Tuesday, May 10, 2016

Rutin

Salam readers...

Sejak-sejak dah berpindah rumah ni, rutin Kekna berubah 100%.
Kalau dulu pukul 8 pagi baru bertolak ke office, sekarang ni kadang-kadang pukul 7, kadang-kadang 7:30.
Kalau dulu bangun tido je boleh tergolek-golek amik mood dulu atas katil, sekarang ni celik mata je terus bergegas pergi bersiap.
Dah bersiap, siram pokok bunga dulu kat luar rumah, buang sampah, kemas rumah kemas bilik kemas dapur bagi nampak bersih.
Nanti dah balik kerja tengok rumah bersih, hati pun senang.

Tapi kan seriously Kekna rasa tenang sangat-sangat duk sini.
Walaupun rumah kecik, tapi senang sangat nak manage.
Bersyukurnya dapat duduk dalam rumah macam ni.

Actually pokok bunga tu jiran sebelah rumah Kekna yang punya.
Tapi dia gantung bunga-bunga tu kat depan rumah Kekna.
Hari tu dia ada datang rumah Kekna sebab nak tanya Kekna ok ke dia gantung pokok kat situ.
Kekna ok je. Tak kisah pun.
Lagi cantik depan rumah bila ada bunga kan.
So tugas Kekna pagi-pagi untuk siram bunga tu secara sukarela.

Kite ni kenalah pandai hidup berjiran.
Hidup bermasyarakat. Hidup bermuafakat.
Tak gitu?

Actually sekarang ni Kekna masih dalam progress untuk deko rumah ni bagi nampak selesa, cantik dan kemas.


Macam kat ruang tamu ni, Kekna plan nak letak wallpaper.
Tapi hold dulu.
Masih ada benda penting yang perlu Kekna buat.

Kekna tak suka rumah yang terlalu sarat dengan perabot.
Cukuplah kat ruang tamu ni ada tv dan kabinet, dan sofa.
Takmo barang banyak. Nanti rumah jadi makin sempit dan tak kemas.


Sama jugak dengan dapur.
Kekna ada dry kitchen dan wet kitchen.
Dry kitchen, Kekna letak barang-barang elektronik macam periuk nasi, oven, microwave, peti ais.


Disebabkan dry kitchen ni dekat dengan bilik air, Kekna letak mesin basuh jugak kat sini.
Ngam-ngam pulak saiz mesin basuh ni dengan tempat yang Kekna letak.
Cuma buat masa sekarang ni mesin basuh ni takleh guna sebab paip yang salurkan air ke mesin ni tersumbat.
Kekna tunggu Megat (husband Mimy Hamid) datang untuk baiki paip ni.


Dalam bilik still in progress.
Masih banyak lagi barang yang tak berkemas.

Memandangkan dinding rumah ni keras sangat-sangat dan kalau nak memaku pun kena suka drill, so buat masa sekarang Kekna takleh gantung lagi gambar-gambar.
Jadinya Kekna just susun frame gambar yang ada kat atas drawer Ikea ni.


Kekna memang tak ada meja solak yang khusus.
Ni drawer 3 tingkat yang Kekna beli kat Giant.
Memang dari dulu Kekna jadikan drawer ni sebagai tempat untuk letak barang-barang solek dan penjagaan diri.
Rasanya kawan-kawan terdekat tahu kot yang Kekna memang suka susun alat-alat solek macam ni.

So far sepanjang Kekna berpindah ni, Kekna belum ada mood lagi untuk memasak.
Balik rumah, Kekna akan beli makanan kat kaki lima.
Tak pun beli siap-siap kat ofis.
Balik rumah, panaskan aje lauk tu dalam microwave.


Weekend hari tu je Kekna masak telur dadar dan ikan goreng.
Kuah kicap pedas tu Kekna beli kat ofis je.
Pastu frozen kan dalam peti ais. Huhu...

Owh, lagi satu rutin Kekna yang terbaru.
Setiap petang Kekna akan keluar berjogging kat kawasan sekitar.
Yela, kawasan sini tak banyak kereta yang lalu lalang.
Tak adalah malu sangat nak berlari-lari anak.

Kalau ikutkan dah bertahun-tahun kot Kekna tak jogging.
Bila start balik ni rasa macam patah riuk semua tulang.
Badan memang sakit sangat-sangat.

Tapi ate nak kurus dan nak sihat kann...
Kenalah bersenam dan keluarkan peluh.
Tapi seronok sebenarnya.

Rumah selesa, jiran baik-baik, kawasan tenang, dekat dengan pasar...
Nak puasa nanti pun, senang.
Lokasi bazar ramadhan duk sebelah blok je.

Memang pada awalnya Kekna was-was.
Betul ke tak nak pindah kat sini.
Rupa-rupanya inilah keputusan yang terbaik untuk Kekna... :)



1 comment:

Mimy Hamid said...

nnati we all dtg ehh