Thursday, April 14, 2016

Demam terkurung

Salam readers...

Minggu lepas Kekna demam teruk seminggu.
Bermula dengan malam hari Ahad, tak tahu lah kenapa tetibe je Kekna diserang selsema.
Ter sokseksoksek sampailah waktu tido.
Itupun Kekna tido pakai breathe right.
Barulah Kekna boleh tido lena.

Pagi Isnin tu dah mikir dah nak pergi kerja ke tak.
Tapi pergi je la sebab kerja berlambak.
Memang sekarang ni asal Isnin je mesti kerja Kekna banyak.
Dah tak berapa nak holiday in the office sangat dah.

Kisahnya aktif pulak Kekna kat office hari Isnin tu.
Kesana kesini, turun naik lif.
Siap boleh pergi lunch kat riverside lagi. Huhu..
Ate perut lapo. Kenalah jugak makan.


Aircond kat office pulak sejuk nak membunuh.
Nasib baik ada sweater.
Kalau tak, confirm menggigil keras kejung je Kekna kat ofis tu.
Sakit kepala tu toksah cakap la...
Tahan je tanpa telan panadol.
Hohoo.. Kekna memang takut makan ubat.


Kalau Kekna demam, Kekna akan mengelak daripada makan makanan yang berminyak.
So, untuk makan malam Kekna makan bubur nasi lauk daging je.
Lega kejap tekak lepas makan bubur.
Lepas makan, ape lagi... tido laa...

Hari Selasa, tekak Kekna pulak kena tonsil.
Hoiii, kalau tonsil ni memang hazabun sikit la.
Suhu badan turun naik.
Bebudak ofis suruh Kekna pergi klinik tapi Kekna tak nak.
Kekna kalau pergi klinik pun bukannya Kekna makan ubat tu...
So, same je.


Disebabkan tonsil melarat, Kekna makan aiskrim ni.
Actually Kekna cari aiskrim vanilla sahaja tapi bawah ofis ni takde pulak aiskrim vanilla kosong.
So, belilah aiskrim yang sedap ni.
Lepas makan je aiskrim ni, terus lega tekak.
Tonsil pun dah tak bengkak dah.
Tapi suara kemain jadi sengau-sengau.
Rasa comel la pulak suara sengau tu.. cekci...  hikhik...


Sampailah hari Jumaat, barulah badan Kekna rasa sedap sikit.
Itupun batuk sikit-sikit je.

Menjelang malam hari Jumaat tu Kekna ada jumpa GenG, badan Kekna start rasa tak sedap balik,
Tapi control cenggitu je la.
Biasanya kalau jumpa GenG ni, Kekna balik lewat. 
Tapi malam tu Kekna balik awal sikit dari kebiasaan.
Badan tak larat, perlukan rehat.

Hari Sabtu, sepanjang hari Kekna tak keluar rumah.
Sibuk siapkan novel yang dah 5 hari tertangguh.
Malam tu Kekna tido lewat. 
Yela, idea tengah mencurah-curah. Macam sayang pulak kalau stop.
Sekali Kekna rasa macam nak pergi ke toilet.
So, terkedek-kedek la bukak pintu bilik.
Tetibe pintu bilik takleh bukak.
Ah sudah!!
Banyak kali Kekna try bukak pintu, tetap tak boleh.
Sah tombol pintu rosak.

Kekna bukannya jenis suka panik tak tentu pasal.
Kekna stop kejap, baring atas katil.
Amik nafas sambil up status dalam wechat.
Kekna bukanlah nak cakap ape, kengkawan dalam wechat lagi berguna dari kawan-kawan kat FB.
Kengkawan kat FB ni kalau kita susah ke ape, kita up status, diorang like je la.
Sekadar like, buat ape?
Nak hulur bantuan, memang takde.
Banyaknya yang jenis stalker...
Tak kisah la orang terdekat ke atau orang jauh, sama je.
Sentap menyentap memang nombor 1.

Kat wechat pulak berbeza.
Kekna up status pasal terkurung dalam bilik, berlumba-lumba orang cuba tolong.
Padahal dah tengah malam tuu..
Diorang suruh snap gambar tunjuk tombol pintu tu cemana.
Lepas tu diorang suruh buat itu ini.
Pulas kut tu, pulas kut ni. Tekan itu, tekan ini.
Setengah jam je, Kekna dah boleh bukak pintu dah.
Alhamdulillah...


Lega hoiii...
Takyah panik-panik pun.
In sha ALLAH ada jalan penyelesaian.

Sebab tu la sekarang ni jarang dah Kekna update FB. 
Kekna suka main wechat pulak.
Orang kata wechat ni tempat orang jual badan la, budak-budak rempit la bla bla bla...
Sebenarnya ada je yang elok-elok.
Kengkawan Kekna dalam wechat tu semua jenis ada bisnes sendiri.
Pastu kije best-best pulak tu.
Juru x-ray ada, strategic communication manager ada, socio political analyst pun ada.
Kalau kita approve yang jenis rempit, memang itulah kawan kita.
Macam Kekna bebudak rempit ke atau bebudak yang ntah apa-apa memang Kekna takkan approve.
Si dia pun Kekna jumpa dalam wechat jugak.
Chef lagi...
Kite approve orang yang elok-elok la sikit.

Eh, tetibe lari dari topik pulak eh.
Hihi..
Im sorry....

Inilah kisah yang tak berapa best dari Kekna.
Moral of the story, kalau jadi apa-apa, jangan panik.
Hadapi dengan tenang.
ALLAH itu ada.
Dia uji kita sikit je, pasti disebalik ujian itu akan ada jalan penyelesaiannya.
So, chill lah selalu ye... :)




No comments: