Friday, June 24, 2016

Juadah berbuka puasa

Salam readers...

Tahun ni baru sekali Kekna jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.
Itupun sebab Kekna betul-betul malas masak dan berbuka sorang-sorang.
Kalau hari-hari lain kebiasaannya Kekna dan housemate yang akan masak.
Jimat sikit...
Eh, bukan jimat sikit. Jimat banyak kot.
Bayangkan laa minggu lepas RM10 pun tak keluar dari purse Kekna ok...

Minggu ni je teruk sikit sebab Kekna beli macam-macam kuih.
Pastu shopping baju raya, tudung raya...
Itupun Kekna dah habis jimat cermat dah sebab Kekna ada je repeat balik baju raya tahun lepas yang jarang dipakai.
Alaaa... tak mati pun kalau pakai balik baju lama.
Pastu ada baju raya tahun lepas yang Kekna tak pakai langsung.
Cam sayang la pulak tak pakai.
So, marilah kita pakai untuk raya tahun ni pulak.
Itupun kalau still muat la... hihii...

Ok, back to the tajuk asal.
Juadah berbuka.
Kekna memang selalu masak.
Selain jimat, masak sendiri ni kita puas hati sikit makan.
Sedap ke tak sedap ke, lain citer.
Kekadang tu ade jugak Kekna beli 1 lauk je kat bawah ofis ni.
Buat tambah-tambah orang kata.


Tomyam seafood, udang sos plum, ayam goreng, sambal kering ikan bilis dan sayur-mayur.
Makan macam ni pun dah kenyang.
Tapi tomyam tuu... perghhhh... sedap oihhh...
Pedas berdesing tapi cukup rasa manis, masam pekat likat...


Kekna pun dah lupa ni Ramadhan yang ke berapa.
Tapi Kekna dan housemates masak ikan 3 rasa, ayam goreng bawang dan masak lemak sayur putih.
Tambah pulak ada sambal belacan.
Memang menambah 2 pinggan ohhh...


Masa ni Kekna berbuka sorang-sorang.
Housemates Kekna ada event kat hotel.
Punyalah malas nak menapak kat bazar, Kekna masak sendiri.
Ayam goreng bawang, bawak masam manis dan potatoes dengan telur dadar.
Puas ati sangat dapat makan macam ni.


Ni jimat namanya.
Sebab makan berdua je dengan housemate.
Kitorang makan ikan masak kicap, suhun telur, ayam sos plum, kurma daging.
Sambal belacan tetap disisi. Hihi...


Yang ni pulak sambal udang, sup ayam, begedil beli kat ofis dan telur dadar.
Makan dengan nasi panas-panas.
Udang tu pulak memang fresh baru beli.


Ni lauk bajet namanya.
Masa ni lauk pun memang ngam-ngam yang last.
Guna je apa yang ada sebelum shopping lauk lain.
Kekna masak sambal ikan bilis, sup telur, sayur goreng dan ikan goreng.
Makan macam ni pun dah kira bersyukur sangat dah.


Untuk sahur malam 2 hari lepas Kekna agak rajin.
Kekna buat spicy squid aglio olio.
Terlajak pedas sebenarnya.
Nasib baik sedap. Eh, TERR puji masakan sendiri pulak. Hihi...


At the same time, Kekna ada beli lasagna 3 bekas kat jualan bawah ofis Kekna ni.
Lasagna dia memang sedap.
Kekna belilah 3 sebab nak kongsi-kongsi dengan housemates.
Sekali diorang tak makan laa lasagna.
So, Kekna kenalah habiskan semua.
Nasib baik kecik aje.
Kalau besar, confirm tak habis.

Actually bila kita masak sendiri, memang puas hati.
Tahun ni Kekna tak jumpa lagi pajeri nenas yang sedap.
Hari tu Kekna beli pajeri nenas, sedap tu sedap laa tapi sampai kena diarrhea la pulakss..
Terus serik nak beli dah.
Nanti balik kampung nak request mommy untuk masakkan pajeri nenas.
Nak buat sendiri? Memang tak pandai lerr... Hihihi...

No comments: