Tuesday, April 12, 2016

Dinner

Salam readers...

Kisah 2 minggu lepas, si dia ajak Kekna keluar dinner.
Kekna ikutkan aje sebab jarang-jarang sekali dapat jumpa dia.
Dia kan kije shift.
Weekend pun dia kerja jugak. Dari tengahari sampailah pukul 10 malam.
Nak harapkan hari Selasa aje la kalau dapat jumpa dia pun sebab dia cuti setiap hari Selasa.

Dia tak bagitahu kat mana nak dinner.
Kekna pulak malas nak banyak soal.
Orang dah ajak, kita ikutkan aje.
Asalkan dia tak bawak Kekna ke tempat yang bebukan sudah lah.
Tapi dia tahu Kekna tak suka pergi ke tempat bukan-bukan.

Memula Kekna rasa pelik, restoran mana pulak dia nak bawak Kekna ni?
Siap kena naik tingkat atas bagai.
Dah la nak lif sampai tingkat 7, lepas tu kena panjat tangga lagi sampai tingkat 8.
Tapi tangga tu nampak ekslusif la. Ala-ala romantik gitu.
Suasana sepi je, mungkin time tu terlalu awal kitorang sampai untuk dinner.

Tempatnya cozy.
Kalau pergi lewat sikit, ada live band.


The ambiance is very nice.


Berlatar belakangkan KLCC.


Nah, my naked face.
Tak tahu la setiap kali Kekna keluar dengan dia, Kekna jadi malasss sangat-sangat nak make up.
Dia pulak lagi suka kalau Kekna tak make up.
Dia kata kalau pakai make up, muka jadi palsu.
Haishhh... gitu pulak katanya..


Duk situ lama-lama.
Makan sambil menikmati pemandangan malam yang indah.
Wahahahaha... poyo je ayat!


Dia suka sangat amik gambar Kekna sampaikan naik segan pulak dengan orang-orang sekeliling.
Hahaha....

Ok, dah update dah belog.
Lega dah sebab tak perlu dah nak risau blog bersawang. Hihih...


No comments: