Tuesday, March 22, 2016

Sejuknya hari ini

Salam readers...

Alhamdulillah... Bumi KL hari ini sejuk menggeletar.
Dari pagi tadi hujan turun tak henti-henti.
Cuaca pun mendung aje.
Fenomena El- Nino baru-baru ni memang buat Kekna susah hati.
Bukannya ape, takmo laa kes takde air macam2 tahun lepas tu berulang lagi.
Hazab oiiii....
Hidup tanpa elektrik, boleh lagi laa kita tahan.
Tapi kalau takde air, alamatnya semua benda pun takleh buat.

Kekna awal-awal lagi dah siap takung air satu baldi besar.
Yela, kot kalau takde air ke ape, boleh la guna air dalam baldi tu pulak.
Kali ni Kekna nak takung air dalam baldi besar yang lagi 1.
Biar ada 2 baldi besar air. Senang kalau jadi apa-apa nanti.
Nampak tak trauma nya disitu? Hehehe...

Walaupun hari ni hujan, semalam panas hazabun nauzubillahi min zalik!
Balik kerja, Kekna terus singgah ke gerai burger.
Tolong budak-budak kat situ jual burger.
Laku weehhhh burger kat situ. Tak menang tangan dibuatnya.
Burger sedap, haruslah la laku kan...

Si dia pulak mesej Kekna bagitahu nak join pergi gerai burger tu...
Alamakkkk!
Panik ahkak ok!
Dah la muka berlengas berminyak semua kepanasan.
Yela, petang semalam langsung takde angin. 
Dah la panas melayan customer lagi.

Tunggu punya tunggu, pukul 8 lebih barulah dia sampai.
Patutlah dia lambat.
Rupa-rupanya dia angkut anak sedara dia nama M dan kawan dia, I sekali.
Tiga-tiga pun chef.
I tu chef kat DoubleTree by Hilton, KL.
M tu chef kat Hilton, KL.
Dia pulak currently kat One World Hotel.

Diorang bertiga lepak kat gerai burger sampailah pukul 10 malam lebih.
Masa tu pun memang panas. 
Angin memang takde langsung.

Balik rumah, Kekna mandi solat.
Lepas tu pengsan dah atas katil.
Penat bebenor.
Tapi, disebabkan panas sangat cuaca semalam, Kekna tido tak berapa lena.
Asyik la terjaga dari tidur. Dalam keadaan mamai macam tu, Kekna bangun pergi mandi.
Ada la 3-4 kali Kekna bangun pergi mandi semalam.
Terus datang kije hari ni mata sembab... hihi...


Hari ni ahkak tak make up dik non.
Just pakai foundation je.
Eye liner kemana, lipstik pun kemana.
Malehhh nak melawa.

Memang patut la semalam panas bebenor.
Rupa-rupanya ALLAH swt nak bagi hujan sepanjang hari ini...
Alhamdulillah...

No comments: