Wednesday, April 13, 2016

Dari dapur Kekna

Salam readers...

Kekna suka memasak tapi malas memasak.
Hahah ...
Tapi bila weken je, memang Kekna akan memasak sebab Kekna malas keluar dari rumah melainkan pergi dating.
Hihi...
Kalau tak keluar dating, memang Kekna akan duduk kat rumah siapkan novel Kekna yang Kekna target nak siapkan sebelum pertengahan tahun ni.
Publish nye belum tahu lagi bila sebab Kekna plan nak hantar novel Kekna tu ke banyak publisher.
Pastu kita tengok publisher mana yang tawarkan harga berpatutan. Hihi...
Plan je la... plan.
Kita kan hanya merancang. ALLAH swt yang menentukan.

Ok, berbalik pada cerita asal.
Kekna ni memang suka memasak tapi malas.
Dah la malas. Masakan biasa-biasa pulak tu.
Asal sedap kat tekak Kekna ni, kira jadilah.
Ate makan sorang-sorang.
Si dia abam chef tu sibuk suruh Kekna buat kerabu maggi.
Sampai sekarang Kekna tak buat lagi untuk dia.
Kekna buat untuk diri sendiri je.
Hahaha...


Bahan-bahan untuk buat maggi, Kekna pergi beli dengan dia kat NSK aritu.
Pastu dia bagi Kekna sos ikan bawal yang dia buat sendiri.
Kerabu maggi ni tak berapa pedas bagi Kekna.
Maggi Siam ada lagi tu.
Next time nak try buat lagi.


Aritu Kekna ada beli ketam 2 ekor, ayam seekor.
Kekna tak berapa suka sambal ketam.
Nak buat masak lemak, santan pulak takde.
Last last Kekna buat ketam berlado.
Sedap pulak ketam berlado Kekna ni... Hihihi...
Ayam tu Kekna goreng kunyit je.
Makan dengan nasik panas-panas.
Perghhh.... nikmat hidup weh!


Yang ni namanya dah takde idea.
Kekna masak cili masak tomato, sotong goreng kunyit, ayam goreng dan telur dadar.
Cili masak tomato tu, dia punya pedas sampai bengkak bibir hoihhh...


Yang ni pulak musim kemalasan.
Dah la takde idea nak masak apa. Tambah pulak malas.
Maka jadilah kuah sardin dan telur dadar, makan dengan nasi panas-panas.
Alhamdulillah, kenyang jugak.


Yang ni pulak nasi goreng beli kat pasar malam.
Ayam goreng tu pulak Kekna just salut telur, garam, kunyit sikit dan tepung gandum.
Deep fried. Konyang eden!


Tetibe pulak tekak teringin nak makan ayam masak sos plum.
Nampak kazen upload gambar dalam FB.
Maka, teruslah Kekna berketung ketang kat dapur sensorang buat ayam masak sos plum.
Memandangkan takde kuah, Kekna buat kuah paling senang didunia, telur masak tomato.

Just goreng telur mata.
Kalau pandai buat telur goyang lagi bagus.
Pastu asingkan.
Tumis bawang merah kisah, bawang putih kisar, halia mayang.
Agak-agak dah masak, masukkan air.
Pastu masukkan sesenduk besar sos tomato dan sesenduk besar sos cili.
Tabur garam gula ajinomoto secukup rasa.
Masukkan cili potong nak bagi pedas sikit.
Kacau sampai kuah jadi pekat sikit,
Siap!


Ayam masak sos plum pulak lagiii laaa senang.
Ayam mentah digaul dengan kunyit, cili giling dan garam.
Goreng sampai hampir masak.
Asingkan.

Dalam kuali lain, panaskan olive oil. Sikit je tau. Dalam 2 sudu besar je.
Masukkan bawang holland yang dipotong (masa ni Kekna takde bawang holland. So gantikan dengan bawang merah pun boleh).
Masukkan jugak cili merah dan beberapa biji cili padi hijau dan merah yang dipotong halus.
Masukkan ayam.
Gorengkan sebentar.
Pastu masukkan Sos Plum Life.
Gaulkan dengan ayam tadi.
Tutup api dan hidangkan.

Senang kan?

Masakan Kekna takde yang susah-susah....
Asalkan dapat makan dan kenyang, sudah.


Last week Kekna teringin nak makan nasi lemak.
So, memasak la Kekna nasi lemak.
Saje je letak pewarna pandan kat nasi lemak tu.
Kononnya nak bagi kelainan sikit.

Bukan nak memuji, so far nasi lemak Kekna sedap jugak.
Wahahahahah... matiklah angkat bakul sendiri! haha...
2 hari Kekna makan nasi lemak yang sama.
Sejak guna periuk nasi Tefal ni, nasi Kekna memang lambat basi.
Kalau dulu Kekna guna periuk nasi jenama E, masak nasi pagi, esok pagi dah basi dah nasi tu kalau tak dipanaskan balik.
Tapi sejak guna periuk nasi Tefal ni, nasi tak dipanaskan pun, memang tahan paling lama dua hari.
Kalau asyik dipanaskan aje, mesti tahan sampai 3 hari.
Sumpah tak tipu.

Eh, tetibe jadi duta Tefal pulak ye... haha..

No comments: