Sunday, July 3, 2016

Selamat sampai sudah...

Salam readers....

Kabare?
Kekna ke udara dari Kampung Losong ni....
Awal pagi hari Jumaat Kekna sampai kat sini.

Awal minggu lepas si dia ada bertanyakan bila Kekna balik kampung.
Kekna pun bagitahu la flight awal pagi hari Jumaat.
And dia cakap dia nak hantar Kekna.
Memula Kekna refused jugak.
Yela, takmolah menyusahkan dia pulak.
Dah la hari Jumaat tu dia still bekerja.
Kesian nanti dia tak cukup tido.
Tapi dah dia cakap tak apa, then oklah.

Si dia amik Kekna kat rumah dalam pukul 2 lebih pagi.
Kekna bersiap-siap, pukul 3 pagi kitorang bertolak kat sana.
Actually Kekna rasa tak sedap hati sebab mengenangkan ofismate Kekna, Wanie bagitahu malam hari Khamis KLIA2 congested.
Memang kena datang awal.
Kekna dah dapat bayangkan tahap congested nyee tu cemana sebab pernah mengalaminya tahun lepas.
Kekna ni bukannya apa. Takut tergesa-gesa nak depart je nanti dek kerana beratur lama untuk check-in luggage.

Sampai KLIA2 pukul 4 pagi.
Dia idok lerr temankan Kekna sampai masuk dalam sebab dia perlu balik untuk tido.
Kekna pun tak kisah sebab dah terbiasa dengan KLIA2 ni.
Plus taknak laa menyusahkan si dia lagi.
Dia willing nak hantar Kekna pun dah bersyukur sangat dah.
Itupun dah cukup buat Kekna rasa bersalah sebab menyusahkan dia.


Sampai je kat KLIA2, Kekna terus ke kaunter check-in luggage.
Dah tau dah mesti ramai orang.
Sejam Kekna berdiri untuk check-in luggage. Dari pukul 4 pagi sampai 5 pagi.

Dah check-in, Kekna plan nak bersahur.
Tekak teringin nak makan KFC.
Tapi bila tengok KFC tu penuh orang plus ramai yang beratur kat kaunter, terus tak jadi.
Kekna jalan-jalan kat kawasan sekitar.
Tengok Marrybrown pun ramai orang.
Paparich pun sama.
Alang-alang masa tu pun dah nak pukul 5:15 pagi, terus Kekna masuk ke departure gate.
Cancel sahur.
Tapi perut lapar toksah cakap laa...


Gate untuk penerbangan AK6224 adalah kat Gate K18.
Punyalah jauh hujung dunia gate ni.
Penat wehhh berjalan. Hampagas betul...

Ingat lagi masa mula-mula Kekna naik flight.
Biasanya Kekna dapat gate J.
Kalau gate J ni kire dekat laa compared to gate K.
Gate K ni jauh. Kena turun naik escalator.
Last time Kekna kena gate K2.
K2 kire dekat jugak laa.... Tapi kali ni kena gate K18, memang bapak jauh!!


Muka mengantuk.
Actually Kekna langsung tak tido hari Khamis tu.
Tak rasa mengantuk langsung.
Last Kekna tido masa lunch hour office hari Khamis.
Itupun tido sekejap je.
Lepas tu tak tido-tido dah....
Menguap banyak kali kot.

Sementara menunggu gate buka, Kekna pejam mata sekejap kononnya nak lelap sekejap laa...
Sekali puak cha ya nun alif tiba-tiba datang.
Tahu aje la puak diorang ni bising cemana.
Yang dewasa bercakap macam pakai speaker.
Yang anak-anak pulak berlari & terjerit-jerit sana sini.
Hangin kejap Kekna... Dah la perut lapo nih...
Nasib baik tak bertukar jadi hijau.

Paling takleh blah, dalam flight pun nak bercakap kuat-kuat.
Bak kata si dia, sabarinnnn...
Hahaha...

Nasib baik ingat diri tu tengah berpuasa.
Kalau tak, maunye Kekna dah jerit "Can you please keep quiet!!!??"

Aghhhhh... aku stress you know!
Bila dah setengah perjalanan, barulah keadaan aman sikit sebab diorang memasing tido.
Time tu barulah tenang sikit jiwa raga.
Kekna ada jugak snap-snap gambar sewaktu berada kat atas awan sampailah time nak mendarat.
Cantiknya tak terungkap dengan kata-kata.
SubhanALLAH!


Berada di atas awan.
Matahari baru nak terbit time ni....
Cantik kan?



Masa ni matahari dah naik dah.
Barulah boleh nampak pemandangan kat bawah.
Langit pun membiru je....


Time ni lagi 5 minit nak mendarat.
Dah start nampak highway kat bawah.



Perkampungan orang pun nampak dengan jelas jugak.



Makin nampak perkampungan kat bawah...
Comel je nampak rumah kecik-kecik. Hihihi....

Tepat pukul 7:40 pagi hari Jumaat, Kekna jejakkan kaki kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengaganu.
Alhamdulillah dah selamat sampai.

Eh, 1 July tu hari jadi daddy Kekna.
Kek pun Kekna dah beli dah petang sebelum waktu berbuka.
Kekna keluar dengan Abang Yu dan Kak Ejam, pergi ke Kedai Kek Sweden.
Kedai Kek Sweden ni kiranya kedai kek yang agak femes jugak la kat K. Terengganu ni....

Lepas berbuka, terus surprise kan daddy dengan aiskrim kek tuuu...
Beli yang besar, sampai ke hari ni pun tak habis lagi.
Hahaha...

Ok la. Time to sleep now.
Kekna tak berapa sihat hari ni. Tetibe je bangun pagi tadi Kekna demam.
Demam tonsil lak tuuu...

Good night uolss...




1 comment:

Liyana said...

Selamat hari raya awk :)
Sy 1st time naik flight hari tu pun huru hara dgn ank2 je... x sempat nak selfie dah sampai hahah. Klu solo naik flight best jgk layan perasaan... hehe