Monday, August 29, 2016

Monday blues

Salam readers...

Woww... rasa macam dah lama benor tak update nih.
Padahal baru je 5 hari tak update.
Lolzz...

Kekna kebizian uollss...
Balik dari office, Kekna terus mengemas rumah.
Sapu rumah, cuci pinggan mangkuk kat dalam sinki kalau ada, kemas dapur, kemas bilik...
Bukan bermaksud rumah Kekna ni tak kemas langsung tapi Kekna nak maintain kekemasan dan kebersihan rumah.
Yela, biar semua orang dalam rumah ni rasa selesa sikit.
Lantai tak berpasir. Perabot tak berhabuk.
Kesihatan pun tak terjejas.
Wahhhh, dah macam mak-mak dah ghupenya... hihi...

Sebut pasal rumah ni, memang rumah sekarang lagi better dari rumah dulu.
Rumah dulu langsung takleh nak buat apa dah.
Duk kotor cenggitu je la.
Pernah Kekna baca confession someone dalam IIUM Confession pasal hidup menyewa.
Rupa-rupanya orang lain pun punya masalah dengan housemates yang lagi teruk perangainya.
Teringin nak share pengalaman sendiri tapi tak jadilah.
Kang kalau bebudak rumah lama baca, boleh jadi gaduh pulak.
Bukannya Kekna takut tapi malas nak memulakan pergaduhan.
Kan tak baik bergaduh-gaduh ni....
Kite bukannya budak kecik lagi kan?

Weken hari tu Kekna plan nak jenjalan shopping groceries kat Setapak Central.
Tup-tup tak jadi. Malas pulak nak keluar rumah.
 Tatau la dah kertu ke ape tapi sekarang ni memang Kekna suka duk rumah.
Habiskan masa ngadap laptop sambil siapkan novel.

Pastu hari Ahad kengkonon nak laa pergi Jalan TAR, pun tak jadi jugak.
Malas nak bersiap hoiii...
Ape jenis perangai pun tatau la. Hahah...
Yela, kalau nak keluar mestilah pakai lawa-lawa.
Bab nak melawa tu yang malas tuuu... Hukhuk.

Lagi satu Miss P Kekna terlewat seminggu bulan ni.
Tak risau apapun sebab bukannya Kekna buat apa pun kannn...
Cumanya simptom-simptom Miss P tu yang buat Kekna confuse.
Tak penah-penah sebelum Miss P datang, Kekna jadi mual-mual pening kepala nak muntah segala.
Hoii dah kenapa macam orang pregnant pulak ni?
Siyess wehh...
Benda ni jadi masa kat ofis pagi tadi.

Memula cirit birit.
3-4 kali jugak la Kekna keluar masuk toilet.
Lepas tu datang pening kepala, mual sampai tahap nak muntah.
Dah la AGM ofis Kekna duk mengacau suruh buat ini.
Heyyy, iolsss is pening kepala ni okeh.
Tapi dia bukannya tau pun Kekna sakit. Hihi...
Takmo lah bagitahu dia Kekna mual-mual segala.
Kang dia fikir ape pulak.
Kepala dia bukannya betul sangat pun. Hahah...

Tup-tup petang tadi Miss P menjengah.
Automatik segala pening mual tu hilang.

Dah la tengah duk pening-pening tu PC Kekna buat hal pulaksss!
Heh, menduga betullah.
Boleh pulak PC tu sekejap boleh on, pastu kejap lagi dia off sendiri.
Ni nak main cak cakk ke hape ni?
Tak klaka okeh!
Ini boleh mendatangkan kemarahan.
Siyes wehh, Kekna nak buat request dalam sistem Iris pun tak boleh.
Sekejap-sekejap PC mati sendiri.
Heyyy!!
 -____-

Kekna nak tengok esok macam mana.
Kekna syak extension PC tu yang rosak.
Balik kerja tadi Kekna dah beli dah extension baru.
Try tukar extension dulu.
Kalau PC on off jugak, barulah Kekna akan panggil orang IT untuk datang check.

Lepas satu-satu benda yang jadik...
Inilah Monday Blues namanya.

No comments: