Tuesday, May 3, 2016

Makin nak diet, makin banyak makan. Acaner tuh?

Salam readers...

Badan Kekna memang tengah membesar dengan jayanya.
Nak kata happy, serabut jugak sebenarnya sampaikan dah sebulan lebih Kekna tido tak berapa lena.
Banyak benda nak kena fikir sampaikan kekadang nangis gak sebelum tido.
Tapi tu la, tengah serabut kepala pun, makan tetap banyak.
Melampau-lampau pulak tu.
Sampaikan family Kekna datang baru-baru ni, semua tegur Kekna makin bambam.
Matik laa... hewhew...

Kalau dulu Kekna makan 2 kali je sehari, sekarang ni hampir setiap hari Kekna makan 3 hari sehari.
Semua menu pun jenis berat-berat.
Kekna ni bukan penggemar jajan sebenarnya.
So, bila Kekna kata Kekna makan, maknanya Kekna makan meal yang berat macam nasi, mee, bihun dan yang seangkatan dengannya.
Kalau amik gambar pun kena amik dari angle yang betul-betul sebab nak bagi nampak kuwusss..
Dah gemok taknak mengaku pulak ye... hihi...

Baru-baru ni TM dapat bonus.
Farid the rude bijjj kata nak belanje kitorang makan pizza.
Maka, jejaklah kaki kemi the bijjjess ke Mid Valley.
Sekali lupa daa Pizza Hut dah lama dah takde kat Mid Valley tu.
End up kitorang decided untuk makan kat Sushi King je.
Dah lama tak makan kat Sushi King.
Nyum nyum...


Paling Kekna suke, surimi scallop sushi.
Ya ALLAH, sedapnyaaa...
Terus lupa doktor ada pesan Kekna takleh makan scallop.
Tapi disebabkan kesedapan itu, Kekna telah derhaka pada doktor.
Ai is mintak maaf ye, abam doktor.


Kami the bijjjesss...


Tatau la kenapa lately memang Kekna malas betul nak make up.
Nak calit lipstik sikit pun malas.

Baru-baru ni mommy ada pesan, 
"Pakai tu biarlah elok-elok sikit. Lelaki sekarang ni memilih."

-___-
Ala... Memilih-memilih tapi lelaki sekarang tak sedor diri tu bukannya perfect sangat pon!
Uweekkk! :p

Masa kat Sushi King tu, bukan main banyak lagi Kekna makan.
Dah macam bela saka pun ada.
Kekna sendiri pun pelik kenapa hari tu Kekna makan banyak sangat.
Biasanya kalau pergi makan sushi, 3 plate pun dah cukup dah bagi Kekna.
Hari tu dah la Kekna ada order set bento, yang plate sushi tu pun dalam 6 plates Kekna amik.
Hohoho...
Nasib baik dah muak dengan salmon.
Kalau tak, memang Kekna sambar salmon skin piri-piri. Hihi..

Habis citer Sushi King.

Hari yang sama, Kekna order congobars dan beef lasagna.


Sedapnya congobars itu...

Kekna order congobars tu dengan twinlicious bakes.
Pi tengok IG diorang nah.
Yang lasagna tu Kekna order dengan kawan Kekna.
Sedap jugak.
Kekna bagi-bagi dengan ofismates.
Portion besar, takkanlah nak makan sorang-sorang pulak kan.

Hari tu memang Kekna kenyang sangat-sangat.
Alhamdulillah rezeki yang ALLAH swt bagi.

Minggu lepas Kekna ada lunch dengan the bijjjess jugak.
Lunch dekat Mr. Kopppy, Plaza Pantai.
Kekna dengar kat situ best chicken butter rice.
So, Kekna pun try la..


Namanya pun chicken butter rice.
Confirm kalori tinggi.
Gemok lagi la nampaknyaaaa... huhu.. T___T
Tapi sedap wehhh makanan ni.
Aritu Kekna try makan carbonara kat sini tapi tak sedap sangat.
Ingat nak repeat makan ni lagi tapi cenggitulah...
Memikiorkan nak kuwuss ni, rasanya macam tak jadi je.
Tapi tapi tapi... nafsu makan ni kekadang menggila jugak.

Tengahari tadi ofismate Kekna, Izy the Gaban ajak turun pergi ke Multipurpose Hall, Menara TM.
Ada jualan katanya.
Alang-alang perut tengah lapor, maka Kekna pun ikutlah dia turun jenjalan kat bawah.
Macam-macam makanan ada kat situ... Semua terliur.
Adehhh...

Kekna TERsinggah kat gerai sorang akak tu.
Dia jual nasi telur.
Dia kata tu nasi warisan Terengganu.
Kekna orang Terengganu tak pernah tahu pun nasi telur ni cemana.
Takpe... takpe.
Kite try dulu beli.


Nasi telur makan dengan ice chocolate.
Nyum nyum....

Nasi tu punyalah banyak... harga RM8 je.
Tapi tak sedap sangat.
Terus tak habis Kekna makan.
Ke tong sampahlah jawabnya makanan itu. 
Orang kat luar sana ada yang tak cukup makan, Kekna kat sini sampai berlebih-lebihan.
Terasa bersalah disitu... Huhu...

Itulah.
Memang macam tu adatnya.
Makin dikata nak diet, makin banyak pulak keinginan nak makan.
Acaner?

Bila ditanya 'dia', dia kata tak kisah.
Hmmm... asyik tak kisah je manjang.
Nak amik ati lettew. Walhal.....




No comments: