Thursday, July 28, 2016

Food Review : Al- Rawsha Restaurant- Middle East Cuisine

 Salam readers...

 Bulan puasa hari tu Kekna berkesempatan untuk keluar berbuka dengan officemates Kekna, Wanie & Izy.
Yela, sekali sekala keluar dengan diorang.
Bukannya selalu pun.

Izy cadangkan untuk berbuka kat restoran Al-Rawsha.
Dah la Kekna memang teringin nak makan nasi arab.
Lagipun Kekna selalu sangat dengar makanan kat restoran ni sedap-sedap.
Bila Izy dah suggest makan kat situ, Kekna dan Wanie on aje.
Lagipun Izy ni pandai sikit pilih makanan yang best-best.

Kitorang bertolak dari office pukul 5 lebih petang.
Sampai kat Al-Rawsha pukul 6 lebih petang.
Actually terlalu awal kitorang sampai. 
Ingatkan jalan nak ke sana jem teruk.
Jem jugak sebenarnya tapi idok lerr teruk nau.

Masa kitorang sampai kat sana, orang tak ramai sangat.
Ada la dalam 2 buah meja je ada orang.
Banyak lagi meja kosong.
Kitorang tak amik buffet tapi kitorang amik ala carte je.



Kekna, Izy dan Wanie.

Jom kita tengok menu ape yang ada kat restoran ni.
 






















[klik pada gambar untuk tumbesaran, ye] 

Kalau tengok pada harga makanan, semuanya nampak affordable.
Takde laa mahal sangat kan?
Dah la portion besar.
Kalau yang jenis makan nasi sikit-sikit, 1 pinggan tu boleh makan 2-3 orang.
Trust me, jangan order sorang 1 pinggan.
Memang tak habis melainkan kalau yang jenis perut macam Kekna ni.
Melantak tak habis-habis. Hihihi...


Hari tu Izy suggest untuk order Nasi Madghut Lamb.
Amik yang half plate punya.
 Yang ni Kekna kongsi makan dengan Izy.
Habis ohhh makan 2 orang.
Padahal portion besar gile.
Itu sebab kitorang berdua jenis kuat makan. Sebab tu boleh habis. 
Kalau yang makan nasi segenggam dua tu, baik beli kongsi-kongsi aje.
Takde la membazir sangat nanti.


Order air 2 jug.
End up ais kosong tu Kekna sorang je yang minum 1 jug sampai habis.
Wanie dan Izy minum teh o ais limau...


Samosa! Wajib order dan try.
Isi sedap padat!
Tak mengecewakan.


Yang ni Wanie punya.
Roasted chicken.


Yang ni pulak roti arab.


Order macam nak makan 10 orang.
Tapi sebenarnya 3 orang je yang makan.
Semua selamat masuk dalam perut.
Kekna ni sampai kembung perut jadinya sebab makan banyak sangat.
Tu tak campur lagi minum ais kosong 1 jug.
Huhuhu....

Memang puas hatilah makan kat sini.... 
Berbaloi-baloi.
Lenkali Kekna ingat nak bawak mommy dan daddy la makan kat sini.
Diorang pun suka jugak makan nasi arab ni.

Dah habis berbuka, kitorang pergi jalan-jalan ke bandar KL.
Pastu singgah makan lagi kat Kampung Baru.
Hoiii, keluar dengan Wanie & Izy ni memang akan buat Kekna gemuk ok!
Makan tak henti-henti.
Diorang tu takpelah, makan banyak pun kurus jugak.
Tatau la diorang ni ada bela saka ke ape...


Singgah makan kat Kampung Baru.
Sirap bandung dia memang terbaekkk!!!
Lupa dah nama kedai ni ape.. huhu...

Balik rumah dah pukul 10 lebih malam.
Tetibe Kekna dapat mesej seram.
Seram dari valak lagi uollsss!! 
Menggigil kepala lutut Kekna dapat mesej tu.


Dan-dan panggil aku "Babe".
Huhuhu...
Dah tarik muncung babe! Huhuhuhu.....
Tengok la panjang berjela-jela aku explain. Mesej itu terpaksa dicensorkan.
Takut korang gelak pulak.
Maklumlah bila orang bersalah nak explain ni, memacam laa ayat yang keluar.
Korang ingat senang ke nak explain? Susahh ohhh!
Lagi susah dari jawab exam international business lagi ok!

Dah explain panjang-panjang, barulah dia okay.
Barulah start mesej macam biasa.
Tadi kemain gudnite bagai. Kekna ingatkan memang dia tido laa...
Huh, dasar kuat merajuk!
Nasib baik la masa tu Kekna dah settle mandi semua.
Kalau tak, mesti dia syak wasangka lagi.
Tak pasal-pasal kena explain panjang-panjang lagi.


Betul cakap kawan Kekna, lelaki sebenarnya lagi kuat cemburu dari perempuan.
Bezanya ada lelaki yang tunjuk, ada lelaki yang tak tunjuk.
Jangan main-main dengan cemburu seorang lelaki....

*Eh, tetibe lari tajuk plak. LoLzz...

No comments: