Monday, July 11, 2016

Dah sampai KL dah

Salam readers...

Kekna baru je sampai KL awal pagi semalam pukul 2 pagi.
Punyalah letih badan, sampai kat rumah je terus terbongkang tido.
Hari ni pun still tak hilang lagi penat.
Nasib baik awal-awal lagi Kekna dah apply cuti.

Cerita raya nanti-nantilah ye Kekna update.
Malas nak edit gambar lagi. Hihihi...
Tapi raya kali ni idok laa semeriah tahun lepas.
Tahun lepas memang beraya sakan sampai takde masa duk rumah.
Tetamu nak datang pun susah sebab 1 family Kekna tak lekat kat rumah.

Tahun ni tak meriah sangat sebab tak cukup korum.
Adik Kekna yang bekerja kat KLIA2 tu balik kampung masa raya ke-2. 
Itupun dia balik flight tengahari.
Pastu pagi raya ke-4, dia dah kena balik KL balik sebab kena bertugas.
Adik bongsu yang buat part time kat The Chicken Rice Shop pulak, raya ke-3 dah kena bekerja sehari suntuk.
Tahun ni langsung takde gambar family yang lengkap. 
Sedihnyaaaa.... T____T

Walaupun hari ni Kekna cuti, telefon Kekna tak henti-henti berbunyi.
Tu tak campur lagi dengan mesej-mesej whatsapp dan wechat yang masuk.
Ingatkan cuti-cuti ni bolehlah berehat bersantai kat rumah tanpa gangguan.
Ini iolss nak tido pun tak senang tau. Huhuhu...

Kejap lagi Kekna kena masak pulak.
Tapi tak tahu nak masak ape.
Kekna nekad dah kali ni memang nak pasang badan.
Penat dah asyik badan chubby je.
Amik gambor pun tak lawa.
Lelemak sana sini... Huhuhu...
Tidak... tidak... tidak...!! Kekna takmo menternak lemak lagi.
Spoil gambar raya, ok!
So lepas ni memang Kekna nak control makan.
Pastu petang-petang nak pi jogging kat kawasan rumah.

Kalau malas nak jogging, Kekna buat je plank kat rumah.
A very close friend of mine suggested Kekna buat plank and in between buat cardio 5 minutes.
Wahhh... dia punya suggestion tu macam senang je kan.
Cardio tu kalau buat campur pulak dengan plank, confirm seminggu Kekna dah dapat perut flat macam perut Aishwarya Rai.
Hahahah...

Tapi bolehlah ikut saranan dia.
Dia pun tak bagi sangat Kekna keluar jogging dan pergi gym.
Perempuan kena jaga diri, katanya.
Lagipun dia tak suka Kekna keluar rumah sangat. Balik lewat pun dia tak kasi.
Kalau dia tahu Kekna balik lewat je, mesti dia akan sindir-sindir.
"Lewatnya u balik?"
"Seronok eh lepak sampai tengah malam?"
Pastu dan-dan tu jugak dia say goodnight.
Bila Kekna balas je mesej dia, elok pulak dia balas.
Balas siap kena attach gambar ye.
Tunjuk bukti Kekna keluar dengan siapa.
Hahahaha... Dia punya jeles dan concern tu dah macam pakwe makwe laa pulak.
Si dia Kekna pun tak concern sampai macam tu sekali.
Yang si dia Kekna ni lantakkan aje Kekna pergi mana-mana asalkan tahu jaga diri.

Eh, terlajak cerita benda lain lerr pulaks....
Hikss!

Ha, Kekna bolehlah ikut saranan kawan Kekna yang suruh buat plank & cardio.
Dia cakap buat selama 10 minit je pun dah ok asalkan ada exercise.
Sebab body dia pun dah kurus dah sekarang.
Dulu sado kemain. Ate bekas pemain rugby dan selalu swim.
Raya ni dia tunjuk gambar, wahhhhhh perut dia dah slim ohhh.
Takleh kalah ni. 
Kalau lelaki boleh kempiskan perut yang buncit, confirm la perempuan pun boleh buat kan?

Time raya baru-baru ni Kekna bantai je makan semua.
Ketupat palas, nasi impit, satay, nasi dagang nasi minyak... eh semualah.
Tu tak campur lagi dengan kuih muih yang Kekna suka.
Semperit, tart nenas, sarang semut...
Pastu ada jugak tuan rumah hidang keropok lekor panas-panas.
Kekna memang kalah dengan makanan-makanan ni....
Memang takleh nak tolak.
So, raya dah lepas ni, bolehlah start control mana-mana yang patut.

Nak kurus!

No comments: