Tuesday, June 28, 2016

Berbuka puasa di Seri Pacific Hotel bersama Geng Avengers

Salam reader...

Hujung-hujung bulan Ramadhan ni rajin pulak Kekna berbuka kat luar.
Yela, dah hujung-hujung ni idea nak masak pun dah kering dah.
Bila masuk je pukul 4 petang, Kekna mulalah menggelabah fikir nak masak apa untuk berbuka.
Penat otak oihhh... hahah

Nasib baik la awal-awal lagi geng avengers agak berbuka kat luar 24 Jun baru-baru ni.
Tenangnya jiwa raga takyah fikir nak masak apa.
Hihi...

Awal-awal lagi Ekin dah tolong booked kan kitorang untuk berbuka puasa di Seri Pacific Hotel.
Date yang kitorang pilih tu pulak ngam-ngam sama date dengan event Mood Republic kat PWTC tu.
Memula memang kitorang plan nak pergi ke hotel tu dengan kereta aje.
Tapi last last tak jadi sebab memasing takut jalan ke sana jem gila.
So kitorang semua decide untuk naik LRT je.

Kitorang bertolak dekat pukul 6 petang dari ofis.
Yela, kalau pergi awal-awal pun tatau nak buat apa kan...
Kitorang sampai je, terus pergi survey apa makanan yang ada.
On that time orang pun tak berapa ramai sangat.
Better tengok-tengok dulu apa yang ada nanti senang nak buat pilihan. Hihi...


Kenapa kitorang pilih Seri Pacific Hotel untuk berbuka kali ni?
Sebab ada kambing golek niiiii....
Mak aihhh, sedap gile wehhhh!!



Yang ni daging kmabing yang dah dipotong-potong.
Makan pulak dengan black pepper sauce atau mushroom sauce.
Panas-panas pulak tuuuu...
Nikmat dunia niii. Hihi..


Pizza pun ada....
Tapi mungkin sebab pizza ni dah siap lama, jadi agak keras sikit laaa...


Aneka jenis yong tau fuu...


Kueh teow goreng pun ada....


Makan pulak dengan kerang bakar ni..... Aduhhh... kecur liur korang tahu tak?


Ikan bakar


Sotong kunyit pun ada...
Ok laa... Liat sikit je.
Mungkin dah sejuk.


Masak lemak ketam dan gulai kambing pun ada...


Sayur mayur...


Yang ni bahagian sup gear box...


Dalam banyak-banyak makanan, soup gear box ni la yang paling sedap.
Isi daging dia lembut sangat-sangat!!
Waaaa.... tertelan-telan ailio Kekna mengenangkan kesedapan soup gear box ni tau...


Beriyani kambing favorite Kekna...
Nyesal tak makan banyak-banyak.
Sedappp!!!


Aneka jenis acar


Shawarma pun ada....


Sikitnya Kekna amik beriyani ni...
Eh, sikiit ke tu? Mihmihmih...
Bagi Kekna sikit laa sebab beriyani dia sedap ok.


Kekna letak daging kambing, sotong dan pizza dalam 1 plate.
Senang...


Kekna amik jugak fettuccine carbonara.
Tawar sikit.
Kalau ada grated cheese, mungkin sedap sikit kottt...


Murtabak, spaghetti bolognese  dan shawarma letak dalam 1 plate jugak.


Sup daging dan roti


Kami geng avengers.




Anti social je memasing ni.
Lepas makan je, perut kenyang, semua layan phone...
Nyampasssss.... hahaha...

So far ok la makan kat Seri Pacific Hotel ni.
Berbaloi...
Bayar RM69 je kat groupon, lepas tu boleh makan puas-puas.
Paling berbaloi bila amik soup gear box tuuu.
Bapakkk besar gear box dia. Daging pulak alahaiiiii lembut sangat-sangat.
Sikitt pun liat.
Kalau makan kat luar agaknya dah berapa RM dah.
Memang se'eh laa perut makan cenggini.
Acaner tak gemok?
T____T

No comments: