Wednesday, May 4, 2016

Gegirls Day Out!!

Salam readers...

28 April baru-baru ni Menara TM diberikan cuti gantian awal sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong.
Alang-alang dah cuti, Kekna plan dengan kengkawan Kekna untuk keluar berjalan-jalan cari makan dan buang duit.
Al-maklumlah hari cuti tu duit bonus masuk.
Memasing pun tengah masyukk laaa.
Terus terasa nak bersedekah sikit kat shopping mall sambil menggembirakan perut masing-masing dengan makanan-makanan yang best best.
Hihi...

Memandangkan kitorang ni keluar dah dekat-dekat dengan tengahari, maka teruslah kami singgah di Kedai Nasi JJ, kat TTDI Shah Alam.
Kedai ni hanya menjual nasi kak wook.
Ni bukan calang-calang kedai. Kedai ni dimiliki oleh anak Kak Wok sendiri.
So, nasi Kak Wok yang dijual kat sini memang resipi asal nasi kak wok.


Bak kata kawan Kekna, rupa tak seindah rasa.
Rasa nasi kak wok ni., perghhhh!!!!
Terjuling-juling mata sambil makan sebab sedap sangat.
Memang wajib cuba sebab lepas makan sekali pasti ketagih nak makan lagi.
Percayalah cakap Kekna ni.

Sebungkus hanya RM5.
Konsepnya layan diri.
Kena datang sini awal-awal sebab nanti kena beratur panjang.
Pastu kalau dah habis, terus tutup kedai.

Makan sebungkus pun dah kenyang oiihhh...
Kenyang neting, orang Tranu kata.


Kat depan kedai ni, ada gerai-gerai yang menjual banyak makanan ringan.
Bukan jajan tuhh....
Diorang jual pisang goreng, pau, coconut shake dll.
Memandangkan tengah panas terik, maka kami bertiga pergilah beli coconut shake.
Sedapp jugakkk... RM3 je secawan...
Minumlah sampai kembung perut.

Perut dah kenyang, kitorang beransur ke Sunway Pyramid.
Suppose plan asal kitorang pergi mandi manda kat Sunway Lagoon.
Sekali, salah sorang dari kitorang bendera merah pulak.
Haiyohhhh!!
Terus tak jadi. Next time ye uolsss...
Sunway Lagoon tu tak lari pun.



Dah lama dah tak amik gambar sensorang nih.. Hihi..

Dah lama kitorang plan nak main boling.
Hari tu pernahlah kitorang pergi ke NU Sentral, sekali grand ballroom NU Sentral dah tutup daaa..
Kenapa eh?
Ada sape-sape tahu tak?

Dah sampai ke Sunway Pyramid, kitorang pergilah main bowling.
Dah lama sangat dah Kekna tak main bowling ni.



Yang atas sekali markah Kekna...




4 game sekali gus kitorang main.
Sampai lembik dah tangan kitorang.

2 jam untuk bowling saje.
Lepas tu kitorang sambung jalan-jalan dalam Sunway Pyramid tu.
Bestnya jalan-jalan time orang tak ramai.
Kalau tak, selalu berlaga punggung dengan orang ramai.
Tak sukeee...

Tengah duk jalan-jalan, nampak pulak tempat main archery.
Kengkawan Kekna ajak try main archery.
Sepanjang hidup Kekna inilah kali pertama Kekna memanah.
Seronok jugak rupanya walaupun memang terkulai tangan dibuatnya.





Kekna punya yang no.11.
Nampak tak betapa hebatnya Kekna memanah?
Merata-rata Kekna memanah sampaikan kekadang sampai terpanah kat no.12.
Pecah perut kitorang main benda alah ni.
Dah la dalam kawasan tu ada kitorang bertiga je.
Riuh rendah dengan suara kitorang je.
Hahaha.. :p

Sedar tak sedar dah lewat petang.
Time untuk makan malam pulak.
Memang kitorang plan nak makan kat Tony Romas.






Order la memacam tak hingat dunia!
Ate duit bonus dah masuk. Hihihi...


Nah, gambar tuan tanah yang semakin bambam...
Menangis bila orang panggil gemok tapi bila time makan, melahap macam kan tak makan setahun...
Hiihihi...


No comments: