Wednesday, August 10, 2016

Makan durian sampai puas @ SS2

Salam readers...

Ha, jangan terliur. Jangan terliur.....
Tau la korang pun hantu durian macam Kekna jugak.

25 July lepas, Kekna dan supergirls pergi makan durian kat SS2.
1st time pergi sini.
Gile heaven.
Dah la Kekna memang suka durian.
Suke sangat-sangat ok.
Teman-teman yang rapat dengan Kekna mesti tahu yang Kekna ni bukannya pemakan buah.
Sebut je buah apapun, semua Kekna tak makan kecuali DURIAN.


Amacam... Terliur tak?
Hihihi...
Kebanyakkan isi durian kat sini semuanya lembut dan lemak.
Ada je yang keras-keras & tawar tapi kita boleh tolak balik kat kedai tu.
Ate makan sampai puas kan?
So kitorang makan sampai betul-betul kenyang.
Bayar RM25 je sorang.
Berbaloi kan...


Kami geng kuat makan.


Selonggok durian... Ada lagi kat tempat lain.
Berlambak-lambak ok durian kat sini.




Tengah-tengah duk makan tu memang terasa suhu badan meningkat.
Berpeluh-peluh ok.

Kekna : Suhu badan Kekna yang naik ke atau memang cuaca panas?
Izy : Suhu badan Kekna yang naik.

Ok, fine.
Tapi itu tak menghalang Kekna untuk terus makan durian.
Hihihi...

Makan sampai muak.
Agak-agak dah terlalu kenyang, baru Kekna berhenti.
Lepas tu barulah perut terasa sebu & kepala macam tingtong sikit.

Pukul 10 lebih malam barulah Kekna balik ke rumah.
Then, terus serbu bilik air untuk mandi.
Kekna bukannya apa, takut demam je.
Tapi alhamdulillah esoknya tak demam.
Tapi kepala memang jadi tingtong sikit. 
Bila wewiitt tu memang bau durian. 
Kuat sungguh penangan durian nih. Hahahah...

Memang puas hatilah makan kat situ.
Berbaloi.
Lenkali kalau ada pesta durian macam ni, memang Kekna akan pergi lagi.

No comments: