Wednesday, August 24, 2016

5 tips memilih & membeli sandal wanita

Salam readers...

pic ehsan : mr.google

Kalau dah namanya perempuan mesti sukakan kasut sandal, kan?
Ada ke perempuan yang ada 1 kasut je?
Tak kan?
Paling-paling pun mesti akan ada 3-4 pasang kasut kan?

Kekna pun sama je macam korang.
Suka nau beli kasut/sandal banyak-banyak.
Lepas tu pilih sandal yang matching dengan kaler baju yang dipakai.
Hihih...
Kasut cantik, tuan kasut pun akan nampak cantik.

Ada orang sukakan kasut yang branded.
Ada orang pulak tak kisah sangat pasal brand asalkan mampu.
Macam Kekna, Kekna tak kisah kasut brand apa.
Asalkan Kekna berkenan.
Kalau berkenan je, mesti Kekna akan grab terus.
Takde tunggu-tunggu lagi dah.


Kekna akan pakai sandal mengikut kesesuaian majlis dan pakaian.
Takde la main sauk macam tu je....
Lagipun Kekna bekerja sebagai setiausaha.
Pemilihan sandal memang amat penting dalam pemakaian hari-hari.



Kat sini, Kekna nak share 5 tips untuk membeli sandal wanita.


1. Jenis sandal


Korang kena tengok kesesuaian jenis sandal tu dengan badan korang.
Ini kerana sandal tu akan support badan korang apabila dipakai.
Kalau macam Kekna ni, sekadar close toe tu kira okay lagi la...



Banyak tau sandal jenis closed toe yang comel-comel.
Kalau nak nampak tinggi pulak, kekna lagi suka memilih semi wedges.



Bentuk badan Kekna yang ala-ala chubby ni memang okay sesangat pakai wedge.
Lagipun rasa selamat sikit.
Peratusan untuk kaki terpeleott kurang sikit. Hihii...
Lagipun wedge ni sesuai dipakai dengan apa-apa jenis pakaian pun.
Baju kurung, jeans, skirt....
Kiranya senang nak matching dengan pakaian.


2. Saiz

Okay, dah pilih jenis sandal, kena tengok saiz sandal pulak.
Saiz memainkan peranan yang penting ye.
Jangan beli sandal yang terlalu kecil/ ketat dan jangan pulak beli yang terlalu besar/ longgar.


Kena pandai-pandai agak.
Bukannya apa, kalau beli sandal yang terlalu ketat, nanti kaki melecet pulak.
Kalau beli yang terlalu longgar, nanti nak berjalan pun tak selesa.
Kalau kaki Kekna ni memang saiz 5 je.
Kekna boleh share kasut dengan Kak Long, Kak Ejam dan mommy sebab kitorang semua pakai kasut saiz 5. Hihihi...


3. Pengaliran udara

Pastikan korang semua memilih sandal yang memberikan pengaliran udara yang baik.
Bukannya apa, kalau kaki kita berpeluh ke apa, bakteria akan muncul dan seterusnya akan mengakibatkan kaki kita berbau.
Say NO kepada kaki berbau ya.


4. Ketahanan & material sandal

Yang ini sangat penting dalam memilih sandal.
Tak semestinya yang berjenama itu lebih berkualiti dan tak semestinya juga yang tak berjenama itu berkualiti rendah.
Kita kena pandai-pandai tengok dalam hal ini.
Ada je sandal murah yang Kekna beli, sampai sekarang tahan.
Dah la kalis air. Comel pulak tu.

Material sandal haruslah dari material yang tidak akan melukakan atau membuatkan kaki melecet.
Kita juga harus memilih sandal yang tahan lama.
Bukannya apa, worth it sikit membelinya, kan?
Takdelah pakai sebulan, sandal dah rosak sana sini....


5. Warna

Haa... yang ini pun penting jugak.
Pemilihan warna haruslah perlu supaya sandal nampak cantik pada kaki kita.
Bila sandal kita nampak cantik, nak berjalan sana sini pun kita rasa confident je kan.

Harus diingat, cantik pada kaki orang lain tak semestinya akan nampak cantik di kaki kita.
Sebab itulah kita kena pandai memilih warna.


Jadi, memilih sandal yang sesuai dengan badan kita, warna kulit kita, material yang bagus, saiz yang sesuai dan mempunyai pengaliran udara yang bagus amatlah penting.
Walaupun sandal itu terletak pada kaki, tetapi cantiknya sandal itu membuatkan si pemakai yang berasa yakin dan selesa sepanjang hari.








No comments: