Tuesday, March 15, 2016

Tak ada bujang? Kita amik duda... Tak ada kedua-duanya? Sila mereput...

Salam readers...

Agak lambat untuk Kekna bercakap tentang hal ni. Dah basi dah pun.
Aritu kan keluar isu panasss mengenai isteri serang majlis persandingan suami dengan wanita lain.
Dah la dapat tahu suami curang, lepas tu diceraikan pulak dengan talak 3!
Ya ALLAH....!!
Acu kita berada di dalam situasi si isteri. Ape perasaan kita?

Selalu orang cakap, perempuan akan faham perasaan sesama perempuan.
Kalau macam tu, kenapa boleh timbul isu perampas, merampas dan dirampas?
Itu ke yang dinamakan memahami perasaan sesama perempuan?

Kenapa perlu jadi perampas?
Tak laku ke? Atau terdesak sangat? Ataupun sengaja nak test market?
Tak pun sebab terkesan dengan statistik dunia kononnya nisbah bilangan seorang lelaki bersamaan dengan 11 orang perempuan (1:11)?

Actually kan since last year selepas Kekna putus tunang, Kekna mengambil masa untuk mengenali lelaki lain.
Kenal untuk jatuh cinta, i mean.
Tapi untuk sekadar berkawan biasa tu, memang tak dinafikan ramai.

Dalam proses berkawan tu, Kekna jumpa ramaiiiii sangat lelaki bujang.
Siapa kata sekarang ni susah nak jumpa lelaki bujang?
Tipu semata-matalah!
Perempuan yang jenis malas berusaha je yang cakap macam tu.
Dah la malas berusaha, pastu main sambar je even suami orang pun.
Yela, seronok kapel dengan suami orang.
Pandai melayan, pandai bermain kata-kata.

Ehhh, Kekna dulu pernah tauu bercinta sekejap dengan suami orang.
Tup-tup kena serang dengan adik beradik dia dalam sms.
Masa tu takde whatsapp lagi.
Terpinga-pinga kejap bila dapat tahu yang dia tu suami orang.
Patut laa kalau nak jumpa on weken asik di waktu malam aje.
Rupa-rupanya tipah tertipu. Hewheww...

Tapi kannn memang seronokkk sangat kapel dengan suami orang ni.
Pandai pujuk, pandai melayan, pandai berkata-kata...
Ate dia dah terbiasa dengan pompuan kan.
Tapi yang pompuan ni pun tak perlulah desperado sangat.
Fikirlah... tak kemana-mana pun kapel dengan suami orang ni.
Kekna pernah terbaca kata-kata dari facebook:-

"Suami orang yang melayan awak bukan kerana awak cantik tetapi kerana awak murah"

Pedasss wehh kata-kata ni.
Tak terasa lagi?
Ada seseorang pernah cakap kat Kekna,

"Depan awak, dia kutuk bini dia. Tapi di belakang awak, malam-malam, bini dia jugak yang dia duk peluk"

Hohoho...
Bab berkongsi tutttttt tu paling Kekna geli.
No...no...no...

Kita ni sebagai wanita bujang boleh buat pilihan.
Kena rajin mencari. Kena pandai memilih.
Jangan main sauk je.
Umur kita ni semakin tua. Bukannya semakin muda.
Kenapa nak sia-siakan masa muda kita dengan orang yang belum tentu beri cahaya untuk kita di masa hadapan?

Kalau setakat dijanjikan dengan janji-janji pelesu, mat bangla pun boleh buat benda yang sama dik non.
Lelaki memang senang menabur janji.
Sekejap janji tu, sekejap janji ni.
Dalam sepuluh janji yang dia buat, ada la satu dua yang dia tunaikan.
Yang lain, harammmm dia lupa.
Yela, janji sekadar nak senangkan hati kita.
Untung-untung dapat apam free... Ye tak?
Tak dapat takpe. Next time cuba lagi.
Kekdahnye, usaha tangga kejayaan. Tak gitu?

Macam yang Kekna cakap tadi, kita kenalah pandai memilih.
Kita ada option.
Tak jumpa yang bujang, kita carilah yang duda.
Berlambak duda-duda hot kat Malaysia ni.
Tapi kenapa suami orang juga yang dicari?

Orang kata, kalau dah jodoh, lari cemana pun akan disatukan juga.
Itu lain cerita.
Dah tahu orang tu suami orang, kita larilah.
Kalau dah lari tu, tapi masih dekat, asyik terserempak, susah nak lupakan perasaan, dah puas berdoa pada ALLAH tapi perasaan semakin kuat, dua-dua ada niat nak kahwin, takpelah.
Minta restu dari kedua-dua belah pihak.
Mintak izin juga dari isteri pertama.
Kahwinlah dikau berdua dengan senang hati.
Tapi sesetengah orang tak buat macam tu.
Dah tahu orang tu suami orang, masih lagi nak bertempek.
Masih lagi nak bercinta. Bercinta dalam diam.
Si suami terpaksa menipu pada si isteri sebab nak keluar dengan girlfriend.
Lepas tu, kalau boyfriend takleh keluar, si girlfriend sentap terasa hati sebab rasa si boyfriend lebihkan isteri dia.
Kalau boleh dia nak si suami orang tu bertempek dengan dia je.

Mana boleh macam tuuu...
Korang tengok tak cerita 'Cinta Paling Agung'?
How desperate the wife nak selamatkan rumahtangga dia?
Ubah penampilan, ingatkan suami tentang janji malam pertama diorang.
Desperate tak desparate, dia ada hak untuk pertahankan rumahtangga dia.
Demi anak. Demi nama keluarga.
Time isteri mintak cerai, takde pun tanda kekesalan kat muka suami.
Tapi bila time girlfriend mintak putus, menangis kemain!
Dengan isteri, cakap kasar-kasar.
Dengan girlfriend, cakap lembut pijak semut pun tak mati.
Tak rasa kesian ke dengan si isteri?
Hoiii, emo ahkak!

Carilah yang bujang wahai gadis-gadis.
Takde yang bujang, ambillah duda.
Jangan dikacau orang punya.
Jangan diganggu rumahtangga orang.
Jangan diganggu hubungan orang lain.
Fikir sikit, macam mana perasaan kita if satu hari nanti ada perempuan lain pulak yang ganggu rumahtangga kita.
Walaupun niat kita baik, bukan nak merampas tapi sekadar nak berkongsi kasih, kita fikir adakah pihak yang lagi satu nakkan benda yang sama juga?
Kita nak bahagia tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.
Barulah kebahagiaan kita tu kekal.
Kita taknak bahagia tu datang sekejap-sekejap je kan...

Carilah yang terbaik untuk diri sendiri.
Kita layak untuk menjadi satu-satunya permaisuri di dalam hati seorang lelaki.
Kenapa kita nak memilih untuk menjadi yang kedua?
Orang kata, yang pertama itu priority.
Yang kedua itu adalah option.
Nak ke kita jadi satu option untuk orang yang kita sayang?
Kita setia pada dia seorang.
Tapi dia? Dengan kita, bercinta-cinta. Dengan wife dia, berkasih-kasih.
Kenapa kita tak memilih lelaki yang akan bercinta dan berkasih dengan kita seorang saja?

Waktu bercinta, serba-serbi sanggup.
Tapi fikirlah, sanggupkah kita hidup bermadu di alam perkahwinan nanti?
Waktu suami terpaksa dibahagi dua.
Sekejap dengan isteri pertama. Sekejap dengan kita.
Sanggup?
Waktu dia bersama dengan isteri pertama, kita terkulat-kulat duk kat rumah menunggu panggilan dari dia.
Time hari raya, bila tiba waktu dia balik kampung isteri pertama, kita terkulat-kulat beraya tanpa suami disisi.
Orang lain pagi raya peluk cium salam tangan suami.
Tapi kita?
Nak ke kita hidup macam tu selamanya?

Kekna? Tak nakkk!

So, carilah yang bujang ye.
Tak jumpa yang bujang, carilah duda...
Kalau tak jumpa jugak, silalah mereput sampai bila-bila.
Dah sah-sah kau jenis malas mencari kan...



No comments: