Thursday, July 14, 2016

Apa yang Kekna buat beberapa hari sebelum hari raya

Salam readers...

Tengah-tengah malam ni tetibe nak buat throwback aktiviti-aktiviti beberapa hari sebelum hari raya baru-baru ni.
Ada ke orang yang nak amik tahu? Lolzzzz....
Lantak laa... Kekna nak cerita jugak. hihi..

Semua orang dah tahu Kekna balik kampung on 1 July.
Kekna sampai kat K. Terengganu puku 7:40pagi.
Iwan dan Amisha datang amik Kekna kat airport.
Sampai rumah dalam pukul 8 lebih.
Sampai-sampai je, terus Kekna kemas barang-barang.



Kekna memang suka susun barang-barang macam ni.
Nanti senang nak amik. Lagipun dah teratur kan?
Sedap sikit mata memandang.
Ikutkan masih banyak barang make up Kekna tapi semua duk dalam handbag.
Biarkan je dulu yang duk dalam handbag tu.

Dah kemas semua, terus terbongkang tido kat kerusi jati ruang tamu.
Sedar tak sedar dah tengahari.
Itupun sebab sayup-sayup je Kekna dengar ada suara asing.
Rupa-rupanya uncle Kekna, Pak Su Ha, singgah kat rumah.
Apelagi terkulat-kulat la Kekna kat atas kerusi tu.
Hahaha...
Malu wehhh... Kekna bukannya jenis tido ala-ala jelita.
Kalau dah tido tu, mulut ternganga la, berdengkur laaa...
Huduh bebenor tuu... Huhu..

Actually 1 July tu adalah birthday daddy Kekna.
Masa kat dalam flight lagi Kekna duk mikir, nak beli ape untuk daddy kali ni.
Tapi memandangkan langkah-langkah penjimatan perlu dilakukan atas sebab TERover belanja sempena raya, maka Kekna decided untuk belikan kek saja untuk daddy.
Kekna keluar dengan Abang Yu dan Kak Ejam pergi ke Kedai Kek Sweden selepas settle masak untuk berbuka.
Kitorang memang masak awal. Jadi makanan semua dah terhidang awallah.
Sempatlah kitorang ke bandar sekejap untuk beli kek.

Balik rumah, kitorang berbuka puasa dulu.


Seperti biasa, hari-hari Kekna akan request kuih ni.
Orang Terengganu panggil paung goreng atau kuih boom.
Ya ALLAH nikmat dunia ni weehhhh...
Biasanya Kekna akan minta daddy yang belikan kat Bazar Ramadhan Dataran Shah Bandar.
Kat gerai Berahim.
Paung goreng yang dia jual memang sedap.


Ini juadah berbuka puasa kitorang hari tu.
Ikan 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur, keropok lekor, buah tembikai dan durian.
Keropok lekor tu wajib ada.
Ate orang Losong kan? Hihihi...

Dalam pukul 8 lebih malam, kitorang padamkan semua lampu yang ada dalam rumah.
Kengkonon nak buat surprise laa kat daddy yang tengah syok tengok Buletin Utama tu.
Pastu memasing pakat nyanyi lagu Happy Birthday kat daddy.
Semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik, ya daddy!


Gambar terpaksa dicensorkan di sesetengah bahagian atas faktor-faktor keseksian yang melampau.
Hihihi...



Gambar kek yang masih elok tak sempat nak snap.
Kekna beli ice cream cake.
Sedap la pulak icecream cake ni.
Tak muak langsung.



Harga pun baru RM68.00.
Murah kan....
Daddy pun suka jugak dengan kek ni.
Alhamdulillah....


Malam yang sama Kekna, Kak Ejam dan anak-anak sedara pakat buat challenge spicy ramen tuuu...
Gila pedas wehhhh!

1st time Kekna makan spicy ramen masa si dia yang masakkan.
Btw, si dia memang pandai masak.
Bagitahu je masak ape, semua dia tahu.
Segan iolsss!
Masa si dia masakkan untuk Kekna, langsung Kekna tak rasa pedas.
Minum air pun tak ohhh...
Hebat tak?
Tapi kali kedua ni, Kak Ejam pulak yang masak.
Dia punya pedas tuuuu, ya ALLAH, tahap bengkak bibir oiihhh!
Habis makan je, terus mamah ais banyak-banyak.
Anak-anak sedara pulak siap ada yang acah-acah nak muntah. Hahaha.
Kesian pulak.

Hari kedua Kekna kat kampung, Kak Long pulak sampai dari KL.
Kekna just duk rumah je sehari suntuk.
Malam pun tak pergi mana-mana sebab sibuk uruskan hal rumah.
Ada masa lapang sikit, Kekna join family main game tudung botol dan carrom.
Dah lama weh tak main dua-dua permainan ni....


Berlawan dengan Kak Long main tudung botol.
Dia lagi terror ohh dari Kekna. Hihi..


Lawan carrom dengan anak-anak sedara, kekadang adik-adik datang tolong anak-anak sedara sebab Kekna menang banyak.
Hahahah...
Inilah namanya quality time with family.
Bukannya selalu dapat berkumpul macam ni,,,

Beberapa hari sebelum raya, adik Kekna yang nama Shahril request suruh Kekna buat conflakes madu.


Mula-mula memang rasa malas nak buat kuih tahun ni, tapi dah adik diperantauan request, maka kalahlah Kekna sebagai kakak.
Plan asal nak buat sehari sebelum raya.
Tapi entah mommy Kekna tu asyik la membebel suruh buat cepat-cepat.
Ya ALLAH, balik raya kali ni kuat betul dia membebel.
Bukan membebel kat Kekna je, tapi membebel kat semua orang.
Jadi semua orang rasa rimas duk rumah. Hahaha...
Mommy... mommy...
Dia punya membebel macam kan payah sangat nak buat conflakes madu tu.
Padahal buat 2 jam pun dah siap dah.

Untuk mengelakkan mommy membebel lagi, Kekna dan Kak Long plan pergi beli barang-barang pada keesokkan harinya.
Macam biasa Iwan dan Abang Zam jadi peneman.
Kitorang pergi ke Sabasun dan Mydin Mall Gong Badak untuk cari barang.




Kau mampu snap-snap dalam Mydin?
Hahahah...
Duk kat KL bertahun-tahun, baru 3-4 kali Kekna jejakkan kaki kat Mydin.
Itupun pergi kat Mydin Masjid India punya je.

Alang-alang keluar pergi Mydin Mall dan Sabasun, kitorang singgah sekejap kat kedai pengantin tempat Iwan tempah pelamin kahwin dia.
Saje je singgah untuk monitor.
Duk situ dekat sejam jugak.
Time tu pun dah dekat pukul 5 petang dah.

Kak Long ajak pergi Bazar Ramadhan ShahBandar.
Sepanjang puasa ni 2 kali je Kekna singgah bazar.
1 kat Sentul. 1 lagi kat Shah Bandar ni laa...
Kekna tak boleh pergi bazar sebenarnya.
Confirm pembaziran akan berlaku.
Macam-macam yang Kekna beli. Huhu...

Balik rumah dah dekat pukul 7.
Lagi setengah jam nak berbuka.
Balik rumah tu pun, tengok-tengok mommy muka masam dah.
Adoyaiii....
Pening dah kepala Kekna nak melayan angin mommy tu.
Kak Long pulak buat dunno je.
Padahal masa mula-mula Kekna sampai kampung, elok je mommy tu dengan Kekna.
Sejak Kak Long sampai tu, angin dia semacam sikit.
Angin kus kus. Hahah...


Petang tu Kak long ada beli ayam golek.
Mommy bising beli ayam golek tu sebab membazir.
Padahal dah banyak lauk lain dah yang dia masak.
Mak mak kannn... Anak beli makanan pun dia nak bising.
T____T


Kat bazar tadi, Kekna beli keropok tumis.
Haaaaaa...... mesti korang tak pernah makan keropok tumis ni kan?
Only in Terengganu ok!
Itupun dah tak ramai sangat yang jual keropok tumis ni.
Sedap!!!
Masam masam masin gitu rasa dia.


Tak lupa juga tart telur kegemaran Kekna.
Dia punya pastry tu, melting in mouth omputih kata.
Sedap!!

Sehari sebelum raya, Kekna dan Kak Long buat agar-agar laici.
Buat ala-ala kristal.
Hihiih...


Cantik tak?
Geram-geram je nak makan time tu jugak.

Malam raya macam biasa la, 1 family sibuk mengemas rumah.
Pasang carpet la, susun atur perabot laaa...
Kekna pulak busy gosok baju raya adik-adik.
Baju raya sendiri dah siap gosok dari tengahari dah.

Balik kampung kali ni memang Kekna banyak duk rumah sebenarnya.
Pastu petang-petang tolong mommy masak.
Tapi tu la kekadang kita kena pandai jaga emosi mak kite.
Dia akan membebel untuk hal-hal yang kecik.
Dia boleh emo dengan kita tanpa kita tahu sebab dia.
Rimas? Mestilah!
Siapa yang tak rimas kalau mak asyik membebel-bebel je sedangkan bukan salah kita pun.
Orang lain yang buat salah tapi kita yang jadi mangsa bebelan dia.
Bila orang yang buat salah ada depan mata, takde pulak dia kata depan-depan.
Haihhh... Nak buat cemana, kan? Mak sendiri jugak. Hahaha...
Orang kata biarlah dengar mak membebel sekarang.
Sebab 1 hari nanti kita akan rindukan bebelan dia pulak.
Kekna taknak hilang moment tu.




No comments: