Wednesday, June 8, 2016

Housewarming

Salam readers...

29hb Mei baru-baru ni, Kekna ada buat housewarming kecil-kecilan saja.
Yela, geng avengers la sibuk sangat tanya, bila nak buat housewarming, bila nak buat housewarming.
Hoiii... choiii betul.
Selagi tak buat, selagi tu diorang tanya.
So, bila dah ditanya acap kali cenggitu, baik laa buat cecepat.

Kekna memang tak jemput ramai.
Hanya kawan-kawan terdekat je.
Kekna geng avengers dan beberapa orang kengkawan pejabat.
Maaflah if ada yang Kekna tak jemput ye.
Bukannya tak ingat kawan ke ape, tapi housewarming ni memang Kekna buat kecil-kecilan je.

Kekna buat konsep potluck.
Ni pun idea geng avengers & bebudak ofis.
Potluck pun potluck laa...
Kekna tetap sediakan makanan-makanan lain jugak.

Malam sebelum majlis, Kekna bertungkus-lumus kemaskan rumah, heret perabot tu, heret perabot ni sebab nak bagi tetamu selesa....
Malam tu dah laa tido lewat. Tak lena pulak tuuu...
Yela, duk memikir pasal majlis esoknye.
Takut makanan tak cukup laa, takut makanan tak sedap laaa...
Macam-macam duk dalam kepala otak ni tau.
Maklum laaa first time organize majlis sorang-sorang.

Kekna bangun awal pada hari majlis.
Ate tak lena sangat tido kannn...
Kekna defrost kan dulu nuggets, kemas lagi rumah, mandi, bersiap.
Tup-tup tetamu pertama sampai.
Hooiiiii... majlis start pukul 2 kot...
Ni pukul 11 lebih dah terpacak ni, ape cerr?
Hahahah...

Menggelabah sampan Kekna buat kerja.
Goreng nuggets cepat-cepat & bagi diorang makan nuget tu dulu.
Sambil diorang makan tu Kekna susun makanan atas meja.



Diorang bawak macaroni bolognese...
Sedap wehhh...
Laku...


Macaroni


Bolognese.
Jangan disangka bolognese yang tenang tiada daging yang banyak di dalamnya.
Sungguh pemurah hatimu wahai tukang masak bolognese. Hihi..


Bihun singapore ni Kekna order je dengan makcik sebelah rumah...


Nugget ni Keka goreng sendiri...
Tengah lapo, makan nugget pun sodap!


Keropok keping mahal!
Kekna beli dengan pakcik yang jual dari meja ke meja kat kedai makan.
Sehari sebelum majlis, Kekna keluar dating kat Setapak.
Si dia bawak Kekna makan kat Qing Fang Noodle House.
Tengah-tengah makan, ada sorang pakcik Melayu cakap loghat Terengganu pekat merayu-rayu suruh beli keropok dengan dia.
Disebabkan kesian kat dia, Kekna belilah.
RM30 untuk 2 paket je ok.
Kalau kat Terengganu, RM30 tu dah dapat berkilo-kilo dah...
Tapi takpelah. Kekna kira sedekah aje.


Tembikai.... Kekna beli tembikai kat pasar malam...


Ni antara makanan yang dah sampai....

Ngam-ngam 2 ketul ni balik, geng-geng avengers pulak sampai...
Itupun tak cukup korum.
Leen tak leh datang sebab dia pergi honeymoon untuk kali yang ke 455. :p



Mak Farid tolong masakkan pulut kuning & rendang ayam...
Banyak pulak tuu.
Ya ALLAH sedapnye rendang ayam itu!!!
Pulut kuning pun sedap!

Tenkiu mak Farid & Farid... hihihi....


Heyyy, datang-datang pastu tengok tv!
Bukannya nak sembang dengan tuan rumah.
Choiii sangat puak-puak ni tau. Hahahah...

Tapi kan nampak kecik la pulak tv Kekna.
Padahal dah beli yang 32' punya.
Nak beli yang 40' kang macam melampau pulak.
Padahal jarang je pun tengok tv tu...


Ha, yang sorang lagi tu adik Ekin.
Pemalu orangnya.

Ramai tetamu yang datang tapi Kekna tak snap gambar.
Gambar diri sendiri pun tak ter snap.
Kekna ada jugak jemput sepupu belah daddy dari Kepong.
Kalau tak buat macam ni, memang tak jumpa.
Kitorang nak jumpa time raya pun susah.

Malam lepas Isyak, barulah settle majlis.
Punyalah letih, ALLAH swt je yang tahu.

Next, mungkin buat potluck untuk raya pulak.
Maybe this time ajak ramai lagi kottt...
Baru dalam perbincangan dengan geng-geng avengers.
In sha ALLAH, kemungkinan besar mungkin akan buat.


1 comment:

Thor said...

Tak aciii... Leen xde... buat lg skali.. muahahahaha...