Monday, April 18, 2016

April oh April

Salam readers...

Kisahnya bulan 4 yang ermmm... nak cakap cemana eh?
Lepas satu, satu dugaan yang datang.
Sejak awal bulan April ni, macam-macam benda buruk yang berlaku kat Kekna.
Serius rasa macam down gile.
Dah laa ada masalah personal.
Tambah pulak dengan masalah rumah, housemate yang perangai haremm, tuan rumah macam hape je, kewangan, harta-benda. kerja.
Eh, semuanyalah.
Sekali harung dia datang satu-satu berturut-turut.
Ni laa yang orang kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la ditimpa tangga, cuba nak bangun, terpijak taik pulak... T___T

Bertabahlah duhai hati!

Kekna percaya ALLAH itu ada.
Dan Kekna percaya setiap ujian dan dugaan yang diberikanNYA, pasti ada jalan penyelesaian.

Kisahnya bermula dengan awal bulan April baru-baru ni Kekna tegur housemate Kekna sebab dia guna barang Kekna acuh tak acuh.
Dah lama dah Kekna biarkan dengan harapan dia berubah.
Tapi tak jugak berubah.
Kita ni kalau dah orang bagi pinjam, gunalah elok-elok.
Ini tak, dah dirosakkan barang orang, langsung buat muka tak bersalah.
Dah la tak reti jaga rumah.
Rumah bersepah mengalah rumah indon.
Kasut tak reti nak bersusun, peti ais penuh dengan sayur-sayur yang dah busuk dan berair.
Pastu bila kite tegur elok-elok, sentap.
Aduhh, sakit jiwa betullah.

Lepas tu, Kekna demam teruk.
Takde angin takde ribut, tetibe je Kekna demam.
Kalau demam sesaje takpe.
Ini demam + selsema + tonsil.
Akhir-akhir demam tu ada batuk pulak sikit-sikit.

Dah baik demam, masalah tombol pintu pulak yang rosak.
Tak pepasal Kekna terkurung sejam dalam bilik.
Mujurlah sejam je. Kalau berjam-jam, cane?
Kekna idok lerr panik sebab Kekna percaya masalah tu pasti settle punya.

Dah settle masalah tombol, masalah personal pulak timbul.
Nak citer lebih-lebih kang, nanti korang speku lain pulak.
Penat jiwa raga memikiorkannya.
Tapi last last Kekna pasrah saja.
Malas nak pikir laaa... Lantak deme la.

Lepas tu, kami satu rumah dapat perkhabaran yang tak berapa best dari tuan rumah.
Yang ini memang buat Kekna sesak kepala otak.
Nasib baik ada family dan kawan-kawan yang banyak tolong Kekna.
Ramai betul yang nak hulurkan bantuan sampaikan Kekna terpaksa tolak satu-satu.
Bukan tak sudi terima bantuan tapi cukuplah family Kekna aje yang tolong.
Ya ALLAH, terima kasih kerana mengurniakan Kekna dengan family dan kawan-kawan yang sangat prihatin.

Semalam pulak 2 kejadian yang berlaku.
1- 
Tengah duk syok tengok tv, tetibe lampu bilik Kekna berkelip-kelip.
Tahu je la kan bila lampu berkelip, dah la malam buta.
Seram pulak rasa.. haha...
Tapi takde apa-apa pun yang terjadi.

2-
Handset Kekna tetibe buat hal. 
Geram pulak Kekna.
Tengah duk susah hati pasal hal rumah, handset pulak tetibe hang.
Sampai ke saat Kekna menaip entri ni, handset Kekna takleh on.
Sakitnye jiwa berkali-kali ganda ni.

Ni kes bateri tinggal 2% je lagi barulah Kekna nak caj.
Kebetulan pulak masa caj tu, ramai pulak yang duk mesej-mesej dan sms.
No tak kenal lak tu.
Hangin betul!
Kekna just perlahankan tone hp dan low kan brightness level hp tu je.
Nak off hp kang, takut ada emergency case.
Nak off data saje, macam same je sebab orang tu duk hantar sms je.

Masa tu pulak Kekna memang mamai nak tido.
Mengantuk bebenor. Kekna tido je. Malas nak layan mesej dari orang tak kenal tu.
Stright sampai ke pagi tadi.
Sedar tak sedar dah pukul 6:54 pagi ikut jam astro.
Menggelabahlah Kekna...
Tertanya-tanya jugak, kenapa alarm jam tak bunyi.
Belek-belek hp, hmmm... innalillah dah henset Kekna ni.
Adehhh...

Memang cenggitu la kan.
Kalau 1 benda rosak, mesti ada barang lain yang akan rosak jugak.

Bertabahlah Diana.
Bertabahlah.
In sha ALLAH akan ada jalan penyelesaiannya nanti.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

Artinya:  

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”



1 comment:

Reena Kamarudin said...

semoga awak tabah ya.
ohya, pasal hp tu, cer awak tengok charger. ke charger yang rosak. since that awak kata bateri 2% kan? or tempat lubang nak masukkan charger tu.