Tuesday, August 9, 2016

Jemputan private open house di rumah excuse bijj (Ekin)

Salam readers...

23 July yang lepas excuse bijj aka Ekin invite geng avengers untuk datang makan-makan kat rumah dia.
Geng avengers siap request mak ekin masak nasi daging.
Nasi daging mak ekin buat sedap ok!
Dah la mak ekin ni baik.
Ikutkan aje kehendak kawan-kawan anak dia yang mengada-ngada nih. Hihii...

Kekna pergi ke rumah Ekin dengan Farid.
Kul 2 lebih bertolak dari Wangsa Maju.
Jalan jem teruk uolsss!!
Teruk sangat-sangat sampaikan Farid bukak waze sebab nak elak jem.
Tau-tau je kitorang dah kat bukit Ampang.
1st time Kekna lalu kat bukit tu.
Cantiknya pemandangan kat situ...... 
Farid, pls bawak Kekna pergi situ lagi.
Nak snap-snap.. Lolzz.



Ya ALLAH, ramainya yang salah anggap hubungan Kekna dengan Farid ni.
Kitorang ni kawan je ok.
Kawan rapat.... Tak lebih dari tu.
Kekna bukan gf dia & dia pun bukan bf Kekna.
Kekna kan dah ada #exclusive.
Cukup-cukuplah speculate benda yang bebukan, ok.

Pukul 3 lebih kitorang sampai kat rumah Ekin di Hulu Langat.
Sampai-sampai je, terus makan.
Lapo kottt...


Nasi daging mak Ekin.
Sedappp nyeee!!


Kitorang bertiga...


Sampai ke sudah Leen tak datang sebab dia kena temankan mak dia pergi ke Shah Alam.
Balik dari S.Alam, dia kena pergi ke tempat lain pulak. Lupa dah Kekna.
Lepas tu baru dia nak datang rumah Ekin.
Tapi last last tak jadi datang sebab jalan jem teruk.

Kekna dan Farid ingatkan nak tunggu Leen jugak tapi last last tak jadi sebab Farid sakit perut.
Dia sakit perut dari dalam kereta lagi.
Terus hilang selera dia nak makan banyak..


Time balik, mak Ekin tapaukan kitorang nasi daging tu.
Thanks Ekin & mak Ekin.
Murah rezeki kamu semua.
Kekna pulak lega sebab dah takyah fikir nak makan ape malam tu. Hihihi...


Time balik....
Woahhh!! Jalan jem ohh.
Nampak macam jem biasa je kan.... tapiiii dia punya jem tu, malam baru Kekna sampai rumah tau.
T___T


Tapi hari tu Kekna sempat singgah pergi kedai Panasonic.
Beli iron.
Iron tefal Kekna meletup tetibe hari tu.
Beli dah lama tapi tak pakai.
Bila pindah haritu baru pakai iron tefal tu.
Sekali tengah-tengah gosok baju kerja, dia meletup.
Meletup tak kuat laa... just bunyi "popp" macam tu je.
Ingatkan bunyi ape. Tau-tau je iron jadi makin sejuk.
Test kat soket lain pun sama jugak.
Dah takleh hidup.

Takpelah. Rezeki tak lama dengan iron tu.
So Kekna beli iron panasonic yang baru.
Beli yang murah je. Asalkan ringan dan jenis tak mudah melekat.

TQ Farid temankan Kekna beli iron walaupun tengah sakit perut.
TQ Ekin dan mak Ekin sebab masakkan nasi daging yang super sedap itu.
Leen, cecoli mana cecoli??? -___-



No comments: