Wednesday, May 11, 2016

Dinner dengan sahabat

Salam readers...

Minggu lepas, 03 May 2016, Kekna dapat mesej whatsapp mengejut dari sahabat baik Kekna, Syu.
Katanya nak jumpa Kekna lepas waktu balik kerja.
Kekna tertanya-tanya jugak... 
"Eh, syu ni ada kat KL ke?"
"Bila masa pulak dia sampai KL?"
"Kenapa pulak dia datang?"

Rupa-rupanya dia dah few days ada kat KL sebab ada kursus berkenaan dengan course study dia.
Now, Syu tengah amik PhD.
Wahhh... hebat sungguh sahabat Kekna yang sorang ni.

Dia datang ke rumah baru Kekna.
Siap cakap salute sebab Kekna berani duk sorang-sorang.
Kat KL lak tu....

Alahaiii, nak hidup, Syu.
Sorang pun sorang la... Sementara je ni duk sorang.
Nanti dah ada partner, duduk berdualah pulak. Hikhik...

Disebabkan Syu tak makan lagi, Kekna bawak dia pergi ke Sunway Putra.
Best rupanya Sunway Putra sekarang ni.
Macam-macam ada kat sini.
Selesa pulak tu nak shopping.
So next time kalau nak shopping, Kekna akan datang ke Sunway Putra ni ajelah.
Takyah pergi jauh-jauh.

Kekna bawak Syu pergi makan ke Boat Noodle.
Syu tak pernah lagi makan kat sini.
So, Kekna bawak dia rasa masakan kat sini.


Syu ni sahabat dari kecik lagi.
Kami bersekolah tadika sama-sama kat daerah Dungun.
Sekolah rendah pun disekolah yang sama. Darjah 5 dan 6 kami duk sekelas.
Sekolah menengah kitorang berpisah kejap sebab Kekna berpindah ke Kuala Terengganu.
Masuk kolej, kami bertemu balik.
Duduk satu rumah dari awal sem sampailah habis belajar.
Sekarang ni barulah masing-masing buat hal sendiri.
Tapi ukhwah antara kami berdua masih lagi kuat.

Mak ayah kitorang pun saling kenal.
Ate berkawan dari kecik kan...
Kekna rasa parent kitorang ni sepesen je perangai.
Ayah-ayah jenis tak kisah apa-apa je.
Mak-mak pulak sebijik jugak perangainya. Jenis suka membebel dan potpet laser.. hihi...


Malam tu Kekna order Thai popeye tempura.
Bayam goreng tempura je benornye nih...
Kekna suka. Syu yang pertama kali datang pun suka.
Tapi dia tak berapa gemor sos tu.
Kekna apa-apa je pun makan... hihi...


Yum Mama!
Kekna tamak order 2 pinggan.
Syu order 1 pinggan.
Syu kata sedap sangat.
Eh, haruslah sedap! Favorite Kekna ni...
Kerabu maggi orang Malaysia panggil.
Pedas desikkkk!!


Pathumthani chicken thai rice noodle & Ayutthaya chicken thai rice noodle.
Syu tak berapa gemor.
Kekna makan jugak yang ni... Amik 4 mangkuk sorang.
Aihhh, banyak nau makan nih.


Syu dari dulu sampai sekarang memang maintain je badannya.


Yang ni pulak, haiiihhh tak tahu la nak cakap cemana.
Makin dikata nak diet, makin kuat pulak nafsu makannya.
Sekejap kurus, sekejap gemuk.
Kurus 2 minggu, gemuk 2 tahun... hukhuk...


Dah la sekarang ni pemalas ya ampunnnn....
Serabai okeh!
Baju sempoi, muka tak make up, rambut serabai ikat tocang je.
Acaner orang nak terpikat nih?? Huhu...

Order banyak-banyak, pastu tak habis.
Terus tapau bawak balik rumah.


Esoknya panaskan balik kerabu maggi yang tak habis tu buat makan malam.
Buat sosej roll cheese. Terhangit la pulak.
Pastu kebetulan Kekna ada beli cream puff petang tu.
Panaskan balik dalam microwave.
Terus membuak-buak custard cream tu terkeluar dari pastry puff.
Melting uolsss!
Konyang Kekna makan malam tu.....
Alhamdulillah.

No comments: