Thursday, June 16, 2016

Dating kat bengkel pun boleh... -__-

Salam readers....

Cerita akhir bulan lepas.
Kekna diajak keluar jalan-jalan.
Pagi-pagi lagi Kekna dah bangun dah sebab nak bersiap.
Maklum laa pompuan bersiap kan lama.
So, Kekna takmo la buat dia tertunggu-tunggu.
Dalam pukul 10 lebih pagi, si dia amik Kekna kat rumah.

Maka, dibawanya Kekna 'jalan-jalan'.
Kekna memang tak tahu menahu dia nak bawak Kekna kemana.
Ikutkan aje laa...

Tengok-tengok dia bawak Kekna pergi Setapak.
Kemain jauh pusingnya.
Padahal dari rumah Kekna tu tak jauh pun dari Setapak. Hahha...

Kitorang singgah makan kat Qing Fang Noodle House kat Setapak tu.
Perut masing-masing pun dah lapar nih.


First time makan kat situ, sedap jugak.
Restoran ni jual mee tarik sebenarnya. Ada jugak la makanan lain tapi specialty dia adalah mee tarik.
Memang sedap mee tarik dia.
Tak muak.
Rasa macam nak tambah lagi pulak tapi tu laaa...
Maluuuuu... hiksss...
*Matiklahhh kalau dia baca ni... confirm jadi bahan nanti.. dah la dia memang baca blog ni. Cane boleh jumpa ntah! Huhu... -__-

Dia bawak Kekna makan kat situ bukannya ape....
Dia nak pergi bengkel yang duk kat sebelah restoran ni...
Nak pasang screen monitor katanya.
Nak gantikan monitor yang lama dengan yang baru.
Over nau!
Ajak dating kat bengkel lakkk... 
Romantik sangat kannnn... sobss sobss... T____T


Ni namanya tengah bosan.
Lama sangat nak pasang screen monitor tu.
Dia suruh Kekna duduk kat seat belakang takut Kekna penat katanya.
Dia tak tahu Kekna dah terbiasa berdiri lama-lama.
Dah dia beriya-iya sangat suruh duduk, Kekna ikutkan aje lah.
Kang menderhaka pulak nanti... mihmihmih...
Alang-alang dah duduk tu, bolehlah Kekna layanlah facebook sekali.

2 jam lebih jugak laa mekanik pasang screen tu.
Dah pasang screen, dia pegi tukar pulak plat kereta.
Tukar design bagi smart sikit katanya.
T___T
Aduhh... memacam betullah dia ni tau. Haha...
Dia punya shopping aksesori kereta macam kan barang-barang tu ada sale pulak.
Itupun dia nak tukar rim kereta la, ape la....
Siap cakap, screen ni setahun dua lagi nak tukar yang lain pulak.
Heeyyy, simpan la sikit duit tuuuu...


Tuuu jejari sementot mamat gedik bershopping kat bengkel. Hihihi...

Dia kata,

"Lelaki ni shopping aksesori kereta macam pompuan shopping baju tau..."

Yeke??  T___T
Bang, aksesori kereta tu bukannya murah tau..
Baik la abang bagi sikit duit tu kat saya untuk shopping baju.
At least dapat gak 2-3 helai.
Raya dah dekat dah ni...
Hehehe...

1 comment:

Reena Kamarudin said...

dapat tengok muka happy awak. berseri-seri. semoga yang ini kekal hingga ke akhir hayat.