Friday, August 12, 2016

Cuti EL

Salam readers...

Alkisah 2 minggu lepas, hari Sabtu. Kekna dapat mesej whatsapp dari adik Kekna, Iwan.
Dia kata daddy dan mommy akan datang KL esok bersamaan hari Ahad, 31 July.
Memang sebelum tu Kekna ada dengar daddy ada check up IJN 8hb Ogos.
Kekna ust get ready je la kot-kot kena amik cuti ke ape sebab memang biasanya kalau daddy ada checkup, Kekna akan amik cuti.
Tapi bile Kekna dapat mesej dari Iwan macam tu, Kekna dah cuak dah.
Yela, sehari sebelum bertolak baru nak bagitahu Kekna ke?

Rupa-rupanya daddy baru je dapat call dari IJN yang dia kena check up hari Isnin 1 Ogos.
Kekna cuak bukannya pasal apapun.
Sebab tak tahu nak bagitahu bos macam mana.
Yela, kena amik EL mestilah cuak.
Bukannya nak amik AL ni. Huhu...

Terus time time tu jugak Kekna mesej bos untuk bagitahu dia Kekna nak cuti hari Isnin dan Selasa.
Amik 2 hari terus sebab daddy akan balik ke Trg hari Rabu pagi.
Actually Kekna takdelah temankan daddy ke ape.
Tapi "just in case" yang tak perlu Kekna ceritakan pun kat sini, sebab tu la Kekna terpaksa amik cuti jugak.

Nasib baik la bos Kekna ni memahami.
Dia ok je Kekna cuti.
Yela, bukannya Kekna cuti saja-saja pun.

Hari Ahad, daddy, mommy dan Iwan sampai kat KL.
Itupun dah lewat petang.
Diorang tu macam biasa la, sampai KL mesti akan stay kat rumah Kak Long.
Kekna pun akan stay kat rumah Kak Long jugak.
Tapi hari tu Kekna pergi ke rumah Kak Long lewat sikit.
Dalam pukul 8 lebih malam barulah Kekna sampai.

Macam biasa la, dah jadi kegemaran daddy untuk pergi ke Bazar Larut Malam kat Danau Kota.
Malam tu jugak dia ajak Kekna dan Iwan pergi sana.
Pastu mommy cakap dia nak ikut jugak.
Bila dia nak ikut, Kekna suruh Kak Long join sekali. Hihihi...
So, kitorang ke Danau Kota berlima.

Jalan punya jalan, Kekna dan Iwan berpisah dengan daddy, mommy dan kak long.
Sebabnya Kekna dan Iwan nak singgah kat tempat urut.
Actually Kekna dah lama sakit kat betis.
Memang kena berurut. 
Iwan pulak memang lenguh-lenguh kaki.
Kena berurut jugak.
Then, kitorang singgahlah kat tempat urut.
RM40 urut kaki selama sejam.
Mahalkan...? Biasanya Kekna berurut 1 badan pun baru RM35-40.
 Tapi memang sedap la dia urut. Kuat.


Punyalah sedap diurut sampai Kekna nak terlena dah.
Yela, masa tu pun dah pukul 12 lebih malam.

Dah settle berurut, barulah kitorang balik ke rumah.

Esok pagi, daddy ada check up kat IJN.
Kekna nak temankan tapi dia tak bagi pulak.
Daddy cakap, "Takyah la ikut. Hari ni sekejap aje appointment sebab amik darah je. Sambunglah tido tu..."
Ade ke patut suruh Kekna sambung tido? -___-

Memandangkan Kekna tak temankan daddy ke IJN, Kekna dan Kak Long temankan mommy pergi jalan-jalan.
Plan asal nak pergi ke Nilai 3 je sebab nak tengok barang-barang Iwan nak kahwin.
Tapi adik Kekna yang bekerja kat KLIA 1 kebetulan off day, dia pun nak join sekali.
Alang-alang dah menghala ke Nilai 3, kitorang pergi la jemput Shahril kat Sepang sebab dia duk sana. 
Lepas amik Shahril, barulah kitorang pergi ke Nilai 3.
Beli barang Iwan.

Kekna lupa pulak nak amik gambar kat sana.
Lepas dah ke Nilai 3, kitorang beransur ke Bangi Sentral sebab mommy nak tengok jubah baru.

Kekna dengar je diorang nak pergi ke Bangi Sentral, terus Kekna mengeluh.
Confirm penat wehh jalan-jalan kat sana.
Tapi memandangkan hari tu hari orang bekerja, idok laaa ramai orang sangat kat sana.
Senang lenang je berjalan-jalan.


Bila dah penat, singgah kedai mamak minum air.
Tak makan sebab kitorang dah singgah makan kat Sup Berdengung kat Nilai 3.
Sedap gak makan kat Sup Berdengung tu.


Kekna dengan Shahril ni memang manja sikit.
Bila 2-3 kali tengok macam gambar ni diedit pulak. Hihihi...



Yang ni driver kitorang sepanjang perjalanan.
Lambat pick up sikit kalau orang tunjuk jalan... 
Selalu sakit hati bila dia drive. Hahahaha..


Penguatkuasa kat KLIA nih. 
Selalu sangat jumpa retis kat airport.
Jeles tul dengan dia nih.

Kitorang balik dah lewat. 
Dalam pukul 6 lebih petang.
Malam tu Kekna belanja 1 family makan kat Al-Rawsha.
Nanti Kekna cerita kat entri lain ye.

Daddy?
Check up dia sekejap je.
Balik dari check up, dia terus pergi ke Mid Valley sorang-sorang.
Siap tengok wayang cerita Kabali lagi uollss!
Well, kitorang 1 family tak heran pun daddy jalan sorang-sorang kat KL ni sebab dia memang suka jalan sorang-sorang.
Daddy Kekna ni jenis kuat merayap.
Cuma sebelum dia keluar rumah tu memang Kekna dah pesan awal-awal, suruh dia alert sikit dengan handset.
Selalunya payah betul dia nak jawab call.
Tak dengar la, ape laaa...
Tapi hari tu Kekna banyak kali call dia, dia jawab.
Yela, Kekna ni bukannya ape...
 Call dia banyak kali sebab risau apa-apa jadi je kat dia.

Malam tu memang dia happy betul Kekna belanja dia makan kat Al-Rawsha.
Tunggu next entri ye.. :)

No comments: