Wednesday, May 25, 2016

Bila keluar dengan mak-mak orang

Salam readers...

14 May lepas, Kekna dan kawan-kawan Kekna (Mimy dan Zura) plan nak pergi ke Hotel Sri Petaling sebab kat sana ada jualan Jelly Bunny.
Menggelupur jugak la nak pergi tu sebab dengar kata memang murah.

Kekna bangun awal pagi sebab Mimy kata nak pergi awal.
Tapi dia takde pulak cakap pukul berapa.
So Kekna pun bersiaplah cepat-cepat sebab Kekna tak suka buat orang menunggu.
Last-last minah tu cakap nak datang tengahari pulak.
Choiii... haha...

Terus Kekna bersilat kejap kat dapur siapkan makanan.
Kot la lapar ke ape kan...
Bolehlah makan. 
Tapi takdan nak makan pun. 
Sebab tak lama lepas tu Zura mesej bagitahu diorang dah on the way.


Kekna sempat masak Kurma daging.
Pastu goreng ayam dengan ikan.
Nasi pun takdan nak masak.

Mimy dan Zura sampai je, terus kitorang zasssss pergi ke Hotel Sri Petaling.
Kekna tak amik gambar pun kat sana sebab sibuk jadi babysitter...
Mimy dan Zura bawak anak masing-masing.
So Kekna tolong tengok-tengok kan anak diorang.
Yela, bahaya jugak pergi ke tempat orang ramai macam tu.
Budak-budak ni pulak suka berjalan sendiri taknak dipimpin.
Bahaya oooo...

Kat sana, Kekna ada laa beli 1 handbag Jelly Bunny untuk anak sedara Kekna.
Murah je pun.
Kekna pun berkenan dengan handbag tu tapi kalau dah niat nak bagi kat anak sedara, so kenalah bagi....

Dari Hotel Sri Petaling, kitorang beransur ke Sunway Putra.
Nak shopping kat sana pulak...
Yela, mak-mak nak shopping hadiah sempena Hari Guru.

Seronok betul jadi mak-mak ni kan...
Penat tapi meriah...
Haihhh, bila laaa nak jadi mak pulak ni?
Tak saboo... hihi..


Nah setepek gambar tuan belog.
Ramai yang tegur "dah kurus eh?"

Uolssss, angle je tu ok. Angle....
Hakikatnye... hewhew...


Ni haaa mak-mak bershopping kat Daiso.
Beli barang-barang untuk cikgu-cikgu kat sekolah anak memasing.



Yang tengah tu still available ye... hahaha


Ni sekeping lagi gambor tuan punya belog.
Suka gambar ni...

TQ Zura sebab tolong snapkan gambar ni... :)



1 comment:

Liyana said...

akan sampai masanya nanti... awk jadi mak2 jugak ;)