Saturday, June 4, 2016

Fitnah

Salam readers...

Kekna bukanlah seorang yang arif tentang agama.
Jauh sekali seorang Hafizah dan ustazah.
Tapi Kekna tahu bahawa di akhir zaman, fitnah akan berleluasa disana sini.

Fitnah ini datang dari pelbagai aspek dan sudut.
Fitnah adalah niat, kata-kata dan tindakan yang jahat yang didorong dengan perasaan iri hati, hasad dengki, nafsu dan bencikan pada seseorang yang tak bersalah.
Kebiasaannya fitnah disebarkan dengan kata-kata manis sehingga boleh membuatkan orang lain percaya bahawa apa yang diceritakannya itu sememangnya wujud dan terjadi.

Fitnah disebarkan tak kira oleh lelaki dan perempuan.
Tapi lazimnya dalam masyarakat Melayu, fitnah lebih sinonim dikalangan wanita.
Tapi apa yang terjadi kepada Kekna adalah fitnah yang banyak dari insan-insan yang bernama LELAKI.
Tak sangka sungguh!

Kenapa orang suka menfitnah??
Kekna sendiri pun tak tahu sebab Kekna sendiri tak suka menfitnah orang.
Usahkan menfitnah, ambil tahu hal orang pun Kekna tak suka.
Bukanlah nak kata Kekna ni baik sangat tapi sekurang-kurangnya Kekna tak adalah nak menyibuk dengan hidup orang dan mengata orang macam-macam.

Fitnah bermaksud mereka-reka cerita untuk menjatuhkan seseorang.
Orang yang menfitnah tu tak takutkah pada KIFARAH ALLAH?
What goes around comes around, bro!
Memanglah sekarang awak-awak suka tengok orang lain jatuh.
Satu hari nanti awak-awak pulak yang jatuh dan orang lain mentertawakan awak, baru awak tahu.
Hidup ni kalau orang tak kacau kita, kita janganlah kacau orang.
Orang tak cari pasal dengan kita, kita janganlah pulak cari pasal dengan orang.

Dalam hidup Kekna, Kekna dah banyak kali kena fitnah.
Dah terbiasa.
Sampaikan satu tahap Kekna rasa dah lali.
Rasa kelakar pun ada bila orang menfitnah ni.
Apa je pun yang Kekna ada sampaikan diorang membenci sangat?
Kekna ni takde apa-apa pun.

So far lah kan, semua orang yang menfitnah Kekna, Kekna tak pernah balas balik.
Bukannya Kekna takut tapi Kekna percaya dengan kifarah ALLAH.
Dan beberapa kali Kekna dapat tengok orang-orang yang menfitnah Kekna tu mendapat balasan masing-masing.
Rasa bertuah?
Takkk... sikit pun Kekna tak rasa bertuah untuk melihat orang-orang tu semua jatuh tersungkur.
Kekna lagiii rasa kesian kat diri sendiri sebab Kekna nakkk sangat diorang dihukum di akhirat nanti sebab hukuman di akhirat tu lebih berat.
Hahahha... :p

Tapi tu la. Kekna ni cepat sangat memafkan dan redha.
Tu bukan kelebihan tapi kekurangan Kekna.
Orang mengatalah gajah rimau kat Kekna pun, Kekna terasa hati sekejap je.
Tak lama lepas tu, mesti Kekna maafkan diorang.
Haihh laa hati....
Kenapalah mudah sangat memaafkan ni?
Sebab itulah orang duk pijak-pijak aje Kekna ni... T___T

Tapi walau apapun, buat awak berdua, TQ sebab fitnah saya yang tak bersalah, yang tak pernah menjaja keburukan awak, yang tak pernah amik tahu hal awak (awak yang selalu bercerita sendiri kepada saya), yang tak pernah cuba menikam awak dari belakang mahupun terang-terangan, yang tak pernah walau sedikit pun mempunyai perasaan tak senang hati pada awak-awak, yang selalu cover bila orang bercakap tak elok pasal awak, yang selalu berharap supaya ada kedamaian di dalam kehidupan kita semua.

Semoga satu hari nanti, ALLAH SWT akan bukakan hati awak berdua supaya hentikan segala fitnah, bersihkan hati yang kotor, hentikan segala tindakan-tindakan yang tak baik dan cukuplah menghukum dan menghakimi orang lain.

Sesungguhnya tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini.
Saya, awak berdua mahupun orang lain.
Jadi, bukalah mata untuk melihat kebaikan orang lain.
Usah dipandang hanya pada keburukan orang.
Satu keburukan yang awak nampak pada orang lain, sepuluh keburukan yang orang nampak tentang awak.

Jadilah manusia yang bertimbang rasa, tak suka membuat andaian & spekulasi sendiri dan seorang manusia yang baik dihadapan mahupun dibelakang orang lain.
Jangan menjadi manusia yang hanya baik di hadapan tapi dibelakang, mengumpat sana sini, mengata sana sini.
Tak baik.
Tak usah ditambah dosa yang ada dengan membenci orang lain.
Kita membenci 1 orang tapi tanpa kita tahu 10 orang lagi yang membenci kita.
Kita sebarkan 1 keburukan orang tapi tanpa kita tahu orang sebarkan 10 keburukan kita.

Kita mengata orang seolah-olah tiada satupun keburukan pada diri kita.
Jangan terlalu bongkak kerana apa yang ada pada kita sekarang, bila-bila masa saja ALLAH SWT boleh tarik macm tu je.
Ingatlah, yang berkuasa itu ALLAH SWT.
Yang hebat itu ALLAH SWT.

Kita, hanya sang kerdil yang diberikan sedikit kelebihan untuk ditunjukkan kepada orang lain, tapi kita dah bongkak?
Mak ayah kita pun tak ajar kita untuk bongkak, kenapa kita membesar dengan perasaan bongkak?

Cukuplah... cukuplah... cukuplah.
Cukuplah menjadi insan yang hanya melihat keburukan orang lain.
Sudahlah melihat keburukan orang lain, suka pulak menokok-tambah garam, gula, ajinomoto untuk menyedapkan cerita.
Ya ALLAH....

Maafkan saya andai ada yang terasa entri ini.
Semoga ALLAH mengampunkan dosa kalian dan dosa saya juga.
Ameen.


No comments: