Friday, May 13, 2016

Kasut

Salam readers...

Nak kata Kekna ni gila kasut, boleh laaaa kott...
Tapi masalah Kekna 1 je.
Kekna susah sangat nak berkenan dengan kasut.
Sebab kalau Kekna nak beli kasut, kriteria yang paling wajib ada dalam selesa dan cantik.
Cantik dimata Kekna laaa...
Ada sesetengah orang dia tak kisah pun cantik ke tak, asalkan selesa.
Tapi Kekna lain.
Kekna nak yang cantik dan selesa.
Cantik tapi tak selesa, tak mo....
Selesa tapi tak cantik pun takmo.
Kekna nak dedua.
Dah la nak dedua kriteria tu, kena pulak cari yang jenis flat atau wedges yang tak tinggi sangat.
Ingat senang ke nak jumpa?
Payah okehhh...

Dulu-dulu Kekna poyo sikit.
Mementang handbag pun Guess, kasut pun Kekna beli yang Guess.
Relalah perabih duit sampai 400-500 ringgit semata-mata nak kasut Guess.
Kalau takde yang Guees, Kekna beli Lewre atau Everbest atau Fiorucci.
Memang laa kasut berjenama ni tahan lama dan lasak sikit.
Tapi sayang duit oohhh... sedebuk bagi duit banyak camtu kat cashier.
Huhuu...

So Kekna beralih arah kembali semula kepada Vincci.
Kekadang beli la jugak kasut berjenama tu untuk raya.
Cuma takdelah semahal Guess tuu..
Tapi kebiasaannya kasut untuk lasak memang Kekna pilih Vincci.

Baru-baru ni (sampai sekarang hingga 22 May 2016) ada sale kasut Vincci kat dalam 11street.my.
Semua kasut yang ada hanya berharga RM15 je!
Murah bebenor dah tuuuu...
Disebabkan Kekna memang familiar dengan kasut Vincci, dah tahu saiz ape, teruslah Kekna grab 3 pasang.
Wahhhh, suka suka suka!!

Kekna order hari Isnin.
Hari Selasa Kekna tengah duk ada training, Kekna dapat call dari courier yang kasut Kekna dah sampai.
Uihhhh, segera betul nih!
Suka suka suka lagi!!!


Tadaaaaaaaaa.....
3 pasang kasut Kekna sambar.
1 jenis loafers. 2 lagi jenis pump. Kasut flat.
Selesa, cantik dan rendah.
Sesuai untuk Kekna yang kaki berjalan ni.
Saiz 5 kesemuanya.
Si supergirls kemain lagi kutuk kaki Kekna.
Diorang cakap kaki Kekna kaki Cinderella.
Tak padan dengan badan yang besauuu...
Hoiii, kuangjaq! :p

Tapi Kekna memang puas hati wehhh...
3 pasang kasut tak sampai RM55 pun sekali dengan postage.
Serius Kekna suka.
Bila Kekna try pakai, alhamdulillah tiga-tiga sedang elok muat dengan kaki Kekna.

Kekna tak rasmi lagi tiga-tiga kasut ni.
Tengah duk fikir kot-kot nak buat raya ke.... hikhik...


Actually petang hari Isnin tu Kekna TERsinggah kat sebuah kedai kasut.
Kalau dah masuk kedai tu gak, tak sah kalau tak membeli.
Kekna TERberkenan pulak dengan wedges ala-ala Jelly Bunny ni.
Tapi yang ni fake je la... RM45 harga dia.

Masa daddy Kekna datang hari tu, Kekna ada jugak beli kasut Jelly Bunny kat Mid Valley.
Tapi tak kenalah dengan kaki Kekna.
Kekna nak jual balik kasut tu.
Pernah pakai sekejap je masa mula-mula beli.
Lepas tu dah tak pakai dah.
Condition 9/10.  Saiz 5. Tak luak pun lagi sebenarnya.
Kekna beli RM79.90. Tapi Kekna nak jual RM50 je exc postage.


Ini kasut Jelly Bunny yang Kekna nak jual balik tu...
Masa sebelum beli tu Kekna try macam selesa je tapi bila terus pakai lepas beli, lama-lama kaki Kekna sakit sebab rasa cam ketat sikit.
Warna cream & black.
Sape-sape berminat, roger Kekna eh...
Kalau yang duk-duk dekat yang takyah pos-pos tu, Kekna tak caj la postage tu...

Berbalik pada kisah kasut baru, Kekna beli kasut warna hitam.
Cantik... berkenan nau-nau Kekna dengan kasut ni.


Kasut ni jenis wedges... Tak tinggi sangat pun.
Selesa sangat.
Kot sape-sape yang nak Kekna tolong belikan, boleh je...
Kekna boleh tolong belikan. Nanti roger Kekna bagi tahu saiz berapa ye.
Kalau tak silap, ada kaler coklat jugak. Pun cantik...
Kekna tak amik apa-apa caj pun. Tak reti aihhh nak berniaga. Hihihi...


Asik tunjuk gambar kasut je.
Nak jugak letak gambar tuan tanah sekeping.
Bajet-bajet pakai blazer kat ofis... Ate aircond sejuk nau.
Menggigil-gigil Kekna dibuatnya.


1 comment:

Cik Puan Eka said...

kite pon baru bli heel dkat 11street haha. murah kottt. tadi tgok lg tak berkenan lak. tgok esok hehe