Friday, June 10, 2016

Menu-menu berbuka puasa minggu ini

Salam readers...

Tengok blogger blogger lain dah start update entri pasal iftar, berbuka puasa bagai.
Kekna idok lerr mau kalah. Hihihi...

Kisahnya, hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa kan.
Sekejapan je masa berlalu.
Esok dah weken dah.
Duk memikiorkan menu apa yang buat sahur nanti.
Ingat nak buat squid aglio olio je.
Amboiii, sahur masakan western gitu kann... kelas kau!
Almaklum la esok kan cuti.
Kalau bangun sahur awal sikit untuk masak, apedehal kan? Mihmihmih...

Ha, tajuknya pasal berbuka puasa kan?
Yang duk melalut sampai ke sahur ni apehal lak kan? Hahaha...
Kekna ni kalau tak melalut memang tak sah tau. Adehhh...


*Gambar diambil selepas berbuka*

Berbuka puasa di hari pertama.
Kekna sampai rumah agak lewat.
Jejak aje dalam rumah, dah bau macam-macam dah.
Kekna masuk ke dapur, tengok housemates 2 ketul tu duk sibuk masak.
Nak ditolong, diorang tak bagi.
Heyy, mana boleh macam tu! Puas menyelit, diorang suruh Kekna duk dendiam dalam bilik.
Last last Kekna tolong diorang masak nasik.

Maka, siaplah menu berbuka puasa hari pertama yang agak simple.
Masak lemak ayam, sayur goreng, telur dadar dan sambal belacan.
Sedap wehhh dedua ni masak!
Silalah pilih diorang sebagai isteri. Siyes ni wehh... hihi..


Kekna ni ada sikap toleransi dan reti bahasa.
*Ewahhh, puji diri sendiri lak.. hikhik*
Yelah, budak 2 ketul tu dah masak untuk berbuka puasa hari pertama.
So, menu berbuka hari kedua giliran Kekna la pulak.

Awal-awal lagi Kekna dah bagitahu diorang supaya takyah beli apa-apa.
Kalau beli pun, beli kuih-muih je.
Lauk-lauk takyah sebab Kekna akan sediakan.

Ala... tapau je pun.
Bukannya Kekna nak masak.
Seganlah nak masak untuk orang yang terror masak ni...
Hihih...

Untuk hari kedua, Kekna beli asam pedas ikan pari, sambal udang dan gulai nenas.
Balik rumah, masak nasi & buat telur dadar.
Settle.


Menu hari ketiga.
Pun lauk tunjuk-tunjuk.
Siyes tak tahu nak masak ape sebab dalam peti ais ada lauk ayam je.
Makan ini pun dah buat kenyang melampau dah.
Lepas berbuka, masing-masing terbongkang kat ruang tamu.

Menu berbuka hari keempat tak sempat nak snap sebab masing-masing menggelabah.
Kekna tak puasa on the 4th day sebab tak berapa sihat.
Amik cuti tido terbongkang aje kat rumah.
Bangun tak bangun pukul 6 petang.
Budak 2 ketul pun sama. Balik kije lewat..
Menggelabah la memasing pergi dapur masak.

Diorang masak tomyam ayam.
Dah kata tadi dalam peti ais tu ada lauk ayam je kan.
Pastu diorang goreng ayam.
Kekna pulak buat telur dadar.
Walaupun tak puasa, tetaplah join diorang berbuka sebab Kekna pun 1 hari kott tak makan ape-ape.


Dan ini menu berbuka tadi.
Makan berdua je sebab housemate seketul lagi tu balik kampung.
Ini pun Kekna beli.
Gulai daging dan kari nenas.
Gulai daging tu sedaplah jugak.
Beli 2 lauk tu baru RM7. Murah kan?
Macam biasa, balik rumah masak nasi dan goreng telur.

Esok tak tahu la nak masak ape.
Plannya nak masak tumis santan ayam.
Tadi ada call mommy tanya resipi.
Mommy tu bertabah ajelah anak pompuan bongsu dia ni asyik call sebab nak tanya resipi.
Tanya resipi je la. Masaknye idok. Hihi...
Buat tumis santan ayam, pastu buat cili masak tomato sikit, pastu goreng telur dadar.
Nyum nyummm....

Geng avengers cakap,
"Menu Kekna boring. Mesti ada telur."

Heyyy, I like telur u know.... :p

No comments: