Wednesday, July 20, 2016

Raya kedua & ketiga 2016

Salam readers...

Cerita raya kedua dan ketiga digabungkan sebab tak banyak gambar yang ada.
Eh, sebenarnya bukan tak banyak.
Banyak je gambar yang ada tapi itu laaa... bak kata avengers bijjjess #exclusiveforhim.
Haahah..
Korang tak faham?
Nanti Kekna buat entri pasal ni ok....
Tapi lepas settle entri raya laa.. hihi..

Ok, kita sambung cerita pasal raya ye.

Pagi raya kedua, kekna dan family tak pergi ke mana-mana sebab tunggu Shahril sampai dari KL.
Shahril sampai dalam pukul 12 lebih tengahari.
Tunggu dia bersiap-siap, barulah kitorang keluar.
Yang sedihnya, hari raya kedua ni adik bongsu Kekna (Shazrin) dah mula bekerja.
Tak cukup korum lagi... T___T


Ootd.
Baju yang last minute Kekna beli.
Somerset bay. Beli kat Sogo dengan Iwan.

Masa beli tu, Kekna snap gambar & tunjuk kat si dia.
Pastu dia tanya, "Yang ni baju raya yang ke berapa?"
Heyy, lelaki ape tahu.
Raya 30 hari.
Ikutkan perempuan ni nak beli 30 pasang baju tau..
Mampu dengan tak mampu je masalahnya. :p

Rumah pertama yang kitorang pergi adalah rumah Kak Da.
Kazen Kekna yang paling tua sebelah daddy.
Dia pun dah ada cucu dah...


Ha... yang ni sepesen je macam adik-adik & anak-anak sedara Kekna.
Diorang akan selfie  banyak-banyak guna henset Kekna.
Tau-tau je dapat notification 75% memory used. 
Bila check, penuh gambar selfie diorang kat dalam gallery.
Lolzz...
Sabor je la...


Kekna dan mommy.



Ada lagi gambar kat rumah Kak Da ni tapi macam biasa... #exclusiveforhim

Lepas pergi ke rumah Kak Da, kita beredar balik ke rumah sebab malam tu semua family sebelah mommy Kekna nak serbu ke rumah.
So, nak tak nak kenalah sediakan juadah sikit-sikit.
Mommy Kekna buat nasi kuning ikan tongkol.
Kekna, Kak Long dan Kak Ejam dah ready dengan agar-agar laici kristal.
Cukup la tu kottt...

Gambar masa tetamu datang memang Kekna tak amik langsung sebab sibuk melayan tetamu.

Raya ketiga, 1 family berkumpul semula untuk ambik gambar.
Sebabnya raya ketiga ni barulah cukup korum semua.
Tapi takdelah bergambar pakai baju melayu ke ape.
Masing-masing dah start pakai baju biasa.



Anak sedara kesayangan ni.
Pagi raya ketiga tu dia datang berbisik kat Kekna,
"Angah, Misha takde pun gambar dengan Angah tahun ni..."

Ha, yela... yela...
Jom kite bergambar sama-sama ye, Misha....



Badan ku dah membesar...
Sobs.. sobsssss...


Tokmi dan cucu-cucu...


Kami yang masih bujang


Sekepala semua nih... sporting!


Kami adik beradik....
Dari kiri : Shazrin (21 tahun), Iwan (28 tahun), Kak Long (43 tahun), Kekna (18 tahun), Abang Yu (39 tahun) dan Shahril (26 tahun).
Dah tua dan besar dah masing-masing...


Satu family tak campur cucu-cucu dan menantu-menantu...


Family potrait.



Raya ketiga barulah Shahril berkesempatan untuk bersalaman dengan mommy dan daddy.



Dan jugak bagi duit raya kat anak-anak sedara.
Dari kiri : Fifi (8 tahun), Amisha (12 tahun), Alyssa (14 tahun) dan Alia (16 tahun).

Semoga raya tahun depan boleh berkumpul ramai-ramai macam ni lagi.
In sha ALLAH....


No comments: