Tuesday, August 16, 2016

Belanja family di Al-Rawsha Restaurant

 Salam readers...

Kekna ni kalau pergi makan kat mana-mana tempat yang sedap, mesti lepas tu Kekna akan pasang niat untuk bawak family pergi makan kat tempat yang sama.
Bulan puasa hari tu Izzy bawak Kekna dan Wanie pergi berbuka kat Al-Rawsha Restaurant, Kampung Pandan.
So, Kekna terus pasang niat untuk bawak family makan kat sini.
Kebetulan pulak awal bulan 8 family Kekna datang KL.
Apalagi, terus la Kekna ajak diorang makan kat restoran yang terkenal dengan nasi arab yang sedapp tu.

Kitorang pergi dengan 2 buah kereta.
Al-maklumlah, rakyat ramai...
Sampai je kat restoran, terus ada orang datang amik order.

Actually memang dah jadi kebiasaan Kekna untuk belanja family makan.
Perabih duit untuk family, takpelah.
Kekna malas nak berkira.
Yelah, diorang ni bukannya orang lain pun.
Family sendiri jugak kan?
Kita belanja kawan-kawan, boleh aje.
Takkan laa nak belanja family pun susah kan?
Lagipun kebetulan rezeki Kekna bulan ni terlebih sikit.
Duit lebih tu la yang Kekna guna untuk belanja family ni.
Plus Kekna percaya lagi kita bersedekah dengan family sendiri, lagi banyak rezeki yang akan datang kat kita.
In sha ALLAH.




Malam tu lambat pulak servis restoran ni.
Perut masing-masing dah lapar.
Yela, kitorang bertolak pun lepas isyak.
Lagipun time tu ramai jugak customer restoran ni.


Bila makanan dah sampai je, masing-masing terus balun.
Kemain daddy suka makan kat nasi arab ni.
Tak sedar lettew esok ada check up kat IJN lagi.

Tapi kesian pulak kat mommy dan Kak Long.
Diorang ni memang tak berapa gemar makanan-makanan luar yang pure.
Setakat masakan Melayu diorang suka laa...
Jadinya malam tu diorang makan sikit je.
Paling kelakar, anak sedara Kekna yang nama Fifi.
Dia cakap, "Nasik ni rasa kambing laa..."

Laa... memang la rasa kambing...
Dah order nasi arab kambing.


Masa mula-mula makanan sampai, masing-masing terkejut sebab portion satu-satu semuanya banyak.
Eh, terlalu banyak.
Masing-masing dah cuak dah takut tak boleh nak habiskan.

Shahril : Ni bukan banyak ni. Ni kira banyak melampau.
Kekna : K.ngah dah cakap awal-awal dah portion dia terlalu banyak.
Shahril : Macam tak boleh habis je ni.
Kekna : Tak habis takpe. Boleh tapau.

Serius, portion setiap pinggan memang banyak.
Kot kalau korang nak makan kat sini, order 1 pinggan je untuk 2 orang makan.


Pukul 10 lebih barulah kitorang settle makan dan balik.



Mengah jadinya sebab makan terlalu banyak.
Yang ditapau pun banyak jugak.
Siap boleh panaskan balik untuk makan esok pagi.

Apapun Kekna rasa happy sebab dah tunaikan niat.
Cumanya family abang Kekna je yang belum Kekna belanja.
Bulan 9 nanti Kekna akan balik kampung lagi.
In sha ALLAH akan belanja diorang pulak nanti.
Nak tunggu diorang datang KL memang susah laa.

Bab-bab sedekah ni memang Kekna akan utamakan family dulu.
Entah laaa...
Memang dah diri Kekna macam ni.

Korang pun janganlah berkira sangat dengan family ye.
Ada gaji, sekali sekala bawak family makan-makan atau jalan-jalan.
Masa tu korang tengok how happy they are.
Jangan tunggu diorang mintak dibelanjakan.
Belanja bila ada duit.
Tak miskin dek sedekah.
Tak kaya dek kedekut.
Percayalah, rezeki akan semakin bertambah bila kita bersedekah kepada family; terutamanya mak ayah kita sendiri. :)


No comments: