-barang orang.

Kalau pencuci pinggan tu, masing-masing tunggu Kekna yang belikan.
Kalau tak, takdenye diorang nak tolong belikan.
Kalau habis je, tahu pulak masing-masing makan tak guna pinggan mangkuk sudu garfu.

Masing-masing dah bekerja.
Masing-masing ada duit sendiri.
Belilah sendiri barang-barang keperluan yang mana mampu.
Teruklah kalau asyik nak harapkan orang lain je.
Hidup nak free je... Banyak cantik muka awak!

Kekna ni bukannya berkira sangat.
Tapi kalau orang dah buat macam ni, nak bagi guna pun dah jadi tak ikhlas dah.

Hidup menyewa ni kenalah reti bahasa sikit.
Lebih-lebih lagi nak guna barang orang lain.
Kenalah cermat.
Minta izin dulu kalau nak guna barang orang.
Kalau TERrosakkan ke ape, bagitahu tuan punya barang.
Jangan main senyap je.
Nanti kalau tuan barang tak bagi guna, bising pulak.
Tapi bila dah bagi guna, tak reti bahasa.

Ni bukan kali pertama Kekna dapat housemate perangai macam ni.
Dah banyak kali.
Masing-masing jenis selfish. Tak fikir orang lain.

Depan boifren macam perempuan melayu terakhir.
Belakang boifren, perangai macam pelesit.
Pelesit ni kalau tak kacau orang lain, takpe.
Ni tak... hati kering. Muka tak tahu malu.

Haih... geram pulak hati kite...
Huhu...







2 comments:

ciknana said...

kte google² terjumpa blog awak pasal topik rumah sewa.
terigt waktu masa bujang kte duduk umah sewa, even masa belajar pn ada setahun ddk umah sewa...ada mcm2 perangai...ms belajar dlu..ada yg depan parent..pijak semut x mati, bertudung ayu balik kg pakai baju kurung...tp kt balik umah sewa tudung hilang..mlm keluar dgn budak moto..ada gak yg malas cuci toilet...nasib bek la kte ni ske main air...bab cuci toilet tu no prob...hihi

salam perkenalan

Syida Rasyidah said...

Hahahaha, samalaa, masa kte duduk kat pantai dalam pun dapat akk rumah sewa cenggitu, lagi sadis, dapur nak muntah kte tgk, dah hitam kuning dah lantainya, bilik air, nak mengucap tengok, lagi cantik tandas awam. Harapkan kte je lah minggu2 tolong bersihkan. Sakit btol hati. Nak ditegur pangkat akak, pulak tu cikgu. tak tau nak cakap camne. Haih :)