Thursday, May 12, 2016

Terkena

Salam readers...

Minggu lepas, situasi kat kedai makan Al-Azmi, Sentul.

Dia : Nak tahu 1 benda tak?
Kekna : Pe dia?
Dia : Muka sayang macam budak-budak...
Kekna: Hoh?? Macam budak-budak kut mana pulak. Muka sayang dah tua laa...
Dia : Iye, muka macam budak-budak. Comel.
Kekna : Nak tahu 1 benda tak?
Dia : Yup...
Kekna : Dulu KJ pernah kata something kat bebudak yang minat Kpop.
Dia : Kata apa?
Kekna : Dia kata kembalilah minat kat lelaki Melayu yang tall, dark & handsome.
Dia : So nak kata abang ni tall, dark & handsome la ni?
Kekna : Tak jugak. Abang tall, dark, handsome dan boroi...

Terus dia acah-acah nak pukul bahu Kekna dengan sudu -___-

Ada 1 hari tu dia belek-belek gallery dalam henset Kekna.

Dia : Banyak nau gambar makanan.
Kekna : Mestilah kena snap apa yang kite masak.
Dia : Kalau abang dah lama dah buang semua gambar-gambar ni...
Kekna : Modal untuk update blog tu abang.
Dia : Alah, masak nasi goreng pun sampai sejam...
Kekna : -____-

Dia belek-belek lagi sampailah kat bawah-bawah gallery tu ada gambar zaman Kekna kurus.

Kekna : Kurus kan sayang masa dulu. Belakang sayang ni bentuk S tau....
Dia : Habis tu sekarang ni macam mana?
Kekna: Tak berapa nak S sangat dah...
Dia : Bukan tak berapa nak S. Sekarang dah jadi B terus. (ada lelemak).
Kekna : -______-

Dia masih belek-belek henset Kekna.

Kekna : B sayang tak seteruk D abang. Abang pregnant 4 bulan eh? (perut boroi)
Dia : -____-

Kitorang ni memang suka bergurau macam ni.
Saling terkena dan mengenakan.
Hihi...







No comments: