Wednesday, June 1, 2016

8 tahun sudah

Salam readers...

Sekejapan saja masa berlalu.
Sudah 8 tahun Kekna berkhidmat dengan company  tersayang Kekna ni, TM.
Siapa yang tak sayang tempat mencari rezeki oiii...


Pengalaman Kekna sepanjang 8 tahun bekerja di TM?
Baaanyakkkkk sangat.

Sepanjang 8 tahun bekerja, Kekna dah pernah jaga 4 orang bos.
Bos pertama Kekna adalah seorang polis.
Bos kedua, ketiga dan keempat adalah pegawai SPRM.

Mesti korang pelikkan kenapa bos Kekna bukan dari kalangan staff TM.
Ok, macam ni...
Kekna bekerja dalam unit siasatan dalaman TM.
So, GM Kekna tak boleh dari kakitangan TM. Takut laa kot-kot nanti ada bias ke ape.
Bias in terms of decision making.
Sebab tu bos-bos Kekna mesti seconded dari agensi luar.
Kontrak diorang hanya selama 2-3 tahun aje.
Jadinya sebagai secretary, 2-3 tahun sekali Kekna akan bertukar bos.
Bila bertukar bos, Kekna kena adapt dengan cara bos baru, apa kehendak dia, apa expectation dia...

Mula-mula memang pening jugak la nak adapt perangai bos ni.
Almaklum laa lain bos, lain cara dan gaya.
Kekna akan adapt slow slow.

Paling Kekna rindu adalah bos pertama Kekna.
Bos yang palinggg supportive. Macam bapak-bapak pun ada.
Dia banyak mengajar Kekna tentang cara bekerja kat sini.
Sikitt pun tak lokek ilmu.
Even tak berkira.
Contohnya pernah dulu dia ada meeting pukul 10 pagi. Sebelum meeting, dia kena buat photocopy 2 buah file.
File yang tebal, i mean.

So, Kekna cepat2 fotostat file dia tu. Within sejam setengah, dah siap.
Dia kemain lagi terkejut Kekna boleh fotostat files secepat tu.
Ikutkan, bagi Kekna, apelah sangat kerja fotostat tu kannn... senang je.
Tapi dia boleh bagi Kekna RM10 sebagai upah buat kerja cepat.
Hihihi... rasa kelakar pulak bila diingatkan balik.
Dah macam ape dah dapat upah bagai.

Kalau Kekna pakai seksi-seksi sikit (means baju ketat atau lengan pendek paras siku ke..), mesti dia akan panggil Kekna dan bagi ceramah sikit-sikit.
Kadang-kadang setiap hari dia akan email surah-surah & hadis-hadis kat semua staff kecuali yang bukan beragama Islam.

Pernah jugak la dia tumpangkan Kekna balik rumah bila Kekna sakit atau hari hujan.
Baik ohh dia!
Susah dah nak dapat bos sebaik & tak berkira macam dia.
Dia takde pun nak bezakan layanan dia antara exec dan non-exec.
Dia layan adil je.

Kekna doakan semoga hidupnya diberkati selalu. Ameen.

8 tahun Kekna bekerja kat sini, macam-macam orang yang Kekna jumpa.
Al-maklumlah kerja dalam unit siasatan dalaman kan...
Ala-ala polis pulak.
Ada yang jenis tak nak mengaku salah, confident je muka...
Ada yang meraung-raung sebab dah terbukti diri dia bersalah.
Ada jugak yang ala-ala main bomoh.
Macam-macam laa...
Paling takleh blah, muka kemain nampak jernih, baik, alim... tapi rupa-rupanya buat false claim sampai ratus ribu.
Ada okeyyy!
So, kat sini Kekna belajar yang kita semua takleh judge seseorang hanya dari luaran.
Kena kenal dulu hati budi dia, barulah kita boleh judge seseorang tu.

Ada orang muka baik, hati jahat.
Ada orang muka jahat, hati baik.
Ada orang muka baik, hati baik.
Ada orang muka jahat, hati jahat.

Kita tak tahu hati orang macam mana.
Jadi jangan judge kalau kita tak pernah kenal dia.

Sepanjang 8 tahun Kekna bekerja kat sini, banyak benda yang Kekna dah gain especially in terms of kewangan.
Sedikit sebanyak boleh laa Kekna bantu family.
Kekna rasa bersyukur sangat-sangat sebab mempunyai kerja tetap macam ni.
Dikala ada sesetengah kawan Kekna yang masih struggle untuk dapatkan kerja tetap dan elok, hati Kekna dah bersenang lenang dah ada kerja macam ni.
Walaupun tak se -gah kerja lain, sekurang-kurangnya dengan kerja sekarang, Kekna mampu berdikari seorang diri.
Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat.

No comments: