Wednesday, March 2, 2016

Killer Gourmet Burger, The Gardens

Salam readers...

Sekian lama dah tak update pasal geng avengers kan.
Sekarang ni dah jarang sangat-sangat dah Kekna berjumpa dengan diorang.
Diorang ni selalu sangat busy.
Balik kerja pun sampai 10-11 malam.
Paling awal pun pukul 8 malam...
Uihhh,, Kekna is tak sanggup untuk balik selewat itu.
Bagi Kekna, pukul 5:31 petang tu kalau belum balik lagi dah consider lewat dah..
Mihmihmih...

The day after pengumuman bonus company, schedule geng-geng avengers dah agak free.
Orang finance memang cenggitu la kot kan...
Sebelum announce bonus, busy nye kemain lagi.
Lepas announce je, terus free.
Then, kitorang plan keluar lunch.
Rindunye nak keluar lunch dengan diorang ni.

Leen suggest makan kat KGB, The Gardens.
Kekna as usual, on je memana pun.
Tak kisah.
Fast food memang Kekna makan semua. Jenis tak memilih.


Kekna dan Leen


Farid dan Ekin...

Rindu nak dengar diorang ni bertekak.
Dulu masa diorang duk satu unit dengan Kekna, hari-hari Kekna dengar Farid dan Ekin bertekak.
Now, diorang takde sunyilah sikit.

On that day, as usual diorang bertekak lagi...
Wahhh, diorang bertekak ibarat dendangan lagu di telinga Kekna.
Hahaha...


Farid fredo the weirdo rude bijjj...
Panjang nau nama gelaran dia... hihi


Kami! Avengers Bijjj... :)

Dah namanya pun makan kat KGB, haruslah semua makan burger je kan.
Jangan di-compare-kan rege burger Ramly dengan KGB ni ye.
Ibaratnya sejauh jarak langit dengan bumi.
Sesekali makan burger mahal, ape salahnya kan?
Bukannya selalu pon...

Tapi kan Kekna memang perasan lately Kekna suka sangat makan burger.
Hari-hari makan burger pun takpe.
Macam minggu lepas, Kekna order burger McD.
Pastu makan kat KGB pulak.
Petang-petang balik kerja memang dah acara wajib Kekna menyinggah kat gerai burger bawah rumah.
Gerai burger tu kawan Kekna punya.
Balik kerja duduk sembang-sembang dengan dia kejap, pastu Kekna akan order burger dengan dia.
Beli burger daging biasa pun takpe.
Burger dia best sangat-sangat.
Daging juicy, tak lokek sos dengan mayo. Sampai melimpah-limpah sos bila makan.

Hari ni Kekna puasa.
Tapi tekak memang nak makan burger lagi.
Habis tu kalau makan burger, kompem-kompem la tak kenyang kan?
Kang tengah malam nanti menggelupur plak cari nasi...
Cane ni? Cane ni? Huhuhu...

Ok, back to the main story.
Korang lihat sendirilah rege burger ni ye...

(Pic credit to: mr.google)

ONLY HALAL!
Silalah makan tanpa was-was ye...


Ni farid punya..
Burger pineapple express. Vefe sangat uollsss..


Yang ni Kekna dan Leen punya.
KGB Spiked - beef
Ada beef bacon, cheddar, spicy sauce...
Sedap weehhhh!
Ade tertelan ailio dah ni.... T____T


Yang ni Ekin punya.
Tornado... Nampak sedap kan?

Ohmaiiii, memang teringin nak makan lagi ni..
Hehehe...






No comments: