Thursday, March 3, 2016

The Amazing Race, Taman Botani Perdana

Salam readers...

Friday last week, department audit ofis Kekna mengadakan The Amazing Race kat Taman Botani Perdana, KL.
Program start pukul 8:30 pagi dan dijangka tamat dalam pukul 11 pagi.
Pukul 8:30 pagi semua staff audit berkumpul kat sana dan diberikan briefing oleh organizer.
Dah lama geng-geng audit tak berkumpul buat aktiviti macam ni.

Kekna diletakkan dalam group 8.
Group 8 ni ada 4 orang.
Kekna, Cherylyn, En. Nawawi dan En. Nazruddin.

Alkisahnya game bermula dengan gambar yang diterima dalam whatsapp group.
Kena cari lokasi yang ditunjukkan di dalam gambar.
Ada map yang diberi tapi mencabar jugak sebab tatau starting point kita kat mana.

Dah dapat jumpa 1st location, kitorang kena susun puzzle.


Ingatkan puzzle ape tadi.
Rupa-rupanya gambar pegawai-pegawai atasan TM.
Nak susunnya pun takde la susah benor tapi nak meneka nama penuh diorang tu siap dengan BIN lagi...
Perah otak beb! Hahaha...
Yela, biasanya main panggil nama je. 


Oleh sebab terlupa nama penuh sorang pegawai atasan, group kitorang kena face painting...


Cilakak betul buat blusher kaler biru kat pipi Kekna... Haha


Cantik tak weollsss? Lolzzzz...

Dah kena face painting, kitorang dapat pulak 2nd location kat dalam whatsapp group.
Bergegas pulak ke sana...

Kat 2nd loc, kitorang kena amik guli dalam kotak.
Kitorang tatau pun apa yang ada dalam kotak tu...



Rupa-rupanya ada ulat-ulat ni haaaaa...
Geli geleman Kekna tengok... 
Nasib baik la ulat-ulat ni tak merayap kat tangan masa Kekna seluk tangan dalam kotak tadi...
Huhuhu...


Baju belang-belang tu yang jaga checkpoint kedua ni...

Pastu kitorang kena pergi checkpoint ketiga pulak...
Tiup tepung...


Bersungguh tak iolsss??
Hahah





Tak payah pakai Qu Puteh pun...
Guna tepung pun boleh jadi putih.. 





Jahanam baju & tudung Kekna... Lolzz...


Then kena makan wasabi dan peria pulak...
Hazabun betullah bab-bab makan yang pelik-pelik ni.
Wasabi ok lagi untuk Kekna telan tapi kalau dah banyak tu, memang menusuk hidung hoihhh...

Bila dah start makan peria, ok fine.. Selamat muntahkan balik la nampaknya.
Bab-bab sayur mayur ulam-ulaman ni memang Kekna tak boleh.
Nanti telan sembarangan, tak pepasal kena tonsil.


Nah, snap untuk checkpoint keempat...



Checkpoint kelima, kena main bola tangkis.
Smash perlahan bola tangkis dengan racket untuk masukkan bola ke dalam bakul.
Ingat senang ke wehhh... haha...
Kekna punya bola sikitttt je lagi nak masuk dalam bakul.
Tapi end up , empat-empat group member Kekna tak berjaya masukkan bola.
Sebagai denda, kena makan cili hijau.



Kekna ngelat tak makan pun cili ni...
Yela, kang tonsil susah pulakkk...
En. Nawawi yang volunteer tolong makankan untuk Kekna. Hihi...
Ada yang cakap cili ni tak pedas pun.
Tapi Kekna tetap tak boleh makan mentah...
Mengada kan Kekna ni...


Nah, gambar di checkpoint terakhir.


Pastu semua berkumpul kat Taman Botani semula untuk pengiraan markah dan pembahagian hadiah.


Hadiah dapat tumbler je.
Ok laaa...


Ni geng gadis-gadis dan mak gadis dalam unit Kekna sekarang.
Puan Tuty, Izzy, Wanie dan Kekna...

Habis je The Amazing Race ni, Kekna, Wanie dan Izzy bergegas pergi ke Jakel Jalan Masjid India untuk beli hadiah untuk GM Kekna yang akan balik ke SPRM.
Kitorang belikan kain songket untuk GM sebagai kenang-kenangan...

Hari ini dalam sejarah Kekna masuk Jakel dalam keadaan yang sangat jelitaaaa
Dengan pakai pakaian sukannyaaa,,, dengan muka berbedak tepung, tudung yang ada bling-bling tepung, bau-bauan yang harummm mewangiiii..
Ohhhmaiii!! Memang sebijikkk macam orang asli baru kuar dari hutan wehhh...
T___T

Dalam keadaan yang sangat jelita itu jugak, kitorang singgah makan kat Ikan Bakar Jalan Bellamy.
1st time Kekna datang makan kat sini.
Memang terbaekkkk!!!!


Kitorang bertiga order kerang bakar, ikan cencaru bakar, ikan terubuk bakar dan sotong bakar.
Sotong sebesar tapak tangan tuuu...
Makan pulak dengan nasi panas-panas.
Perghhhhh!!! Nikmat dunia weehhh!!

Nak datang sini kena datang awal.
Kalau tak memang susah nak dapat meja kosong.
Masa kitorang sampai tu, ada la dekat 15-20 minit menunggu meja kosong.
Memang ramai gile orang kat kedai makan ni.

Apepun, memang berbaloi menunggu lama.
Sebab seafood bakar dia memang sangat sedap!

TQ Wanie sebab bawak kitorang makan kat sini.
Next time bolehlah kita pergi lagi...
TQ Izzy sebab belanja kitorang makan on that day.
Salam perkenalan katanya... hihihi...

Muahhh muahhhh untuk korang berdua....
*Im not a lesbo, btw... lolzzz*

No comments: