Thursday, August 11, 2016

GIA SAU Raya 2016 - Glitter & Glam Raya

Salam readers....

Wahhh gigih hari-hari Kekna update belog ye.
Padahal semua entri ni Kekna buat schedule.
Yela, sekarang ni Kekna update blog kat rumah.
Takde dah update kat ofis.
Tak sempat. Huhuh...

Memang menjadi tradisi (tradisi kata ko! Lolzz) office TM untuk setiap department buat majlis hari raya masing-masing.
Tak terkecuali dengan department Kekna.
Setiap tahun mesti buat jamuan hari raya pastu jemput kawan-kawan terapat dari department lain untuk datang rai.

Dan setiap tahun jugak bigboss department Kekna akan masak menu utama.
Untuk tahun ni dia decided untuk masak laksa sarawak, seafood stew & beef stew.
Jadinya all staff kena bekerjasama untuk sediakan bahan-bahan masakan.
Kekna ditugaskan untuk pergi beli barang basah kat MidValley.
So, sehari sebelum majlis memang Kekna penat gile sehari suntuk duk kat Mid Valley cari barang-barang basah.
Bukan tu je, staff yang ditugaskan untuk buat deco kirim barang pulak.
Dah sekian hal kena cari barang-barang deco jugak.
Tapi takpe. Ate kerjasama kan...
Lagipun dah alang-alang kitorang kat MidValley tu, ape salahnya tolong group lain.


Makan tengahari, group barang basah ajak lunch kat NY Steak House.
Kekna makan fettuccine aje sebab tatau dah nak makan ape.
Plus badan memang penat sangat.

Balik ofis pukul 4 petang.
Kena tolong staff lain gotong royong sediakan bahan masak kat tingkat 9.


Kekna amik tugas ringan.
Racik daun kesum.
Penat-penat pun masih lagi boleh senyum... 
Maunye tak penat, sehari suntuk duk berjalan. Huhu...



Wanie dan Izy pun ada....
Diorang pun racik daun kesum.
Sebenarnya lepas settle racik meracik ni la kitorang zasss pergi makan durian kat SS2 tu.
Hehehe...


Beef stew

Tengah-tengah duk buat kerja, bos tayang masakan dia...


Seafood stew.

Kekna tak tahu la staff lain balik pukul berapa.
Lewat rasanya...

Di hari majlis, sejak pagi office Kekna dah busy dah buat persiapan.
Susun atur meja, kerusi...
Korang layan gambar aje la ye...




Owh btw, unit Kekna sponsor ayam golek 5 bintang.
Masa gambar ni di snap, ayam golek tak sampai lagi..


Desserts section.
Cantik pulak kaler ungu camni. Hihii...
Tahun depan buat tema purple grey nak tak? Hikhik...


Ni meja VIP.
Kemain siap ada rose petals lagi.



Semua staff rajin-rajin tau.
Semua bagi kerjasama yang baik.


Spot me! Hihihi...


Kak Shidah...
Akak yang paling banyak tolong Kekna selama ni..


Eksyen je lebih ni. 
Padahal takut kuah terpercik kat baju.


Eh, geng avengers datang lah!
Haruslah diorang datang sebab dapat official invitation dari GIA.








Tamat sudah majlis hari raya yang meriah itu.
In sha ALLAH kita berjumpa di hari raya tahun depan pulak.
Itupun kalau masih ada umur yang panjang. :)


No comments: