Friday, May 6, 2016

Cuti lama

Salam readers...

Last week MTM diberikan cuti advance pada hari Khamis sebab ada Annual General Meeting.
Jumaat pulak Kekna mintak izin bos untuk amik half day leave sebab nak settle kan hal peribadi.
Tapi sebenarnya tak berapa half day jugak la sebab Kekna balik dekat pukul 3 petang.
Sebabnya Kekna nak settle kan kerja dulu.
Dah settle kerja ofis, barulah boleh balik dengan tenang.

Malam hari Jumaat, Kekna pergi ke rumah Kak Long sebab parent dan adik-adik Kekna ada datang ke KL ni.
Badan Kekna memang penat sangat-sangat sebab kerja banyak kat ofis.
Lagipun bila balik dari ofis, Kekna buat part time kat gerai burger Ali kat area vista angkasa tu.
Setiap malam balik pukul 10-11 malam.
Kekadang kalau orang ramai, pukul 12 tengah malam baru balik.
Dah balik rumah, bukannya duk sesaja.
Kena mengemas barang-barang lagi.
Kekna dah buat appointment dengan abam lori untuk angkut barang hari Sabtu pagi.

Oh, mungkin ada reader yang belum tahu.
Kekna dah berpindah rumah ke satu lokasi yang tersangatlah best!
Kekna takleh cakap area mana kat dalam blog ni atas faktor keselamatan dan privacy.
Sesapa yang follow FB Kekna mesti dah tahu kat mana Kekna tinggal sekarang.




Family Kekna datang KL atas 2 sebab.
1. Nak tolong Kekna berpindah rumah.
2. Nak tolong beli barang-barang kawin.

Mommy pandai bab-bab deko rumah.
Dialah yang bekerja paling kuat sekali.
Dia uruskan susunan barang-barang kat dapur.
Kekna dan Kak Long pulak settle kan barang-barang dalam bilik tidur.
Anak-anak sedara tolong asingkan barang-barangkan kat ruang tamu.
Yang lelaki pulak uruskan susunan barang-barang berat dan bab-bab pertukangan.
Alhamdulillah semua settle kecuali dalam bilik Kekna tak habis hias lagi.

Canelah nak hias, barang terlalu banyak.
Dah la banyak, asal nak mengemas je, Kekna kena resdung.
Yela, Kekna kan alah pada habuk.
Idok lerr nak kata habuk banyak tapi habuk sikit pun memang kepantangan Kekna.
Dah kena resdung, mulalah bersin tak henti-henti sampaikan demam.
Since bulan April sampai hari ni, dah 2 kali Kekna demam.
Demam pulak bukannya sehari dua.
Demam seminggu.. siap pakej selsema dan batuk lagi. Huhu...

Hari Sabtu, secara official Kekna berpindah kat rumah baru.
Dan hari Sabtu tu jugak la family Kekna berkampung kat rumah baru Kekna tu.
Makan tengahari mommy dah bawak dari rumah Kak Long. 
Awal pagi dia masak gulai ayam dan sambal tumis udang.
Malam pulak Kekna keluar kejap pergi tapau makanan kat Al-Azmi Restaurant.
Tapau kat restoran tu senang sebab macam-macam ada.
Masakan melayu ada, masakan barat ada, satay pun ada...




Kekna ditemani oleh anak-anak sedara Kekna yang dah remaja ni...
Kalau jalan-jalan dengan diorang, orang mesti akan ingat diorang ni adik Kekna.
Hihihi...

Sehari suntuk mengemas, lepas makan malam dan solat Isyak barulah masing-masing balik ke rumah Kak Long.
Tapi nyeeeeee adik-adik Kekna ni bukannya reti rehat.
Dipaksanya Kekna ikut diorang pergi ke Danau Kota.
Ya ALLAH, kalau kaki ni boleh tercabut agaknya dah tercabut lama dah ni.
Memang penat tahap gaban!

Berjalan dengan diorang ni bukannya sekejap-sekejap.
2 jam pusing-pusing kat dalam Danau Kota tu.
Pukul 1 pagi baru balik rumah.

Esoknya, bangun awal pagi.
Kekna dan family pergi ke Jalan TAR.
As usual setiap kali diorang datang KL, mesti nak jejak jugak kat jalan TAR tu. -___-
Temankan mommy beli tudung, tengok jubah-jubah...
Pastu beli barang-barang kawin.




Nak beli barang kawin, better survey dulu.
Bab-bab gubahan hantaran, better pergi ke Nilai 3.
Sana murah-murah.
Kalau nak beli goodies atau barang-barang lain, pergi Jalan TAR je pun dah cukup.

Settle beli barang-barang kawin, Kekna dan Iwan hantar barang-barang pergi masuk kereta.
Yela, takkanlah nak kelek benda alah tu sepanjang berjalan-jalan kan...

Kekna perasan adik-adik Kekna bosan pergi ke Jalan TAR tu.
Terus Kekna cadangkan untuk pergi jalan-jalan ke tempat lain.
Menggelupur masing-masing kata nak ikut.
Daddy dan Alyssa pun nak ikut jugak. hihi...
Last last mommy dan Kak Long stay kat Jalan TAR.
Kekna dan yang lain menuju ke Sogo dulu sebab Iwan kata dia nak beli stokin.
Adik bongsu Kekna, Shazrin pun nak beli something jugak kat Sogo tu.


Dah shopping, kitorang makan kat food court atas Sogo.
Shazrin nak makan cendol katanya.
Shahril pun suka makan kat food court ni.

Dah settle makan, kitorang gerak ke Mid Valley.
Kekna la yang jadi co-pilot sepanjang hari tu.
Yela, bebudak ni bukannya tahu jalan kat KL ni.



Masa kat Mid Valley, kitorang berpecah.
Kekna dan Alyssa ke lain.
Yang lelaki, ke lain.
Takleh sama sebab masa suntuk sangat-sangat dah.
Kitorang plan lepas pergi ke Mid Valley, kitorang nak ke IKEA pulak beli barang rumah.
Abang Kekna ada kirim barang Ikea. Kekna pun ada nak beli barang-barang Ikea jugak.

Punyalah susah nak cari kasut flat sekarang ni.
Masuk Padini- Vincci dah macam tongkang pecah dah.
Orang berebut-rebut beli kasut macam pasar borong.
Gile serabut.
Kasut flat pun tak banyak pilihan.
Last last Kekna masuk Jelly Bunny.
Kat situ ada banyak kasut flat.
Terus Kekna sambar sepasang, belanja Alyssa sepasang.

Dah habis shopping kat Mid Valley, kitorang terus pergi ke IKEA.
By the time masuk Ikea, perut Kekna buat hal pulak.
Dah la kaki penat terlajak.
Adoyaiiii... jenggg betullah!
Terus hilang mood nak shopping.

Walaupun takde mood, lama jugak kitorang bertapa dalam Ikea tu.
Dekat 2 jam jugak laa...
Nasib baik time nak membayor tu orang tak ramai sangat.
Lagipun Iwan banyak tolong Kekna.







Sempat jugak la daddy dan Alyssa snap snap kat dalam Ikea ni...

Lepas maghrib jugaklah kitorang balik rumah.
Sekejapan je Kekna pengsan kat rumah.
Letih sangat-sangat!

Isnin, semua family Kekna balik ke Terengganu.
Sobs... sobsss...
Sedih sangat-sangat.


Belek-belek handbag, tengok ada surat ni.
Anak sedara bongsu Kekna yang bagi.
Senyap-senyap je dia letak surat ni dalam handbag Kekna.
Lawak pulak baca surat dia. Hahahah...

Petang hari Isnin, sebelum hantar Kekna balik rumah, Kak Long ajak Kekna jalan-jalan kat Setapak Sentral.
Kekna tak shopping apepun sebab memikiorkan dah banyak sesangat dah belanja untuk rumah baru bulan ni.
Stop stop la bershopping Diana oiii....


Malam tu ingat nak makan kat Mali's Corner Setapak.
Tup tup kedai tu tutup pulak.
End up singgah restoran tepi jalan makan masakan thai.


Kekna dan Alia.
Orang duk ingat kitorang ni adik beradik.
Padahal kitorang ni mak sedara dan anak sedara laa...
Muka Kekna pun pucat sebab tak make up. Malasss...

Bukan Diana la kalau tak malas.. kannn...
Nak update blog ni pun malas.
Tapi apakan daya. Takmo bagi blog ni bersawang, terpaksalah jugak update.
Hihihi...




No comments: