Friday, April 15, 2016

Kena peluk hantu??

Salam readers...

Kekna nak share satu kisah mistik.
Memang agak menakutkan tapi tak tahu laa bagi korang yang tak pernah mengalami kan.

Korang mesti pernah dengar orang kena tindih dengan hantu, kan?
Kekna pulak bukan kena tindih tapi kena peluk.
Hantu ke ape, wallahualam.
Realiti ke tak, Kekna pun tak tahu nak explain sebab kejadian ni berlaku antara sedar tak sedar.
Eh, korang paham ke tak ni? Hahaha...

Kejadian ni baru aje terjadi semalam dalam pukul 2:00 pagi macam tu sebab lepas tu Kekna celik mata, tengok jam pukul 2:30 pagi.

Ceritanya macam ni...
Semalam Kekna mimpi buruk.
Kekna mimpi mommy, adik Kekna 2 orang (Iwan & Shazrin) dan anak sedara Kekna nama Amisha keluar pergi beli barang-barang dapur.
Waktu tu dah maghrib.
So, tinggallah Kekna dan anak sedara yang lagi sorang nama Alyssa.
Lepas mommy dan lain-lain keluar, Kekna pergi tutup pintu pagar rumah.
Lepas tu Kekna berjalan nak masuk ke dalam rumah.
Time berjalan tu, Kekna terlanggar pasu mommy Kekna.
Kekna tak sure pulak tu pasu untuk pokok ape.
Tapi pokok tu ada banyak serangga.
Dah terlanggar pasu tu, mata & pipi Kekna terus kena gigit dengan serangga tu.
Sakit jugak la sampai Kekna mengaduh sakit aje.

Bila dah masuk dalam rumah, Kekna panggil Alyssa.
Masa tu Kekna dah rasa tak sedap hati dah.
Alyssa pulak memang jenis lembab.
Kekna panggil 2-3 kali, barulah dia datang.
Time tu dia sibuk tengok tv kat ruang tamu rumah Kekna.
Bila Alyssa dah dekat dengan Kekna, barulah Kekna tarik dia bawak masuk dalam bilik ibu dia (Kak Ejam).
Kekna suruh dia cari Al-Quran yang biasa ibu dia baca lepas solat.
Nasib baik senang je jumpa. Jumpa Al-Quran dan muqadam sekali.

By the time Kekna dan Alyssa keluar dari bilik Kak Ejam, tiba-tiba lampu semua padam.
Rumah gelap gelita. 
Tv yang Alyssa tengok tadi pun tertutup sendiri.
Tiba-tiba Alyssa jerit,
"Angah!! Takutt!! Ada hantu!!!"
Alyssa jerit sambil peluk Kekna dari belakang.

Masa Alyssa jerit tu, Kekna tak nampak apa-apa pun sebab depan Kekna memang gelap gelita.
Cuma ada sedikit cahaya samar-samar dari lampu tiang elektrik kat luar rumah.
Tapi masa Alyssa menjerit ketakutan tu, Kekna sebut Allahu Akbar banyak kali dengan kuat.

Lepas tu Kekna tersedar dari mimpi.
Dalam keadaan mata masih tertutup, Kekna rasa macam ada "benda" yang peluk Kekna dari belakang. Pelukan kuat yang amat.
Kekna try buka mata tapi tak boleh.
Oleh sebab dalam mimpi tadi Kekna asyik sebut Allahu Akbar, jadi kat realiti pun Kekna jerit Allahu Akbar jugak.
By the way, masa Kekna "bermimpi" tu, Kekna tido dalam keadaan mengiring ke kiri mengadap dinding.

Lepas je Kekna terjerit-jerit Allahu Akbar, terus Kekna rasa bulu roma belakang badan Kekna meremang. 
Pastu terasa macam ada "benda" tolak-tolak Kekna dengan kuat sampaikan Kekna makin terhimpit dengan dinding.
Banyak kali jugak Kekna kena tolak.
Kebetulan pulak masa tu terlintas ayatul Kursi dalam kepala.
Terus Kekna baca sebanyak 2 kali berturut-turut.
Habis je ayat Kursi kali kedua tu, barulah bulu roma Kekna dah tak meremang dah.
Masa tu jugak Kekna boleh bukak mata.
Masa bukak mata tu, Kekna tak toleh ke belakang pun.
Takutttt... huhu...
Masa tu la Kekna tengok jam kat henset.
Tapi masa tu belakang badan Kekna memang rasa sakit dan kebas seolah-olah kena tolak betul-betul tadi.

Terus Kekna takleh tido dah lepas tu.
Takutt...
Dalam pukul 3 lebih barulah Kekna berani toleh ke belakang.
Nasib baik takde ape kat situ.
Kalau tetibe ada tetamu tak diundang, maunya Kekna heart attack kat situ jugak.
Huhu...

Kekna bangun dari katil dan bukak lampu.
Oleh sebab dah takleh tido, Kekna bukak la tv.
Tengok tv kejap sampailah Kekna terlelap balik.
Sebelum tido balik, sekali lagi Kekna baca ayat Kursi sebagai pelindung.

Serius seram!!

Hari ni datang kerja dengan mata bengkak sebab tak cukup tido.
Huhu...


No comments: