Monday, May 30, 2016

Setelah sekian lama tak dine-in Pizza Hut

Salam readers...

Ketemu lagi kita di hari Isnin.
Update malam-malam sebab sekarang ni Kekna dah ada unifi. Yeayyy!!

25 May 2016, Kekna keluar dengan geng avengers.
Farid dah lama sangat janji nak belanja kitorang makan pizza.
Bulan lepas kitorang pergi ke Mid Valley, rupa-rupanya Pizza Hut dah takde dah kat sana.
Kalau tak silap Kekna, Pizza Hut Mid Valley dah ditukar dengan 4 fingers.

Cari punya cari, Pizza Hut ada kat KLCC.
Terus avengers zasssss pergi ke KLCC lepas balik kerja naik kereta vivi Ekin.

Lengang betul outlet Pizza Hut kat KLCC ni.
Mungkin hari bekerja kot.
Kalau weken mungkin ramai orang makan kat sana.

Actually Kekna tak berapa gemor tengok perangai staff kat Pizza Hut KLCC ni.
Nak-nak yang pompuan.
Diorang macam ada 'attitude' sikit.
Hek elehh, staff Pizza Hut je kottt... Bukannya owner Pizza Hut.
Suka nau buat mata ke atas.
Eeeeiiii, lastik mata tu kang baru tahu! -___-

Tapi memandangkan kami ni datang nak enjoy-enjoy, maka ignore kan aje staff poyoss cenggitu.
Tak heran lah...


Nasib baik Mirul (husband Leen) ada. Boleh jadi photographer kitorang. Hihi.... 



Wefie!

Kitorang ada buat boomerang.
Tapi tak dapat nak upload la. Tak tahu kenapa.



Kitorang makan set ini aje.
Nampak cam sikit je untuk makan berlima.
Memula rasa macam, "Eh, mana cukup ni.... sikit sangat ni..."
Last-last masing-masing kekenyangan melampau.
Siap paksa-paksa orang untuk tolong habiskan makanan. Hihi...

TQ Farid sebab belanja. Next time belanja lagi yeee...
TQ Ekin sebab hantarkan Kekna balik sampai rumah walaupun Kekna boleh aje balik naik LRT.
TQ Leen sebab jadi DBKL kami (tukang habiskan makanan).

:)



No comments: