Friday, July 15, 2016

Raya pertama 2016

Salam readers...

Raya tahun ni actually tak semeriah tahun-tahun sebelumnya...
Sebab tak cukup korum.
Adik beradik Kekna semua dah bekerja.
Jadi ada yang raya ke-2 dah kena masuk kerja.
T___T

Tapi raya tetap raya.
Berkunjung ke rumah sedara-mara itu memang wajib setiap tahun.

Macam biasa pagi raya pertama sepatutnya masing-masing kena bangun awal.
Tapi Kekna terbangun lewat sikit sebab malam sebelumnya Kekna tido lewat.
Celik mata je terus zassssss pergi mandi.
Kena mandi awal daripada bebudak lelaki sebab lelaki mandi cepat, bersiap pun cepat.
Kite yang perempuan ni bukannya terhegeh-hegeh ke ape, tapi nak make up lagi, nak pakai tudung lagi.
Bab tudung tu memang sensitif.
Pagi raya je mesti tudung Kekna buat hal.
Nampak sangat raya tahun depan kena beli yang instant punya.
Baru tak sakit jiwa. Hahaha...

Menu pagi raya pun tak dan nak snap sebab duk sibuk snap-snap kat ruang tamu.
Pagi tu mommy buat nasi dagang ikan tongkol dan nasi impit kuah kacang.
Kekna pulak sehari sebelum raya dah buat agar-agar kristal laici.
Plan kalau orang datang ke ape, boleh la hidang agar-agar tu.


Pagi raya.
Wahhh, masa ni tak makan pape lagi kan.
So baju raya pun nampak longgar je.
Badan pun nampak selim melim je pinggang ramping.


Daddy yang segak bergaya.
Ikutkan raya pertama dia nak pakai suit ala-ala Tun M selalu pakai tu.
Kekna awal-awal dah larang dia pakai suit tuu.
Ade pulak pagi raya pakai baju cenggitu.
Kan handsome pakai baju melayu macam ni...


Mommy...
Pun kelakar masa pagi raya tu.
Dia tak pandai pakai tudung instant neelofar tu.
Last-last anak sedara Kekna yang tolong dia pakaikan tudung tu.
Pastu Kekna tolong pin kan tudung dia.
Mommy ni suka pakai tudung ariani yang ada awning kat depan tu...
Stail camtu kan dah outdated.


Mommy & Daddy....


Mommy dan menantu kesayangan, Kak Ejam.
Mana tak sayang nyeee, Kak Ejam ni selalu tolong mommy masak kat dapur hari-hari.


Ki dan cucu-cucu.
Setakat ni semua cucu ki perempuan.
Kot la lepas ni dapat cucu lelaki pulak kan...
Tapi Kak Long dan Kak Ejam dah tutup kilang dah.
Mungkin giliran Iwan pulak nanti kot..


Tokmi dan cucu-cucu...


Kak Long dan family.


Abang Yu dan family.


Daddy dan Mommy dengan anak-anak lelaki.
Tak cukup korum tuuu...
Shahril takde dalam gambar.


Ini Shahril/
Tengahari raya kedua barulah dia fly balik Terengganu.



Mommy dan Daddy dan anak-anak perempuan.
Sepatutnya kitorang ada 3 beradik perempuan.
Anak yang no.3.
Tapi meninggal masa dia umur 3 tahun kerana demam panas.
2 tahun lepas kematian dia, Kekna pulak dilahirkan.


Mommy dan daddy bersama-sama dengan menantu.
Tahun depan In sha ALLAH bertambah lagi sorang menantu perempuan.
Doakan jugak bertambah sorang lagi menantu lelaki.
Hiksss!!


Kami legacy perempuan.


Free style please!


Yang ni pulak legacy lelaki....


Malu-malu je geng lelaki nak buat free style.
Hahahah...

Lepas bergambar, barulah sesi salam-bersalaman bermula.
Tahun ni takde drama air mata. Bagusss.. hahaha...


Dan si kecik ini orang pertama yang datang bersalam dengan Kekna.
Nak duit raya lettew... Hahah...





Dah settle salam, time untuk pergi beraya rumah sedara-mara pulak.
Memang setiap tahun selepas kematian kedua-dua belah arwah atuk & nenek, kitorang akan pergi ke rumah adik daddy yang dipanggil Tik Siah untuk beraya.
Sebab rumah Tik Siah adalah rumah yang paling jauh.
Dan kalau tak pergi ke sana masa raya pertama, mesti susah dah nak kesana sebab biasanya jalan ke sana waktu raya kedua dan keatas akan jem teruk.

Orang bujang naik kereta orang bujang.

Dah pergi rumah Tik Siah, kitorang beredar ke rumah Ayah Chik.


Macam tahun-tahun lepas, tahun ni anak Ayah Chik yang nama Kak Ina buat kuih sarang semut dan semperit.
Sarang semut yang Kak Ina buat memang best!
Sedap.
Masuk je dalam mulut, terus cair.

Dah ke rumah Ayah Chik, kitorang beredar ke rumah Makcik Mah.
Masa sampai kat rumah Makcik Mah, semua dah macam mengantuk.
Yela, perut dah kenyang makan macam-macam.
Badan pulak dah start penat.
Time tu pulak dah masuk waktu zohor.
Memang mengantuk la jadinya.......
Abang Yu siap terlelap lagi. Hahaha...

Lama jugak duk kat rumah Makcik Mah sebelum kitorang beredar pergi ke rumah Makdik Nab pulak.
Seronok pergi rumah Makdik Nab sebab raya pertama mesti dia buat nasi minyak.
Nasi minyak Makdik Nab memang terbaekkk!!
Takde sape la boleh challenge.


Bergambar dengan kazen, Rina.

Ni rumah last yang kitorang pergi untuk siang hari raya pertama.
Lepas tu, kitorang balik rumah, solat dan rehat....

Malam lepas Isyak, kitorang 1 family pergi ke rumah Ma.
Ma ni tauke carpet Melayu pertama kat Terengganu.
Nama kedai dia Maimai Carpet.


Kak Long dah tukar baju dah sebab dia rimas pakai baju siang tadi.
Panas katanya. Hihi...


Kekna dah kepenatan dah.
Mata pun dah start mengantuk.
Mulalah terlelap sana sini.

Tapi bila naik ke tingkat 2 rumah ma, mulalah cerah mata sebab boleh snap-snap.
Hihii..






Gedik tak orang berdarah manis ni?
Over betul mengalahkan kakak dia pulak...


Ha, ni mak buyung...
Huhuu... Dah gemokkk!!



Tataplah gambar tuan punya belog ni puas-puas.

Nanti Kekna update lagi entri raya kedua dan seterusnya, k....







1 comment:

Mimy Hamid said...

na ootd rraya pertama lawa